Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
7626
View
160
Reply

[Jenayah] ...8 teknik NGO guna isu Palestin untuk raih keuntungan

[Copy link]

Author: pyropura    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-5-2021 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Semakin banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan di negara ini atas alasan mahu membantu umat Islam khasnya Palestin yang kini tertekan dengan serangan dari Israel.

Namun ramai yang tidak sedar, NGO kini adalah satu perniagaan baharu yang menguntungkan dan sesetengahnya diambil kesempatan boleh pihak tertentu untuk menjadi kaya raya.

Sebab itulah, atas dasar untuk membantu Palestin misalnya, sebuah NGO boleh memasang berpuluh-puluh billboard di seluruh negara untuk memungut derma untuk Palestin.

Korang perasan tak, dah makin ramai orang buat NGO. Korang juga perasan tak, orang yang run NGO ni biasanya takda kerja tetap, tapi survive je. Mana diorang dapat duit?

Sebenarnya, bukan tunggang agama je boleh buat duit. Tunggang NGO pun boleh buat duit. Sebab tu kau perasan ramai yang all out kutip derma, sampai sanggup tekan ads, billboard, dan bayar iklan masuk media. Sampai ada yang sanggup berhenti kerjalah, full time dengan NGO dia!

Korang tau tak yang bank negara (BNM) allow mana-mana NGO collect derma dan ambil up to 30% dari duit derma sebagai charge pengurusan. Kalau kau berjaya collect RM100k, kau boleh guna RM30k sebagai pengurusan. Begitulah seterusnya.

Bila NGO tu kau yang control. Kau CEO, kau founder, kau pengerusi. Mestilah kau ada kuasa penuh. Hujah biasa puak ni, orang derma atau infaq disebabkan dia. Orang pecaya dia.

Berikut cara mereka bikin wang dengan NGO!

1. GAJI.

Kutip derma atau infaq. Set gaji or elaun sendiri, masuk dalam charge pengurusan.

Dengan charge pengurusan nilah, kau boleh bayar sewa pejabat, bayar gaji crew dan juga gaji kau! Kau dibayar untuk buat baik. Benda yang kau suka. Bukan susah kan? Ada NGO yang kaya collect derma letak gaji RM20k tau dekat pengerusi dia!

2. SUPPLIER.

Kutip derma atau infaq. Kau sendiri jadi supplier.

Kau buat announcement yang kau nak sedekah facemask dekat B40 dari PPR. So kau cari orang nak infaq or derma. Kau sendiri supplier. Lepas dah collect duit derma dan infaq tu, NGO kau beli dekat kau facemask tu full price. So, kau dapat sales.

3. KRONI.

Kutip derma atau infaq. Kroni kau yang supply. Kau cashout tepi.

Kau minta derma untuk buat rumah asnaf, duit dah dapat. Kau lantik kawan kau jadi kontraktor. NGO kau bayar dia, dia kasi kau 10%!

4. BUAT PROGRAM BISNES.

Kau guna NGO kau buat program waqaf sambil berbisnes.

Dia kumpul orang, collect sorang RM1000 untuk beli ayam serama, jadi return 50/50. 50% ke asnaf, 50% ke pelabur. Kalau fail, dia akan return 50%. Beramai-ramailah masuk sebab nak tolong asnaf. Dia tak buat pun bisnes tu. Dia ambil 50%, dia return 50% seperti dalam agreement.

5. 100% KEUNTUNGAN UNTUK INFAQ!

Kau declare yang 100% keuntungan bisnes kau, akan kau infaq ke NGO kau.

Jadi beramai-ramailah orang membeli di kedainya. Walhal dia dah set gaji dia berpuluh ribu. Cover semua cost dah. Untung RM10, bagi semua RM10 pun kira 100% juga.

6. INVESTMENT UNTUK ASNAF.

Kau collect derma untuk NGO kau, kata kau akan invest dalam business. Nanti pulangan, boleh bagi dekat asnaf di bawah NGO.

Dia invest dekat company dia sendiri, or kroni-kroni dia. Bila rugi, dia cakaplah, investment mana ada janji untung. Itu riba. Ada yang lagi hampeh, dia buat main saham.

7. BELI HARTA UNTUK NGO.

Kau collect derma atau infaq untuk NGO kau, kau beli harta kau sendiri untuk cashout.

Kau ada van buruk. Kau sesak nak duit. So, kau collect derma untuk beli van kau yang kalau kau jual sendiri, takda siapa nak beli. Jadi kau guna power kau untuk NGO kau beli van buruk kau. Kautim!

8. LANTIK SYARIKAT SENDIRI.

Kau sebagai founder NGO kau, kau lantik kedai runcit kau jadi food bank orang miskin.

Siapa bayar kedai runcit tu? NGO tula bayar. Kau jangan pelik, walaupun kedai runcit tu kosong, tak meriah. Tapi nanti sales dia berpuluh juta! Semua salea itu dari NGO yang dibayar dengan duit derma atau infaq korang.

Setakat ni 8 style ni la yang aku kesan. Kalau ada lagi, korang tambahlah. Sebab itu korang jangan pelik puak ni sanggup ni buat team publisiti ramai-ramai, dengan cameraman, soundman, content writer, video editor, designer. Siapa bayar semua tu? The more donation coming in, the merrier the NGO pocket.

Kalau dapat RM100,000, RM30,000 kau boleh enjoy as operation. Kalau kau dapat collect RM1,000,000, RM300,000 kau ambil. Kalau kau dapat collect RM100,000,000, RM30,000,000 kau boleh enjoy dengan NGO kau.

Ia legal dan tak salah di sisi undang-undang. Sebab itu makin ramai buat. Kerja senang bro. Bukan duit kau. Orang bayar kau untuk kau buat baik. Kau dapat duit, kau nampak baik.

Cuma aku tertanya-tanya, masa kau buat derma atau infaq tu, kau memang dah redha ke RM100 kau nak bagi dekat asnaf tu, hanya sampai RM70? RM1,000 kau tu sampai kat asnaf RM700 je. Ke korang tak tau?

Kau jangan terkejut orang yang run NGO kaya ni, dia jadi kaya raya rasanya sebab duit derma tu je. Ada yang sampai kahwin 2,3. Entah berapalah gaji dia set dekat diri dia. Kita tak boleh lepas ke situ. Unless MA (management account) dia terbocor lah.

Ada yang lebih traditional, door to door kutip derma, tunggu dekat bank, mall. Korang ingat diorang fi sabi lillah? Tidak. Ada komisen diorang nanti. 30% ma, pandai-pandailah bedak-bedak nanti. Setiap orang orang ada bahagian masing-masing.

Jadi, kau jangan pelik boss-boss NGO ni rilex je full time dengan NGO. Hidup steady, kereta steady, berjalan oversea. Sebab semuanya sudah ditanggung. Mereka dibayar untuk buat perkara yang mereka suka.

Siapa yang tak suka hulur derma tapi dapat gaji? Kau pun nampak baik..

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/teknik-buat-duit-dengan-ngo-untuk-jadi-kaya/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 16-5-2021 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam aku penah cakap sebelumnya, sumbang pada Mercy Malaysia je, NGO kita yg.ada standard dunia, mereka ada international audit & partner dgn.NGO luar spt. Save the Children, Marlin International dll.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-5-2021 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut ler ada status "Berhad" pada nama NGO yer

http://2.bp.blogspot.com/-MH_2Y_Q8HvE/UUQEqIu9-JI/AAAAAAAAA7o/A-TtvD5qr7A/s1600/Gambar+dari+Pintu++Utama+Kedai.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 16-5-2021 01:45 AM
Macam aku penah cakap sebelumnya, sumbang pada Mercy Malaysia je, NGO kita yg.ada standard dunia, me ...

berkaitan derma ke palestine ni, menurut Palestinian Amssador,  hanya sumbangan drp MAIS saje yg sampai ke sana.  NGO lain semua tak sampai.  Mcm mana tu...?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 15-5-2021 05:45 PM
Macam aku penah cakap sebelumnya, sumbang pada Mercy Malaysia je, NGO kita yg.ada standard dunia, me ...

Makna, mercy, yayasan buah pinggang, ronald mcdonald antara ngo yg legit & aku tak kisah nak bagi sumbangan. Yg lain bye bye je lah. Tak hadap aku nak kayakan ceo ngo2 ni
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-5-2021 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Heydidle replied at 16-5-2021 02:01 AM
berkaitan derma ke palestine ni, menurut Palestinian Amssador,  hanya sumbangan drp MAIS saje yg s ...

Mercy tak penah bagi sumbangan wang. Mereka provide services macam sepital, filtration system. Dan polisi mereka tak penah bagi bantuan melalui mana2 gomen dunia. Depa buat sumbangan direct. NGO international mana penah bagi gomen  luar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
I tepek sini semula ya link fb ni...tapi tu lah setakat ni i belum pernah menderma lagi untuk gaza sebab mmg sentiasa rasa was was

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 16-5-2021 01:49 AM
Patut ler ada status "Berhad" pada nama NGO yer

Aman palestine dh buat iklan kat tepi hiway plsk skrg.emmm
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumber: Berita Harian Online
www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/02/656927/ngo-nafi-dana-tidak-sampai-kepada-rakyat-palestin

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang membuat kutipan sumbangan menyerahkan dana secara terus kepada rakyat Palestin melalui wakil yang dilantik mereka, sekali gus menafikan dakwaan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali yang mendakwa dana berkenaan diseleweng.

Timbalan Presiden Muslim Care, Mohd Johari Ismail, berkata kebanyakan NGO tidak melalui kerajaan untuk menyerahkan sumbangan.

NGO Malaysia tidak melalui kedutaan kerana Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tidak mesra dengan kita, katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi malam tadi.

Sementara itu, Pengarah Media dan Korporat Aman Palestin, Anas Abdul Wahab, berkata bantuan daripada pihaknya disalurkan terus menerusi wakil mereka di Palestin.

Aman Palestin memberi tumpuan membantu dalam aspek kebajikan untuk rakyat Palestin seperti ubat-ubatan, makanan, pakaian dan tajaan rawatan hospital (pembedahan).

Sumbangan Aman Palestin tidak melalui kerajaan tetapi disalurkan terus kepada rakyat Palestin dengan seliaan wakil kami di sana, katanya.

Bagi rakyat Malaysia tunggal yang menetap di Palestin, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman yang juga pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM) menyifatkan dakwaan bahawa sumbangan tidak sampai tidak tepat kerana NGO Malaysia banyak memberi tumpuan kepada rakyat Palestin, terutama di Gaza.

Gaza berjaya menampilkan isu Palestin yang peranan itu diambil Hamas. Setakat yang saya pernah bekerjasama dengan NGO Malaysia, kebanyakannya melancarkan kutipan dana dan program untuk Gaza, manakala sebahagian kecil disalurkan ke Baitulmaqdis, katanya.

Katanya, kerajaan PLO perlu bekerjasama dengan NGO Malaysia bagi menyelesaikan isu berbangkit di Masjid al-Aqsa bagi memastikan dana disalurkan ke sana.

Pihak kedutaan perlu mengumpulkan NGO dan memberi kefahaman tentang isu di al-Quds, termasuk wakaf, isu rumah penduduk terpaksa bayar cukai tinggi hingga 60,000 shakel setahun, katanya.

Mengulas perkembangan sama, Pengerusi MyCare, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, berkata banyak dana rakyat Malaysia disalurkan ke Gaza berbanding di Baitulmaqdis.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts

Post time 16-5-2021 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
"kerana Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tidak mesra dengan kita"
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 16-5-2021 02:14 AM
I tepek sini semula ya link fb ni...tapi tu lah setakat ni i belum pernah menderma lagi untuk gaza s ...

Cehhh penipu rupanya si walid ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 16-5-2021 02:13 AM
Mercy tak penah bagi sumbangan wang. Mereka provide services macam sepital, filtration system. Dan ...

Iols baru tau ambassador tu propa. Korup.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 16-5-2021 02:25 AM
"kerana Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tidak mesra dengan kita"

Certain arab memang tak boleh 'in' uols perangai dia...ini berdasarkan pengalaman i sewaktu kat uni... Islam tapi togok arak tu perkara biasa tapi tetaplah ke surau ya sbb memang dari kecik budaya macam tu kot.. Siap banyak kes accident dalam kampus sbb mabuk.. Dia datang belajar kt malaysia kayooo lah, siap boleh rent/beli terus kereta dan dia pun ngan puak2 dia jerr.. Hazab betul kalau kena satu team buat project work dahla tak bagi kerjasama langsung
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Heydidle replied at 16-5-2021 02:30 AM
Iols baru tau ambassador tu propa. Korup.

Politician semua korup, itu kepercayaan i...sangat sikit org2 yg boleh naik tanpa buat jahat, nak bagi contoh pun taktau nk bagi nama siapa
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang pastinya aku takkan derma kat unicef. Tak suka staf yg wat roadshow tu. Rasa annoying.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 16-5-2021 04:42 AM
Itzy replied at 16-5-2021 02:18 AM
Sumber: Berita Harian Online
www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/02/656927/ngo-nafi-dana-ti ...

Salah laku duta dan bekas duta palestin. Sebab dia duta ada imuniti. Buat jenayah pun lepas.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aman palestine tu terpandang iklan dia je dah dapat vibe propa
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
bila ebiet liew mau berangkat?

kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Creatures of opportunists we are....

kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list