CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5849|Reply: 64

[Tempatan] Edisi antara hidup dan mati: Doktor terpaksa pilih!

  [Copy link]
Post time 20-5-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pesakit kronik dianggap sukar sembuh tidak dihantar ke ICU

OlehNoorazura Abdul Rahman

Mei 20, 2021 @ 5:07pm

bhnews@bh.com.my

Gambar hiasan

ALOR SETAR: Pesakit kronik yang dianggap tiada harapan untuk sembuh, tidak lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di negeri ini, berikutan jumlah katil sangat terhad ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata walaupun jumlah katil di ICU masih mencukupi, pihaknya bimbang jika pesakit kritikal lain tidak dapat dimasukkan ke ICU yang kini dipenuhi pesakit COVID-19.

Beliau berkata, pegawai perubatan bertugas terpaksa membuat penilaian cukup berat dalam memilih antara pesakit kritikal dan pesakit COVID-19 yang perlu dimasukkan segera ke ICU.

"Saya serba salah hendak maklum atau tidak keadaan ini, tetapi perlu beritahu juga, dalam sesetengah kes doktor terpaksa memilih mana perlu dihantar ke ICU, sekiranya pesakit terlalu kronik dan tidak mempunyai harapan, kita tidak masukkan dia ke ICU.

"Ini termasuk pesakit bukan kes COVID-19, doktor akan membuat penelitian cukup berat bagi sesetengah kes, bagaimanapun kita sebolehnya akan merawat semua pesakit sehingga sembuh dan stabil," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas persediaan hospital di negeri berdepan peningkatan kes COVID-19 selepas Kedah mencatat kes tertinggi iaitu 445 semalam, selain penggunaan wad ICU dilaporkan sudah mencapai 92 peratus.

Berikutan itu, Dr Mohd Hayati meminta orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak keluar rumah sekiranya tiada urusan penting.

"Kita perlu ingat hospital bukan saja merawat pesakit COVID-19, tetapi ada pesakit kencing manis dan lain-lain yang perlu rawatan serta pembedahan, selepas dibedah perlu dirawat di ICU terlebih dulu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, sehingga kini 44 pesakit COVID-19 masih dirawat di ICU dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Seramai 11 pesakit dirawat di ICU Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, manakala bakinya di ICU Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan ICU Hospital Sultanah Bahiyah 2 (HSB2).

"Daripada keseluruhan 44 individu dirawat di ICU, cuma tiga saja yang berusia bawah 50 tahun," katanya.

Dr Mohd Fikri berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kota Setar dan sembilan lokaliti di Bandar Darulaman serta Lubuk Kawah, Jitra, membolehkan pihaknya melaksanakan pengesanan kontak rapat lebih terperinci terhadap kes berkaitan.

"Saringan akan dibuat terhadap kumpulan sasar yang mungkin berisiko tinggi dan berpotensi meningkatkan penularan COVID-19. Jumlah mereka disaring bergantung kepada pengesanan kontak rapat dilakukan kini.

"Di Kota Setar, penularan COVID-19 kebanyakannya saling berkait antara satu mukim dengan mukim lain, namun kami akan memberi fokus seimbang terhadap semua mukim walaupun ada antaranya kini berstatus zon merah," katanya.

Sos: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/818845/pesakit-kronik-dianggap-sukar-sembuh-tidak-
dihantar-ke-icu?fbclid=IwAR1ZrQ-MN2repvAzAUgwobKIL92LqNAsBtRHUKvgqySOwhqKHj-J6iIk_T4

P/s: ni pon ada poremer cakap ekonomi lebih penting, mayat bergelimpangan tepi jalan lagi ok drpd org merempat tepi jalan? @krustykrab

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyedihkannn.....

sapa yg ahli kuarga kena mcm ni....mesti lemah longlai nk terima kenyataan
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Manalah palataik kobit ni paham apa isu hospital dodol. Dorang lagi ckp pasang ventilator tulah yg sebabkan org matik
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia dah start dah mcm negara yg sesak pesakit dulu...mcm Turki..ni semua sebab jumlah pesakit covid yg makin bertambah....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayangkan lah family members kita yg kena, mcm mana kita nk hadap..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dah macam india
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka malaysia dah sampai tahap ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
So...It has come to this.

Simpati dari akak buat keluarga yang terlibat. Ain't easy uols. Silap2 boleh bergasak dengan staf KKM di sepital.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
@dodolgemok
Tang mana aku ckp mcm tu?
Bg ko mmg la ekonomi x penting sb ko masih keje gaji masih onzz..jd ko x peduli pun org merempat tepi jln sampai mati sb x de duit nk mkn minum..
Semoga kesesuahan yg org rasa skrg sbb covid ni tak berbalik pada ko sudahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
senyum sinis sambil flip report MOH icu bed occupancy rates 91.6% 5 tahun sebelum covid. skrg 92%?

“The percentage of patients denied admission due to the unavailability of ICU beds was 32% in 2015”

konsepnya dari dulu penuh kan?


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 08:24 PM | Show all posts
Baguih laa pilih2... puak2 ni +ve pun dek kerna kebodohan masing2 laa + majoriti musti orang2 tua + orang ada penyakit kronik... dah sakit or tua masih tak sadar diri ...

kalo ikot SOP betoi2... mmg chance nak kena tu amat2 tipis ... Dah sampai masa pilih orang yang betoi2 diperlukan jaa...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu yang berlaku sekarang. Bukan berlaku di kedah je. Dulu2 boleh ajar mengucap ketika sakaratul maut menghampir. Sekarang takde.. tunggu jenazah siap kapan je.
Tataplah orang tersayang, selalu telefon mak dan ayah. Bila2 je mereka boleh sakit, dan itu kali terakhir kita jumpa atau bercakap dengan mereka. Untungnya yang tinggal dengan mak bapak dan hampir dengan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau aku elok pilih ikut history pesakit tu dapat dari mana. kalau yg mcm terawih dlm gelap ramai2, bertandang buka puasa beraya sakan, buat pelbagai majlis senyap2, rentas negeri alasan tipu/guna kabel boleh tendang awal2
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok lah macam tu. Kalau dah memang dah nak mati kita permudahkan ja lah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-5-2021 08:43 PM
Elok lah macam tu. Kalau dah memang dah nak mati kita permudahkan ja lah.

Aku sukaaaa...dia mcm.ni...saper2 sesak nafas sb cobid, pndi2lah gali kubur sndr ek...jgn lupa tau g jalan aana aini, beri jangkitan di mall, tempat kerja, msjd, serata tempatlah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je kalau nak PKP penuh. Tapi, gaji org gomen potong 50%, berani?

50%, buat beli beras dan telur rakyat Malaysia yg B40. Beras, telur dan yg penting2. Roti, sardin, maggi, gula, takperlu rasanya. Bukan nak makan sedap. Makan bagi kenyang perut je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 08:50 PM | Show all posts
Edited by sidewinder at 20-5-2021 08:51 PM

ari tu aku dengar ramai yg kata data yg kerajaan bg fake.....sajer direka2 sbb nak mempertahankan kerajaan tebuk atap.....skrang baru tau fake ke fact


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 20-5-2021 05:00 AM

Ehhhhh bukan dahulu kata agenda untuk depopulate orang miskin..seniors dan yang ber penyakit kah?....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ini capacity icu di banyak kan tidak perlu kira percentage capacity icu hospital 5 yrs ago... Dahulu mungkin ada (contoh) 4 beds or 6 beds sekarang memang lebih ... Di alor setar aku dengar depa buka semula icu hospital lama bahiyah ll... Burn unit dan ccu jadi icu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 09:56 PM | Show all posts
Bekas guru saya, suami isteri dijangkiti covid. Kedua duanya dimasukkan di ICU. Isterinya baru saja meninggal tadi, manakala suaminya kritikal dengan bantuan alat pernafasan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.071461 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list