CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2139|Reply: 22

[Tempatan] Laksana PKP lebih tegas, k'jaan perlu tanggung keperluan rakyat-Dr.M

  [Copy link]
Post time 20-5-2021 12:31 PM | Show all posts |Read mode


Dr M: Laksana PKP lebih tegas, k'jaan tanggung keperluan rakyat
Diterbitkan 20 May 2021, 11:41 am

Kerajaan kembali menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 12 Mei lalu.

Bagaimanapun penularan Covid-19 dilihat kian memburuk sehingga menimbulkan spekulasi kerajaan mungkin melaksanakan PKP lebih ketat selepas ini.

Bagi bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, kerajaan mengambil tindakan yang betul dengan menguatkuasakan semula PKP sebelum ini namun berkata ia dibuat secara lebih longgar berbanding sebelumnya.

Dia berkata, ia perlu dilaksanakan dengan lebih tegas dengan orang ramai dilarang keluar rumah untuk sekurang-kurangnya sebulan.

Pada masa sama, dia berkata kerajaan perlu menanggung perbelanjaan yang tinggi bagi menyediakan keperluan rakyat, termasuk menghantar keperluan makanan kepada rakyat.

“Kita perlu kurung orang di rumah mereka. Tak patut ada alasan untuk orang berkumpul. Menjauhkan diri mesti diterapkan hatta dalam kalangan petugas barisan hadapan.

“Mengurung orang di rumah bermakna mereka tidak akan ada duit dan makanan. Kerajaan mesti ambil tanggungjawab untuk memastikan rakyat (dapat) terus hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam soal makanan, Mahathir berkata khidmat dapur awam dan hotel boleh digunakan untuk menyediakannya, dan penghantar makanan boleh diupah bagi menghantar makanan dari rumah ke rumah, tanpa melibatkan kontak antara penghantar makanan dengan isi rumah.




“Kuarantin rumah harus (dilaksanakan) sekurang-kurangnya sebulan. Polis dan tentera harus menjadi sangat tegas dalam memastikan orang tidak keluar ke kedai atau apa-apa.

“Kos mesti ditanggung oleh kerajaan. Ia mahal, tetapi kerajaan mesti melakukannya,” tambahnya.

Untuk rekod, setelah mencatatkan penurunan dalam bulan Feb dan Mac, kes mula mencatatkan peningkatan sejak April. Terbaru, semalam (19 Mei), kes harian mencatatkan 6,075 kes baru dengan 46 kematian.

Sebagai petanda keadaan yang kian memburuk, Hospital Sungai Buloh baru-baru ini memaklumkan pihaknya perlu menyediakan kontena sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah susulan peningkatan pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Mahathir berkata, PKP pertama pada tahun lalu berjaya mengekang penularan wabak, sehingga kes baru berada pada tahap dua angka dan kematian tidak melebihi sepuluh.

Namun, selepas itu, katanya, negara menjadi “terlalu yakin” dan merasakan seperti sudah tahu menguruskan wabak berkenaan, sehingga mengadakan PRN Sabah tahun lalu - yang disusuli dengan gelombang ketiga penularan.

Dia berkata kerajaan seperti tidak belajar daripada pengalaman lalu, dengan membangkitkan kebenaran terhadap operasi bazar Ramadan yang menyebabkan kes baru kian meningkat.

Dia mendakwa kerajaan tahu akan risiko perkara itu tetapi enggan menjadi “tidak popular” dengan melarang bazar dan hanya melarangnya stelah berlaku peningkatan kes.

“Ia contoh baik ‘flip-flop’ yang rakyat tak dapat terima. Peniaga makanan sudah beli bahan untuk sepanjang bulan. Sekarang mereka rugi duit dan tak ada jalan untuk dapatkan semula modal mereka,” katanya lagi.

Selain PKP yang lebih tegas, Mahathir menggesa kerajaan mempercepat proses vaksinasi terutama dalam kalangan orang kampung, selain melakukan ujian saringan dengan lebih kerap bagi memastikan orang yang dijangkiti Covid-19 dikenal pasti dan diasingkan.

'RM600 bilion jumlah yang banyak'

Mahathir turut mempersoalkan dakwaan kerajaan bahawa sejumlah RM600 bilion telah digunakan bagi menangani Covid-19, yang katanya, sepatutnya cukup untuk menangani wabak berkenaan.

“Tapi, jelasnya, kita tak dapat (menanganinya). Kita mesti tahu kenapa. RM600 bilion ialah wang yang banyak. Tak mudah membelanjakan wang sebanyak itu dalam masa yang sebegitu singkat,” katanya.

Mahathir dipercayai merujuk kenyataan perdana menteri bahawa kerajaan telah membelanjakan RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19, bulan lalu.

PKP terbaru berkuat kuasa dari 12 Mei hingga hingga 7 Jun 2021.

Namun, berbeza dengan pelaksanaan PKP pertama Mac tahun lepas, PKP kali ini membenarkan semua sektor ekonomi beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pkp ke x ni...next week akak kena pi johor urusan kerja
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 01:25 PM | Show all posts
KERAJAAN ADA LUIT LG KE? KEPALA SCHEME OF THINGS?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 02:06 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 20-5-2021 01:25 PM
KERAJAAN ADA LUIT LG KE? KEPALA SCHEME OF THINGS?

ini kan memasing tahu jawapannya...


haruslah TAKDE
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp lah menteri abahcow x terfikir cara ni..menteri ramai 70 ekor semua kayu!cuma tau pikir hujung bulan gaji masuk 50k..x pikir lgsung cara utk rakyat survive time2 pandemik ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomen kene boost vaksin kt selangor, kelantan dan sarawak. Tu jer cara kalau x nk full lockdown. Kalau ikut kadar vaksin sekarang, elok la lockdown
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2021 02:49 PM | Show all posts
PKP PKPB PKPP PKPD..Ulang balik lepas tu SOP caca merba.
Ada 70 muntari pun jadi le hiasan atau pun pasu bunga.
Gaji tetap la jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:01 PM | Show all posts
bising la atok ni.. dia lupa agaknya orang2 dalam kerajaan sekarang ni kebanyakkan geng2 parti bunga dia juga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 03:07 PM | Show all posts
bukan dia cakap dulu yang kerajaan xde duit?? potong gaji menteri2, pencen bekas2 menteri bg rakyat lagi bagos.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:17 PM | Show all posts
bolamata replied at 20-5-2021 03:01 PM
bising la atok ni.. dia lupa agaknya orang2 dalam kerajaan sekarang ni kebanyakkan geng2 parti bunga ...

bila pulak atok ni masih parti bunga dekkkk ? baik kau cakap najib tu pun geng dia sbb dia dulu pun ameno. bodow
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:18 PM | Show all posts
tripleid replied at 20-5-2021 02:26 PM
Knp lah menteri abahcow x terfikir cara ni..menteri ramai 70 ekor semua kayu!cuma tau pikir hujung b ...

70 ekor??????? membuat ekor banyak2 tu ????
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ang_bess replied at 20-5-2021 02:42 PM
Gomen kene boost vaksin kt selangor, kelantan dan sarawak. Tu jer cara kalau x nk full lockdown. Kal ...

Dah terlambat utk boost vaksin.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:52 PM | Show all posts
noor2 replied at 20-5-2021 12:56 PM
Pkp ke x ni...next week akak kena pi johor urusan kerja

jangan lupa pekena laksa johor ya sis........
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
squeeze replied at 20-5-2021 03:07 PM
bukan dia cakap dulu yang kerajaan xde duit?? potong gaji menteri2, pencen bekas2 menteri bg rakyat  ...

Ambik duit KwAN laa.toreh sampai abis
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Gianna111 replied at 20-5-2021 03:52 PM
jangan lupa pekena laksa johor ya sis........

Insyaallah...mesti
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Gianna111 replied at 20-5-2021 03:52 PM
jangan lupa pekena laksa johor ya sis........

Dengar dari geng johor next week mungkin johor fully lock down
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 05:19 PM | Show all posts
https://www.malaysiakini.com/news/469449

ish rakyat ni. ikat perut laa jangan manja sangat

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:26 PM | Show all posts
full lock down 1 month

1 month monotorium

dah ... settle ..tengok kesan camana..kalo 50% turun ..ok

kalo tak lanjutkan 2 bulan

max 3 bulan ..no more than that

banyak kot duit gomen ..daripada duk tiris rasuah tu..baik bagi rakyat balik

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 20-5-2021 03:18 PM
70 ekor??????? membuat ekor banyak2 tu ????

Pggil pjodoh bilangan 'ekor' je lah sbb menteri sekor2 x reti buat keja mkn gaji buta....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu tunggu ex PM bersuara...ramai yg lain dah lama suruh lock down.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.072283 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list