CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2399|Reply: 1

Pengaruh Asal Jenis-Jenis Tarian Tradisional Masyarakat Melayu

  [Copy link]
Post time 12-5-2021 07:19 AM | Show all posts |Read mode
Pengaruh Asal Jenis-Jenis Tarian Tradisional Masyarakat Melayu



Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni gerak tari pergerakkan badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri.

Ini merupakan jenis-jenis tarian tradisional masyarakat dan asal usulnya:

1. Tarian Zapin



Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang dipercayai berasal dari Tanah Arab. Gerakan tarian ini adalah cepat dan tidak mempunyai banyak gerakan bunga tarinya. Tarian zapin dikatakan terkenal pada 50-an dan 60-an.

Tarian ini telah diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, yang pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. Namun kini, pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor.

2. Tarian Kuda Kepang



Seperti diketahui ramai, tarian Kuda Kepang amat popular di Negeri Johor terutamanya dalam kalangan masyarakat Jawa. Tarian ini berunsurkan pemujaan kerana para penari dikatakan boleh tidak sedarkan diri. Para penari akan menggunakan kuda kepang yang diperbuat daripada buluh yang dianyam.

Kuda kepang hanya mempunyai badan, kepala dan ekor sahaja namun tidak berkaki. Kumpulan kuda kepang kebiasaanya mengandungi antara 15 hingga 20 pemain termasuk pemuzik. Alat-alat muzik yang digunakan dalam tarian ini seperti gong, gamelan, rebana, gendang dan bonang.

3. Mak Yong



Mak Yong merupakan satu tarian Melayu yang begitu unik dan halus sifatnya. Drama tari Mak Yong ini merupakan satu kombinasi dari unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi yang dipentaskan secara teater keliling. Pelakonnya terdiri daripada gadis-gadis muda dan jelita yang mengambil semua peranan lelaki dan perempuan kecuali watak-watak komedi atau ‘peran’.

Mak Yong dikatakan lahir di istana Melayu Patani kira-kira 400 tahun yang lampau dan kemudian telah tersebar ke negeri di Timur Semenanjung, terutamanya Kelantan. Perkataan asal mak yong atau erti sebenarnya masih tidak dikenal pasti namun besar kemungkinan ia berasal dari satu upacara pemujaan roh-roh seperti Mak Inang atau roh ibu yang juga merupakan roh padi.

4. Dikir Barat



Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan.

5. Tarian Sumazau



Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun dan iramanya berentak perlahan. Tarian ini merupakan tarian ritual yang membawa pelbagai makna seperti mengucap kesyukuran berkaitan dengan kegiatan menanam atau menuai padi, menolak bala, menyembah semangat serta mengubati penyakit.

Alat-alat pengiring tarian yang digunakan adalah set gong dan gendang. Pasangan penari akan saling berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki dengan langkah yang kecil sementara tumit kaki diangkat-turun mengikut irama. Ketika menari, tangan akan dikepakkan keluar seakan burung terbang kerana gerakannya yang turun naik. Kebiasaannya tarian Sumazau akan ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.

6. Tarian Barongan



Tarian Barongan berbentuk drama tari terkenal di Negeri Johor terutamanya di daerah Batu Pahat dalam kalangan masyarakat Jawa. Menurut sejarah, tarian ini menceritakan mengenai kisah zaman Nabi Sulaiman yang boleh berbicara bersama haiwan.Tarian Barongan juga berunsur pemujaan.

Tarian Barongan terbahagi kepada dua bahagian iaitu barongan dan putera raja serta pelawak dan putera raja. Penari yang memegang watak barongan akan memakai topeng harimau dan alat muzik digunakan seperti gong, gendang dan angklong.

Kesemua jenis-jenis tarian dan asal usulnya hanya merupakan kajian dan pendapat yang dibuat oleh penulis sahaja.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 04:26 AM | Show all posts
Nice info here..terimak asih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.158100 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list