Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
593
View
1
Reply

Enjin jentera panas punca gagal C Hafizh

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 18-5-2021 08:49 PM | Show all posts |Read mode

HAFIZH terpaksa akur terlepas peluang untuk memperoleh keputusan terbaik selepas enjin jenteranya panas sekali gus hilang kuasa pecutan pada GP Perancis Ahad lalu.

Enjin jentera panas punca gagal C Hafizh


KETIKA pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah dilihat berpotensi untuk meraih keputusan terbaiknya semula, namun masalah enjin jentera merosakkan impiannya untuk menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik pada Grand Prix (GP) Pe-rancis malam kelmarin.

Pada saingan tersebut, Hafizh yang beraksi bersama NTS RW Racing GP memulakan perlumbaan positif sewaktu di pelepasan grid apabila berjaya memintas seorang demi seorang pelumba untuk berada di kedudukan ke-17 meskipun memulakan perlumbaan di petak ke-27.

Keadaan litar yang sedikit basah menyebabkan beberapa pelumba terjatuh sekali gus membuka ruang kepada Hafizh untuk berada di kedudukan kelompok 10 terbaik.

Bagaimanapun, pada tujuh pusingan terakhir, Hafizh mengakui jenteranya berdepan masalah apabila mula hilang daya kuasa pecutan selepas enjin jenteranya mula panas hingga mencecah 130 darjah Celcius (C).

Saya benar-benar kecewa dengan perlumbaan hari ini (kelmarin), saya dapat bersaing dengan kumpulan enam terbaik. Bagaimanapun, ketika tujuh pusingan terakhir, tiba-tiba enjin jentera saya menjadi panas daripada suhu normal 80 darjah celcius (C) kepada 130C dan hilang kuasa pecutan, katanya.

Meskipun menamatkan perlumbaan di posisi ke-16, Hafizh berjaya memperoleh satu mata selepas keputusan pelumba Sepanyol, Lorenzo Dalla Porta yang menamatkan saingan di kedudukan ke-11 dibatalkan ke-rana melanggar peraturan.

Keputusan pembatalan dibuat setelah FIM mendapati berat gabungan Dalla Porta dan jentera Moto2 hanya 216 kilogram (kg) dan kurang satu kg berbanding had minimum yang ditetapkan iaitu 217kg.

Panel FIM MotoGP mendapati kegagalan pelumba Italtrans Ra-cing Team itu yang mencapai berat minimum 217kg telah me-langgar Artikel 2.5.4.1 Peraturan Kejuaraan Dunia GP FIM.

Mengambil kira faktor tersebut, Panel FIM MotoGP Stewards memutuskan untuk membatalkan keputusan tersebut mengikut Artikel 3.2.1 dan 3.3.2.3, jelas FIM dalam satu kenyataan semalam.

SumbeR:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 18-5-2021 09:50 PM | Show all posts
time race aritu, ramai yang terbabas, eksiden sampaikan at one time, dia dah di tempat ke-11.
tapi hujung2 terus merosot ke-16 terkeluar dr kedudukan mata.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list