CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3913|Reply: 16

[Tempatan] Polis siasat dakwaan Azmin langgar SOP Aidilfitri

  [Copy link]
Post time 14-5-2021 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 15-5-2021 03:21 PM



Polis siasat dakwaan Azmin langgar SOP Aidilfitri

Diterbitkan 15 May 2021, 10:16 am
Dikemaskini 12:43 pm


NOTA EDITOR: Artikel ini telah dikemas kini bagi mencerminkan versi kenyataan media polis Putrajaya yang terbaru.

Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan bahawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali dan keluarganya melanggar prosedur operasi piawai (SOP) Aidilfitri di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Putrjaya, Mohd Fadzil Ali berkata, siasatan dibuay mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 17, Akta Pencegahan dan Kawalan Peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2021.

Sekiranya sabit kesalahan, Seksyen 269 membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, denda atau kedua-duanya.



"Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 13 Mei 2021, pada waktu pagi, di kediaman rasmi Mohamed Azmin di Putrajaya.

"Siasatan juga mendapati gambar tersebut diambil semasa ahli keluarga Mohamed Azmin berkumpul dan mengadakan sidang video secara bersemuka (video conferencing) di kalangan ahli keluarga terdekat Mohamed Azmin sahaja.

"Keterangan saksi yang merupakan petugas yang mengawal di Pos Kawalan kediaman tersebut mengesahkan pada hari kejadian tidak ada pergerakan keluar dan masuk daripada mana-mana tetamu luar seperti dakwaan pengguna Facebook tersebut," kata Mohd Fadzil.

Tambahnya, polis akan merakam kenyataan saksi untuk membantu siasatan sebelum merujuk perkara itu ke pejabat pendakwa raya

Dia juga menggesa pengguna media sosial untuk berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang ataupun jabatan.

Mohd Fadzil mengeluarkan dua kenyataan mengenai isu ini hari ini.

Kenyataan awal yang ditarik balik, mengatakan bahawa laporan polis dibuat mengenai kenyataan Facebook adik Mohamed Azmin, Ummi Hafilda, yang mengadu tentang perkara itu.



Kenyataan yang dikemas kini sama sekali tidak menyebut tentang Ummi Hafilda, yang sebelum itu disebut dua kali dalam kenyataan awal.

Kenyataan sebelumnya juga mendakwa bahawa siasatan awal menunjukkan bahawa ia hanya melibatkan "ahli keluarga ... yang mendiami kediaman tersebut".

Kenyataan terbaru tidak menyentuh hal seumpamanya.

Pada 13 Mei, Mohamed Azmin telah memuat naik gambar yang memaparkan dia dan keluarganya membuat panggilan video beramai-ramai. Gambar itu turut memaparkan Mohamed Azmin dengan cucunya.

Susulan itu, pengguna media sosial mengecam Mohamed Azmin, dengan antara lain menuduhnya menerima kunjungan pengunjung yang kemungkinan harus rentas daerah.

Peraturan di bawah PKP menetapkan bahawa ziarah Aidilfitri dan ziarah ke kubur dilarang.















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
2x5 5xbabi   
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummi Hafelda pprt tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari maki.baik buat report polis aja..maki dpt apa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 14-5-2021 11:13 PM
Ummi Hafelda pprt tersenyum sinis

Dia pun maki kat fb
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:25 PM | Show all posts
bab kuarantin  mmg wajar mangkok ni kena maki .tapi sop raya ni berapa kerat sgt la yg ikut sebenrnya..berlaku jujur lah pada diri sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kompaun utk warga kayangan politik ni tak sesuai denda rm10k...dah tentu mmpu nak bayar ..penjara ajer sesuai dengan mereka


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
So dah blh penjaraa si jemin spt menteri kdn ckp tu ke blom? Or kena bt siasatan sajm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya abang jamil tu dah mampos dah, siap buat Saloma Link lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Helok laa

Menteri tak ikut sop
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 14-5-2021 11:18 PM
Dari maki.baik buat report polis aja..maki dpt apa?

Rakyat puas hati sikit. Nak maki, rakyat biasa. Krang polis ketuk pintu kita. Dpt ke diva aa & ummi hafelda, senang keje kita
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 14-5-2021 11:25 PM
bab kuarantin  mmg wajar mangkok ni kena maki .tapi sop raya ni berapa kerat sgt la yg ikut sebenrny ...

Uols xikut ke? I elok je ikot. Jiran ajak beraya pon i xberani dtg. Dan i pon takut klau i pembawa n kena dekat baby dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Td kt Awani kata polis siasat individu yg dakwa jemin langgar SOP. Kau mampooo ??? Polis siasat org yg complain bukan siasat org yg di-complain. Jahanam negara
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 08:25 PM | Show all posts
anony-mous replied at 15-5-2021 01:05 AM
Uols xikut ke? I elok je ikot. Jiran ajak beraya pon i xberani dtg. Dan i pon takut klau i pembawa ...

kebanyakan yg satu daerah pegi je beraya rumah parents diorg..jiran2,abg aku sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 15-5-2021 08:25 PM
kebanyakan yg satu daerah pegi je beraya rumah parents diorg..jiran2,abg aku sendiri...

Klau parent , susah sikit. Mesti parent paksa suruh balik. Tp selfish lah sbb 1 daerah, sblm ni mesti byk kali dah jumpa. Jiran aku sblm raya dia balik siap2 dah sbb 1 daerah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2021 12:13 PM | Show all posts
NFA (No Further Action)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.069480 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list