CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1754|Reply: 2

Atas Nama Sains, Pasangan Kembar 3 Ini Terpaksa Berpisah Sejak Lahir

[Copy link]
Post time 14-5-2021 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Atas Nama Sains, Pasangan Kembar 3 Ini Terpaksa Berpisah Sejak Lahir



Kata orang tua-tua, ada tujuh orang yang mempunyai wajah sama atau seiras dengan kita dalam dunia ini. Sejauh mana benarnya dakwaan tersebut, itu terpulang kepada diri masing-masing untuk membuat tafsiran.



Walaupun begitu, ia bukan satu perkara yang mustahil untuk bertemu individu yang sangat seiras dengan diri sendiri. Kami akan kongsikan kisah bagaimana pasangan kembar tiga bernama Bobby, Eddy dan David telah terpisah sejak lahir tanpa mengetahui kewujudan masing-masing menerusi artikel ini.

Pertemuan semula Bobby dan Eddy



Robert Shafran atau lebih dikenali sebagai Bobby baru sahaja diterima untuk menyambung pengajiannya di Kolej Komuniti Sullivan dekat New York pada tahun 1980.

Bobby tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut apabila disambut dengan baik pada hari pertama di kolej tersebut seperti mereka sudah lama mengenalinya.

Namun, apa yang membuatkan Bobby lebih terkejut adalah semua orang memanggilnya dengan nama Eddy. Lelaki itu semestinya akan berasa bingung dan terkejut dengan peristiwa aneh yang berlaku kepada dirinya pada hari pertama kuliahnya.


Semua persoalan yang terlintas dalam minda Bobby akhirnya terjawab selepas dia dapat tahu perkara sebenar daripada seorang pelajar bernama Michael Domnitz.

Menurut Michael, wajah rakan baiknya iaitu Edward Galland ataupun lebih dikenali sebagai Eddy sangat mirip dengan Bobby. Ramai orang sangka Bobby ialah Eddy kerana Eddy tidak hadir ke kuliah pada hari tersebut.

Michael kemudiannya mempelawa Bobby untuk bertemu Eddy yang tinggal di Long Island. Sebaik sahaja Eddy dan Bobby bertemu, mereka tergamam dan memandang antara satu sama lain selama beberapa minit.

Sebelum pertemuan tersebut, Bobby dan Eddy sama sekali tidak tahu tentang kewujudan kembar mereka sehingga bertemu semula pada usia 19 tahun.

Terpisah selama 19 tahun



Beberapa bulan selepas pertemuan berkenaan, ibu angkat Eddy menerima panggilan telefon daripada David Kellman. Menerusi panggilan tersebut, David beritahu ibu angkat Eddy bahawa dia percaya bahawa dirinya adalah kembar ketiga.

Selepas terbaca artikel surat khabar tentang pertemuan semula kembar yang lama terpisah, David terkejut apabila melihat muka Bobby dan Eddy saling tidak tumpah seperti wajahnya sendiri.

David yang juga anak angkat kepada keluarganya yakin bahawa dia adalah kembar Bobby dan Eddy. David, Bobby dan Eddy akhirnya disatukan semula selepas berpisah selama 19 tahun.

Mereka turut memiliki banyak persamaan seperti meminati gusti, hisap rokok jenama Marlboro dan mempunyai ciri-ciri wanita idaman yang sama.

Kisah pasangan kembar tiga ini mula menghiasi dada akhbar dan berita. Mereka menjadi terkenal dalam sekelip mata dan akhirnya memutuskan untuk tinggal bersama.

Kebahagiaan tidak berkekalan




Eddy, David dan Bobby sering dilihat memakai pakaian sama dan bercakap serentak atau menghabiskan ayat antara satu sama lain. Mereka juga telah membuka sebuah restoran bernama Triplets Roumanian Steakhouse pada tahun 1988. Namun, kebahagiaan yang dinikmati itu tidak bertahan lama.

Akibat rasa ada yang dipinggirkan antara satu sama lain, ketegangan mula timbul dalam hubungan Bobby, Eddy dan David. Pada tahun 1995, Eddy yang mempunyai hubungan tegang dengan ayahnya telah dimasukkan ke hospital kerana kemurungan teruk.

Kemurungan Eddy jadi semakin teruk sehingga dia mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya sendiri. Sedih dengan pemergian Eddy, hubungan Bobby dan David mula jadi renggang dan mereka akhirnya membawa haluan masing-masing.

Kekejaman atas nama sains



Seorang wartawan bernama Lawrence Wright telah menerbitkan sebuah artikel berkenaan satu kajian psikologi yang mengejutkan pada tahun 1995.

Satu pasukan penyelidik yang diketuai oleh Peter Neubauer dan Viola Bernard telah memisahkan pasangan kembar seperti Bobby, Eddy dan David dengan bantuan agensi anak angkat.

Bayi kembar ini telah diatur sejak mereka lahir lagi untuk diberikan kepada ibu bapa angkat yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi berbeza.

Bobby, Eddy dan David percaya bahawa mereka terpisah kerana keadaan pada mulanya namun apa yang benar-benar berlaku adalah sebaliknya. Pasangan kembar tiga ini sengaja dipisahkan sebagai sebahagian daripada kajian psikologi rahsia.

David telah diserahkan kepada keluarga pekerja, Eddy kepada keluarga berpendapatan sederhana manakala Bobby kepada keluarga yang agak berada.

Pasukan penyelidik tersebut juga tidak beritahu perkara sebenar kepada ibu bapa angkat ketiga-tiga kembar ini. Apa yang pasukan penyelidik tersebut beritahu kepada ibu bapa angkat pasangan kembar berkenaan bahawa ia merupakan kajian perkembangan biasa.

Sebuah dokumentari bernama Three Identical Strangers yang diterbitkan pada tahun 2018 mendedahkan kesan kajian tersebut ke atas Bobby dan David.

Bobby dan David mendakwa mereka amat marah dan kecewa kerana jadi subjek kepada eksperimen yang tidak berperikemanusiaan. Apa pendapat anda berkenaan eksperimen ini?

Sumber:
Iluminasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha. Me'ols tgk documentary pasal diorang ni, kat Netflix kot. Lupa tajuk. Huru hara jua bila dah bertemu semula. Awal2 je aman. Biasalah adat adik beradik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya jadi mangsa keadaan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.325467 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list