CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2053|Reply: 14

[Tempatan] Rentas daerah, negeri nak gi pantai PD

[Copy link]
Post time 16-5-2021 05:18 PM | Show all posts |Read mode
Tiga dikompaun tiada kebenaran rentas daerah, negeri
SARINAH MAT KASIM | | 16 Mei 2021


PORT DICKSON - Tiga individu dikenakan kompaun kerana merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua mereka berusia antara 34 hingga 37 tahun, ditahan semasa berada di pantai Port Dickson.

"Semasa pemeriksaan dilakukan, mereka gagal menunjukkan permit kebenaran merentas daerah atau negeri, memandangkan dua daripada mereka dari Seremban dan Selangor.

"Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Port Dickson terpaksa mengeluarkan kompaun bernilai RM5,000 (setiap seorang) kerana mereka gagal patuh prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi SOP Aidilfitri yang telah ditetapkan oleh MKN dan hanya keluar rumah apabila perlu sahaja.

Aidi Sham berkata, pasukan task force SOP PKP juga akan terus memantau ziarah Aidilfitri, bagi memastikan SOP MKN dipatuhi sepanjang Aidilfitri ini.

Sementara itu, katanya, satu kertas siasatan di bawah Seksyen 21A APPPPB 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (no.4) 2021 / Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dibuka bagi menyiasat kes dakwaan terdapat pelanggaran SOP dalam Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).

Aidi Sham berkata, pada Ahad jam 10.53 pagi, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan hantaran di dalam media sosial, berkaitan program Sambutan Aidilfitri di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson, yang disyaki telah melanggar SOP MKN.

"Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson memandang serius sebarang pelanggaran SOP Aidilfitri yang telah ditetapkan oleh MKN memandangkan kes semakin meningkat setiap hari," katanya.

Katanya, jika disabit kesalahan, hukuman denda tidak lebih RM 50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali, manakala bagi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 hukuman denda tidak lebih RM 50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-dua sekali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mereka kena covid

Dan mati secara perlahan2
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dr selangor caner boleh terlepas smp PD?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 16-5-2021 05:23 PM
Semoga mereka kena covid

Dan mati secara perlahan2

Mati pelahan2 menyusahkn pihak hospital pulak..katil x cukup, alat bantuan x cukup..mati je la cepat2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 05:53 PM | Show all posts
harkktuih replied at 16-5-2021 05:32 PM
Yg dr selangor caner boleh terlepas smp PD?

macam biasa guna karpet terbang nilai
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Degilnye selayaknye lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2021 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
jadi mcm kat india nanti baru nk nyesal......
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sah2 betina kelate ni geygih nk bertiktok di PD.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-5-2021 05:39 PM
Mati pelahan2 menyusahkn pihak hospital pulak..katil x cukup, alat bantuan x cukup..mati je la cep ...

Kalau mati cpt2 nanti dorg xrasa terseksa covid tuh...biar dorg terseksa n mnyesal..n covid dorg xde simptom.. tup2 sesak nafas,mati mcm kt wuhan awal2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis patut pertingkatkan lagi spot check  kat shoping mall. Lagi senang nak elak org rentas negeri dari sjr sebb masih banyak jalan tikus
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 16-5-2021 07:26 PM
Kalau mati cpt2 nanti dorg xrasa terseksa covid tuh...biar dorg terseksa n mnyesal..n covid dorg x ...

Nak nazak masuk icu tersiksa pun tak leh nak share ngan org lain betapa teruk kena covid bila mati kat icu.

Aku lebih suka diorg nazak. Pastu sembuh sekejap...pastu mati oat umah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 16-5-2021 07:31 PM
Nak nazak masuk icu tersiksa pun tak leh nak share ngan org lain betapa teruk kena covid bila mati ...

Kalau mati kt umah nti mati sbb diabetes laa,sbb jantung laa..haihhhh laaa..org xtakut sgt covid maybe sbb covid bkn penyebab utama kematian..alih2 sakit lain.. dia cuma melemahkn imuniti bdn je..sbb bnde subtle,org xnampak haa..

Nak2 ada y sembuh plak tu..lg laaa org xkesah..cuba 1k kes,semua mati..baru reti takut..mcm kes black plaque,kes taun,kes nipah tu..virus fatal..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai upanya manusia yg degil..x pasal2 duit terbang gitu aje
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
nak mandi laut lettewww
takpun nak main banana boat kat pokdeksen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2021 10:12 AM | Show all posts
4 lelaki dikompaun langgar SOP PKP di PD
Mei 19, 2021 @ 7:43am


SEREMBAN: Dua lelaki dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran polis di pantai Port Dickson di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata kedua-dua mereka gagal mengemukakan surat kebenaran atau apa-apa dokumen berkaitan ketika rondaan polis dalam operasi pematuhan SOP PKP di pantai itu kira-kira 4 petang.

"Kompaun itu dikeluarkan kepada lelaki berumur 33 tahun di kawasan parkir Pantai Dataran Kemang kerana merentas dari Seremban ke Port Dickson, manakala seorang lagi berusia 29 tahun dari Sungai Udang, Melaka dikompaun di Pantai Cahaya Negeri, di sini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Aidi Sham berkata dua lagi lelaki berumur 21 dan 25 tahun masing-masing turut dikompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika pemantauan polis di Pantai Seri Kemang dekat sini.

Jelas Aidi Sham, polis memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang ditetapkan kerajaan dalam mengawal jangkitan pandemik COVID-19 selain menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP sepanjang tempoh PKP hingga 7 Jun ini. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.569718 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list