CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6675|Reply: 7

Percintaan Masyarakat Indonesia: Kahwin Campur Agama

[Copy link]
Post time 11-5-2021 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Percintaan Masyarakat Indonesia: Kahwin Campur Agama



Definisi perkahwinan campur pada asalnya telah diperkenalkan oleh pihak Gereja Katolik untuk menggambarkan perkahwinan antara penganut Katolik dan juga bukan Katolik. Namun, menurut fahaman dalan agama Islam, perkahwinan campur berlaku di antara dua pihak yang mempunyai latar belakang bangsa, agama mahupun warganegara yang berbeza.

Ramai anak-anak muda yang lahir daripada perkahwinan itu terumbang-ambing tidak tahu sama ada ingin menjadi seorang yang beragama Islam atau beragama Kristian.




Punca utama masalah kepada isu perkahwinan campur di Indonesia adalah undang-undang. Undang-undang mempunyai cara takrifan yang membawa maksud berbeza.

Undang-undang perkahwinan Indonesia 1974 telah menjelaskan hal ini iaitu sekiranya sesuatu perkahwinan tersebut dilangsungkan menurut tuntutan agama dan kepercayaan kedua-dua pihak, maka perkahwinan tersebut dianggap sebagai sah.

Kepercayaan kedua-dua pihak inilah yang dijadikan sebagai hujah dan alasan bagi mana-mana pasangan yang masih ingin melangsungkan perkahwinan berlainan agama.

Oleh kerana tiada perincian lanjut yang menyebut tentang larangan perkahwinan campur yang melibatkan seorang Muslim, maka segelintir masyarakat Indonesia mengambil peluang menggunakan kelompongan ini untuk melangsungkan perkahwinan tanpa mempedulikan tuntutan syariat.



Kisah yang menggemparkan negara Indonesia pada tahun 1986 apabila pelakon dan penyanyi terkenal, Jamal Mirdad yang beragama Islam memilih untuk berkahwin dengan pasangannya yang juga merupakan seorang pelakon terkenal, Lydia Kandou yang merupakan seorang penganut agama Kristian Protestan.

Namun, tidak dapat dinafikan perkahwinan selama 27 tahun yang dikurniakan empat orang cahaya mata itu akhirnya menemui penghujungnya pada tahun 2013. Dua orang daripada cahaya mata mereka telah mengikut jejak langkah ibu dan ayahnya yang turut masuk dalam bidang seni, iaitu Nana dan Naysilla Mirdad.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya memilih untuk mengikut pegangan ibu mereka yang menganut agama Kristian Protestan, sementara dua lagi adik beradik mengikut ayahnya menganut agama Islam.



Kisah perkahwinan campur ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Baru-baru ini, pelakon terkenal iaitu Audi Marissa yang beragama Islam telah menamatkan zaman bujangnya bersama Anthony Xie seorang pelakon yang menganut agama Kristian pada 12 September 2020.

Kes tersebut telah dibawa ke Mahkamah Agung Indonesia untuk dibicarakan dan keputusan mahkamah sendiri memutuskan undang-undang perkahwinan Indonesia tidak mempunyai penerangan yang jelas, sama ada perkahwinan campur dibenarkan atau dilarang.

Penulis:

Nur Anis Zulaiqha Binti Ahamat adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Maria menado tak peluk Islam semasa perkahwinan pertamanya. Mahkamah di Singapura membatalkan perkahwinan tersebut sebab tak ambil kira status ahli kitab. Kes ini jadi rujukan para peguan hingga ke hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pokoknya...???
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira berat juga tanggungan jamal mirdad ni kat akhirat nanti ya...selebriti pertama kawen campur dia...n lepas tu kalau ada yg mengikut, dapat laa juga dia saham sedikit sbyk...anak pon ada yg x islam...

Walaupon wife nya kristian (ahli kitab) but ahli kitab zaman skrg x sama mcm dulu...

Even skrg kat indon kawen islam+budha or hindu pon happen which is bkn ahli kitab pon

Zakir naik pon confuse dgn indon ni tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 11-5-2021 02:33 PM
Maria menado tak peluk Islam semasa perkahwinan pertamanya. Mahkamah di Singapura membatalkan perkah ...

Last skali dia kawen ngn sultan pahang kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 12:22 PM | Show all posts
ada baiknya juga kahwin campur ni terutama islam dengan kristen kerna sekiranya ada anak2 nanti mesti mereka nak tunjukkan yang terbaik. so maksudnya ibu bapa dia kena harus verse dn takwa agama masing2 kerna perlu bersaing nak dapat perhatian anak ikut siapa kemudian hari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2021 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
pastu kalau yg kawin tu islam dgn kristian..mcmana dorg mkn..ug lakinya xblh makan babi..bini nk mkn babi..pelik la indon ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 10-8-2021 09:31 PM
pastu kalau yg kawin tu islam dgn kristian..mcmana dorg mkn..ug lakinya xblh makan babi..bini nk mkn ...

Simple je sis. Buat la 2 menu. Satu halal satu non halal food. Food tu bukan problem la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.144126 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list