Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
764
View
6
Reply

[Tempatan] Lebih 3,000 premis diarah tutup di Pulau Pinang tak patuh SOP

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-5-2021 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 3,000 premis diarah tutup di Pulau Pinang sejak Mac tahun lalu
    Oleh SAFINA RAMLI
    15 Mei 2021, 11:40 am

GEORGETOWN: Sebanyak 3,276 premis di Pulau Pinang diarah ditutup sejak Mac tahun lalu selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, jumlah premis yang ditutup itu masing-masing melibatkan 1,657 di bahagian pulau manakala 1,619 di Seberang Perai.

Jelas beliau, premis-premis yang diarahkan tutup tersebut antaranya adalah pasar awam, pusat penjaja, restoran, pusat hiburan dan sebagainya.

Pemilik premis telah diberi nasihat terlebih dahulu, sekiranya mereka masih gagal mematuhi SOP arahan penutupan akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan orang awam ketika pandemik ini terjamin, katanya selepas menjalankan tinjauan di Pasar Awam Tanjung Bungah, di sini hari ini.

Menurut Jagdeep, dengan kadar peningkatan jangkitan yang mendadak baru-baru ini, beliau telah mengarahkan kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini meningkatkan operasi bagi memastikan semua SOP dipatuhi.

Selepas bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Rabu lalu, pemantauan telah ditingkatkan oleh agensi penguatkuasaan di premis-premis awam bagi memastikan tiada pelanggaran SOP.

Sebagai kerajaan negeri, adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan pemantauan dijalankan dan bagi rakyat pula mereka perlu terus berdisiplin dan mematuhi arahan, katanya.

Dalam pada itu Jagdeep berkata, jumlah kes baharu Covid-19 di negeri ini terus mencatatkan peningkatan dengan semalam merekodkan sebanyak 266 kes.

Secara keseluruhan jelasnya, kes positif Covid-19 di negeri ini sehingga kini adalah sebanyak 23,253 dengan kes aktif  sebanyak 1,796.

Kita tidak boleh terus leka, Covid-19 masih berleluasa di merata-rata tempat, kita mesti menang peperangan ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa, katanya. C UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 15-5-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindunya kat mall mall
Hahaa
Tapi budak tak boleh bawa masuk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah sop lanchow. X de tmpt dlm msia ni yg ikut sop 100%.

Ko pg masjid dkt gate keluar lps sembayang tade maknanya dkt pintu keluar tu org nak jarak 1.5m.

Ko pg mn2 kedai ko akan jumpa org yg pki mask x btl. Jenis tutup bwh hidung je.

Ko pg mall, ko ingt trolley tu akan di sanitize 100%? X cukup tgn tkg sanitize tu nak sanitize semua trolley dan bakul. Dlm hati dia mesti kata kerja bodoh apa aku buat ni? Dlm kontrak aku keje mop lantai je la sial, bkn lap trolley
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 11:15 PM | Show all posts
otai_g replied at 15-5-2021 04:55 PM
Ah sop lanchow. X de tmpt dlm msia ni yg ikut sop 100%.

Ko pg masjid dkt gate keluar lps sembayan ...

haa sexplanation yang macam ni lah meols dah bagi aritu namun dibidas semula oleh acik blastoff ke apa nama heshe sebab heshe tak puas hati menteri2 dan warga kkm tak patuh sop betul2...logik kot takda orang yang patuh sop 100% ni...antara kantoi dengan tak je..kantoi kalu, saman mari...as simple as abc katanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:24 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 15-5-2021 11:15 PM
haa sexplanation yang macam ni lah meols dah bagi aritu namun dibidas semula oleh acik blastoff ke ...

Golongan pemakan anjing mmg ssh skit nak terima kenyataan. Nak2 jenis makhluk yg hidupnya hanya sekadar pg keje - blk rumah. Hari2 mcm robot. Sesekali pg la tmpt lain bergaul dgn masyarakat dan lihatlah sesuatu dgn mata burung.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 15-5-2021 02:53 PM
Rindunya kat mall mall
Hahaa
Tapi budak tak boleh bawa masuk..

Mak yg berlebih lebih tapi gunakan alasan kesian anak anak lama tak kuar rumah

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 15-5-2021 04:55 PM
Ah sop lanchow. X de tmpt dlm msia ni yg ikut sop 100%.

Ko pg masjid dkt gate keluar lps sembayan ...


Mustahil troli disanitised setiap masa tapi tidak.mustahil tangan kita sentiasa dlm keadaan sanitised jika perlu?

We cannot control the world out there but we can control and dictate what we do...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list