View: 2057|Reply: 7
|
[Dunia]
Kes jururawat ROGOL pesakit Covid-19
[Copy link]
|
|
Jururawat di India ditahan, didakwa rogol pesakit COVID-19
Agensi
Mei 14, 2021 19:45 MYT
MADHYA PRADESH: Seorang jururawat lelaki ditahan atas dakwaan merogol seorang pesakit COVID-19 di sebuah hospital kerajaan di Bhopal, India.
Pihak berkuasa mendapat tahu tentang perbuatan itu setelah mangsa yang positif COVID-19 berkenaan membuat laporan tentangnya.
Malangnya, wanita itu meninggal dunia 24 jam selepas melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa, dan selepas sebulan, baru kini kisahnya mendapat liputan media.
Wanita itu membuat laporan polis pada 6 April dan mengenal pasti tertuduh dalam satu kenyataan kepada doktor, lapor NDTV.
Namun keadaannya bertambah buruk sejurus selepas itu dan dia dipindahkan ke unit rawatan rapi Bhopal Memorial Hospital, sebelum meninggal dunia beberapa jam selepas itu.
Tertuduh, Santosh Ahirwar, kini dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan.
Pegawai kanan polis, Irshad Wali memaklumkan, mangsa meminta agar identitinya dilindungi dan kejadian itu tidak didedahkan kepada sesiapa.
"Itulah sebabnya maklumat itu tidak diberikan kepada sesiapapun kecuali pasukan penyiasat," katanya.
Tertuduh sebelum ini pernah membuat gangguan seksual terhadap seorang jururawat kakitangan berusia 24 tahun.
Dia juga dilaporkan pernah digantung tugas kerana mabuk semasa bertugas. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perogol tu tak positif covid ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Spesis leluhur |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau di US..cikgu perempuan rogol student.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa meninggal sbb covid atau rape
X guna pny male nurse
Covid pun ko x heran ye
|
|
|
|
|
|
|
|
semua diorg balun ek..
lembu pun boleh jd mangsa rogol.. |
|
|
|
|
|
|
|
Overdose kari la tu
On heat 24 jam
Tengok patient pun selera |
|
|
|
|
|
|
| |
|