CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1853|Reply: 8

[Sarawak] Covid19 11/05/2021

[Copy link]
Post time 11-5-2021 08:33 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak mencatatkan 512 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 326 atau 63.67 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Miri, Bintulu dan Subis.

Bahagian Miri telah merekodkan 256 kes baharu COVID19 hari ini yang melibatkan Daerah Miri (160 kes), Daerah Subis (75 kes) dan Daerah Beluru (21 kes).


Daripada jumlah ini, sebanyak 222 kes adalah terdiri daripada kontak rapat yang telah diberi arahan perintah kuarantin dan dipasang gelang pemantauan.

Mereka terdiri daripada kontak rapat kepada kes dan kluster aktif sedia ada (149 kes), serta kontak rapat di rumah panjang (RH Libau, Subis) yang telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) (73 kes).


Sebelas (11) kes dikesan melalui saringan individu bergejala, 21 kes dikesan melalui saringan pekerja sektor oil & gas sebelum 'sign-on', manakala 2 kes lagi adalah kategori lain-lain saringan di fasiliti kesihatan.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah

Miri (160),

Bintulu (91),

Subis (75),

Sibu (47),

Kuching (31),

Beluru (21),

Tebedu (13),

Kanowit (12),

Sri Aman ( 8 ),

Selangau ( 8 ),

Mukah (7),

Pusa (7),

Saratok (6),
Dalat (5),

Serian (5),
Sarikei (4),

Samarahan (4),

Tatau (2),

Sebauh (2),

Meradong (1),

Lawas (1),

Pakan (1)

Betong (1).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,321 kes. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:
I. 385 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (2 kes bergejala).
II. 55 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (tiada kes bergejala)
III. 48 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (tiada kes bergejala) Ini termasuk satu (1) kes melibatkan individu yang datang atau balik dari daerah-daerah lain di dalam Sarawak (Import C) (kes tidak bergejala).
IV. 24 kes adalah saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2021 08:36 PM | Show all posts


Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID- 19 adalah kekal seramai 211 orang.

I. Kes Kematian Ke-210.
Kes kematian ke-210 adalah kes ke-33,457 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 63 tahun yang berasal dari Daerah Sibu, telah menerima rawatan di Hospital Sibu selepas beliau disahkan positif COVID-19 melalui saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 pada 05 Mei 2021. Kes juga telah mengalami sejarah batuk sejak dua (2) hari lepas sebelum disahkan positif COVID-19.
Keadaan kesihatan kes ini semakian merosot dan disahkan meninggal dunia pada 10 Mei 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit hati, penyakit kencing manis dan darah tinggi.

II. Kes Kematian Ke-211.
Kes kematian ke-211 adalah kes ke-33,162 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 64 tahun kerana mengalami kesesakan pernafasan. Kes didapati telah mengalami gejala batuk dan demam sejak tiga (3) hari yang lepas. Swab saringan pada 04 Mei 2021 bagi ujian rT-PCR mendapati kes positif COVID-19. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 10 Mei 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2021 08:39 PM | Show all posts
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) kluster baharu iaitu Kluster Bako Hilir, Kuching.

Kluster Bako Hilir, Kuching

Kluster Bako Hilir merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan empat buah keluarga di Kampung Bako Hilir di Daerah Kuching, dalam Bahagian Kuching Sarawak.

Kes indeks kluster ini ialah kes ke-30,628 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 24 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Petra Jaya, Kuching pada 29 April 2021 dan disahkan positif COVID-19 pada 30 April 2021.

Kes indeks yang yang merupakan seorang suri rumah, telah mendapat jangkitan dari komuniti dan telah merebakkan jangkitan kepada ahli keluarga dan kemudian kepada penduduk lain melalui kontak rapat dan kontak kasual.

Kes mula mengalami tanda dan gejala jangkitan pada 25 April 2021.
Hasil siasatan lanjut dan aktiviti saringan pengesanan kes secara aktif melibatkan ahli keluarga dan kontak kasual kepada kes indek ini, terdapat penambahan 17 kes positif COVID-19 dengan satu (1) kes baharu dilaporkan pada hari ini.

Kampung ini juga akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 12 hingga 25 Mei 2021 bagi mengekang perebakan jangkitan COVID-19. Manakala, sejumlah 62 individu telah disaring di mana:
• 18 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 44 kes masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua 18 orang kes yang didapati positif COVID-19 telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan dimasukkan ke PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 09:14 PM | Show all posts
kejapnya kredit dia jadi 1210k , pakai toyol manak ke? laju betul jadi supermoderator. pe2pun tahniah n selamat hari raya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-5-2021 08:36 PM
Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan juml ...

I sampai skrg heran kes covid kat sarawak cepat gila merebak ...

Btw slmt bhari raya dek FC
Maaf zahir batin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2021 04:43 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-5-2021 09:14 PM
kejapnya kredit dia jadi 1210k , pakai toyol manak ke?  laju betul jadi supermoderator. pe2pun  ...
Jom la jadi Mod ...


Selamat Hari Raya juga ... terimakasih banyak membantu FC selama ni... maaf sebab tau banyak juga buat Cili terasa hati ...



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2021 04:48 AM | Show all posts
adelea replied at 12-5-2021 12:05 AM
I sampai skrg heran kes covid kat sarawak cepat gila merebak ...

Btw slmt bhari raya dek FC
ha`ah sebab tu kena sentiasa menjaga diri sendiri dan orang tersayang untuk memutuskan rantaian Covid ni...

hanya sebab seorang ... pencetus menjadi sangat teruk kat sini ...

dan faktor ramai yang tinggal kat rumah panjang juga menyumbang kepada cepat nya merebak ... blom lagi kluster penjara ... kluster kilang ... kluster sekolah ...

Selamat Hari Raya kak ... maaf tau ... kot ada secara tak sengaja buat akak terasa hati... maaf sesangat ....

moga ni jer la raya terakhir kita beraya PKP ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2021 04:49 AM | Show all posts
adelea replied at 12-5-2021 12:05 AM
I sampai skrg heran kes covid kat sarawak cepat gila merebak ...

Btw slmt bhari raya dek FC
akak takmo ka jadi Mod ...? tanya ikhlas ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2021 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-5-2021 04:49 AM
akak takmo ka jadi Mod ...? tanya ikhlas ...

Alal alala .... Belum mai.seru ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.485959 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list