CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1740|Reply: 1

Kisah Tragis Di Sebalik Kejayaan Jenama Victoria’s Secret

[Copy link]
Post time 14-5-2021 09:16 PM | Show all posts |Read mode
Kisah Tragis Di Sebalik Kejayaan Jenama Victoria’s Secret


Sebut sahaja Victoria’s Secret, pasti majoriti terutamanya kaum Hawa tahu tentang pembekal pakaian dalam wanita yang terbesar dan cukup terkenal di serata dunia. Namun begitu, adakah anda semua tahu siapa sebenarnya pemilik Victoria’s Secret?



Pencetus idea untuk membuka kedai khas bagi memasarkan produk pakaian dalam wanita Victoria’s Secret adalah Roy Raymond. Untuk rekod, Roy merupakan siswazah dari Tufts University dan Standford Graduate School of Bussiness. Ilham untuk membuka kedai Victoria’s Secret diperoleh daripada pengamalan beliau sendiri yang malu untuk membeli pakaian dalam isterinya.

Dengan modal sebanyak USD$80,000 (kira-kira RM347,648) yang dipinjam daripada bank dan rakannya, Roy telah berjaya membuka kedai pertama Victoria’s Secret di Standford Shopping Center.

Pada tahun pertama Victoria’s Secret dilancarkan, Roy telah memperoleh keuntungan yang tinggi iaitu sebanyak USD$50,000 (kira-kira RM217,280). Melihat pada sambutan yang diterima, beliau mengambil keputusan untuk memperluaskan lagi empayar perniagaannya itu dengan membuka tiga buah lagi kedai baharu.



Namun begitu, selepas lima tahun iaitu pada 1982, Roy secara tiba-tiba bertindak menjual kesemua perniagaan serta asetnya kepada pesaing terbesarnya iaitu Leslie Waxner yang merupakan CEO The Limited (produk pakaian dalam wanita) dengan harga USD$4,000,000 (kira-kira RM17,382,400).

Ramai yang menyifatkan Roy sebagai seorang yang terburu-buru dan tidak berfikir panjang gara-gara perkara itu. Kira-kira dua tahun selepas itu, Roy telah membuka satu lagi perniagaan di mana kali ini, ia berasaskan pakaian kanak-kanak. Perniagaan itu diberi nama My Child’s Destiny.



Semasa Roy menjalankan perniagaan Victoria’s Secret, beliau telah mencatat keuntungan yang besar pada tahun kedua penubuhannya. Namun begitu, lain pula bagi My Child’s Destiny di mana ia mencatatkan kerugian yang teruk sehingga menyebabkan Roy jatuh bankrap. Malah, kejatuhan itu juga membuatkan Roy tersepit dengan hutang sebanyak USD$77,000 (RM334,611).




Apa yang menimpa Roy itu telah membuatkan beliau bertindak mengambil nyawanya sendiri dengan cara melompat dari atas jambatan Golden Gate yang bertempat di San Fransisco pada 2 September 1993. Ketika itu, Roy berusia 47 tahun.

Jadi, begitulah kisah tragis di sebalik kejayaan Victoria’s Secret. Meskipun bekas pemilik asalnya sudah tiada di dunia ini, namun jenama itu tetap mendapat sambutan hangat daripada pelanggan di serata dunia.

Sumber: Usahawan.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
VS ni popular start tahun 2000 kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.054763 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list