CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Scheherazade

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 36

 Close [Copy link]
Post time 30-5-2021 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

30 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 5,121 kes (484,787 kes kumulatif, 85.7%);
Kes baharu : 6,999 kes (565,533 kes kumulatif);
Kes import : 4 kes (3 warganegara, 1 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,995 kes [6,385 warganegara (91.3%); 610 bukan warganegara (8.7%)];
Kes aktif : 78,017 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :846 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 419 kes;
Kes kematian : 79 kes (2,729 kes kumulatif, 0.48%; 78 warganegara, 1 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 2,163 kluster;
Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat :1,528 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 635 kluster.
Sebanyak 79 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing 15 kes di Selangor dan Negeri Sembilan, 13 kes di Kedah, 12 kes di Johor, lima (5) kes di Pulau Pinang, masing-masing empat (4) kes di Terengganu dan Melaka, masing-masing tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, dua (2) kes di Sabah, dan masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Perak, dan Pahang.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI SEMASA SISTEM KESIHATAN DI MALAYSIA DAN PERANAN SEMUA PIHAK DALAM SAMA-SAMA MENDEPANI KRISIS BERHADAPAN DENGAN COVID-19

Seperti yang KKM telah maklumkan kepada umum, penularan COVID-19 semakin meruncing. Nilai Rt negara terkini adalah 1.16 dan jumlah kes dilaporkan saban hari menunjukkan tren kenaikan yang mendadak secara exponential. Kenaikan satu ribu sehingga dua ribu kes sehari adalah tidak mustahil. Kita telah melihat jumlah kes kematian tertinggi harian iaitu sebanyak 98 kes pada 29 Mei 2021 akibat COVID-19. Situasi ini juga mungkin akan berterusan dan tidak mustahil boleh terus meningkat lagi.

Jumlah katil di Unit Rawatan Rapi, hospital-hospital COVID-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 semakin berkurangan dan berkemungkinan tidak mencukupi. KKM juga telah memberi amaran kemungkinan berlaku situasi di mana para doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil ICU bagi pesakit yang mempunyai potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya adalah lebih rendah (poor prognosis).

Ini adalah situasi sukar yang mendepani kita semua, dan KKM ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama berganding bahu bagi hadapi sekarang.

Semua pihak perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab, tidak kira Kerajaan, agensi-agensi berkaitan dan juga rakyat secara keseluruhannya.

1. Peranan Kerajaan:

a.      KKM menyambut baik pengumuman keputusan Sidang Majlis Keselamatan Negara yang telah diperincikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan sebentar tadi. Ini adalah antara tindakan yang diperlukan bagi membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19.

b.      Kawalan sempadan dan pintu masuk antarabangsa yang ketat bagi memastikan negara terlindung daripada pelbagai varian virus SARS-CoV-2 yang baharu yang terus menular di pelbagai negara. Sekatan bagi negara-negara tertentu diteruskan, tempoh kuarantin bagi penumpang yang tiba dari luar negara juga telah dipanjangkan. Tempoh kuarantin ini akan dilanjutkan kepada 21 hari berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan. Misalnya tempoh kuarantin bagi lima (5) negara berisiko tinggi seperti India, Pakistan, Sri Lanka, Nepal, dan Bangladesh adalah selama 21 hari. Mereka yang tiba dari luar negara akan dikuarantin di stesen kuarantin yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan.

c. Meningkatkan aktiviti-aktiviti Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bersama agensi-agensi Kerajaan dan swasta untuk mencapai liputan imuniti kelompok (herd immunity) di Malaysia.

2. Peranan Rakyat Malaysia:

Duduk di rumah setiap masa.
Sekiranya perlu keluar untuk sebarang urusan penting, lindungi diri dengan memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan sekurang-kurangnya dua (2) minit atau menggunakan hand sanitizer.
Ringkasan nasihat kepada orang ramai mengenai pemakaian pelitup muka:
WAJIB mengenakan sekurang-kurangnya satu lapis pelitup muka di tempat awam (jenis perubatan atau fabrik). Pelitup muka 3 lapis perubatan menawarkan perlindungan yang lebih baik.
SANGAT DIGALAKKAN mengenakan pelitup muka berganda terutama di tempat awam yang sesak dan kurang pengudaraan, iaitu satu (1) pelitup muka perubatan (3-ply medical/surgical mask) di bahagian dalam DAN satu (1) pelitup muka fabrik di luar.
DINASIHATKAN juga untuk mengenakan pelindung muka (face shield) bersekali dengan pelitup muka berganda di KAWASAN AWAM RISIKO TINGGI untuk perlindungan tambahan (misalnya hospital/klinik, kawasan awam yang sesak, kawasan kurang pengudaraan)Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di negeri anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline
Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan segera.
Lindungilah ahli keluarga kita terutamanya warga emas dan mereka yang berisiko tinggi. Sekiranya mereka tidak sihat, dapatkan bantuan kecemasan.
3. Tindakan kesiapsagaan KKM:

Terus menjalankan lebih ujian di lapangan:
Saringan COVID-19 telah menunjukkan pertambahan yang mendadak di mana purata ujian (RT-PCR dan RTK-Ag) harian hanyalah sebanyak 63,925 ujian sebelum 14 Mei 2021 berbanding purata ujian harian bagi tempoh 23 Mei 2021 hingga 29 Mei 2021 iaitu sebanyak 91,608 ujian (pertambahan sebanyak 30.2 peratus).
Penggunaan Ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) sebagai ujian saringan COVID-19 membantu bagi mengesan wabak COVID-19 dengan cepat dalam jumlah yang besar selain penyumberluaran ujian saringan COVID-19 ke makmal swasta.
Meningkatkan jumlah katil di hospital COVID-19 dan hospital hybrid COVID-19
Ini dilaksanakan dengan mengenalpasti lebih banyak ruang di dalam hospital untuk ditukar fungsi (repurpose) sebagai katil ICU dan menyediakan peralatan perubatan serta kelengkapan lain yang diperlukan.
Hospital Medan ICU di Hospital Kepala Batas serta cadangan pengambilmilikan sementara Hospital Pakar Kanak-kanak UKM juga adalah antara langkah meningkatkan kapasiti ICU.
Kerjasama dengan NGO bantuan perubatan untuk membuka lebih banyak ICU mengikut kesesuaian kawasan dan keperluan setempat.
Jumlah and peratus penggunaan katil di hospital COVID-19 dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (data sehingga 29 Mei 2021):
PKRC: 27,183 katil (65 peratus penggunaan)
Hospital COVID-19: 10,190 (85 peratus penggunaan)
Katil ICU: 1,698 katil (88 peratus penggunaan)
Katil ICU untuk COVID-19: 1,113 katil (104 peratus penggunaan)
Ventilator: 2,138 (60 peratus penggunaan keseluruhan, 39 peratus penggunaan for COVID-19
Meningkatkan sumber manusia bagi kegunaan di semua fasiliti di atas:
Sumber tenaga manusia merupakan antara cabaran utama dan ramai anggota telah pun dimobilisasi untuk menjalankan lain-lain fungsi dalam pengurusan pandemik ini. Anggota KKM daripada pelbagai kategori termasuklah pakar bedah di beberapa hospital telah pun dimobilisasi untuk perawatan pesakit COVID-19.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Mei 2021 @ 5:00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI        BILANGAN KES BAHARU *(    )        BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR        2,477 (1)        184,815
SABAH        190        62,037
WP KUALA LUMPUR        616 (1)        58,267
JOHOR        433        57,894
SARAWAK        513        46,675
PULAU PINANG        248        28,298
KELANTAN          612        27,093
NEGERI SEMBILAN        468 (2)        26,052
PERAK        212        20,379
KEDAH        422        18,445
MELAKA        202        11,734
PAHANG        239        9,358
TERENGGANU        214        8,567
WP LABUAN        133        3,556
WP PUTRAJAYA        13        1,864
PERLIS        7        499
JUMLAH KESELURUHAN        6,999 (4)        565,533
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 79 kes kematian pada 30 Mei 2021 adalah seperti berikut:

NO. KEMATIAN        NEGERI        JANTINA        WARGA-NEGARA        UMUR (TAHUN)        HOSPITAL        LATAR BELAKANG PENYAKIT
2651        Sarawak        Lelaki        WN        73        Hospital Bintulu        Kencing manis, darah tinggi, paru-paru, gout, jantung, dan penyakit hati kronik
2652        Selangor        Lelaki        WN        33        Hospital Ampang        Multiple myeloma
2653        Sarawak        Lelaki        WN        75        Hospital Sibu        Darah tinggi, dan kanser
2654        Selangor        Lelaki        WN        74        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis dan darah tinggi
2655        Selangor        Perempuan        WN        74        Hospital Sungai Buloh        Darah tinggi dan jantung
2656        Johor        Lelaki        WN        70        Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar        Darah tinggi dan dislipidemia
2657        Pulau Pinang        Lelaki        WN        73        Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang        –
2658        Kedah        Lelaki        WN        76        Hospital Kuala Nerang        Strok
2659        Kedah        Perempuan        WN        68        Hospital Kuala Nerang        Kencing manis
2660        Sabah        Perempuan        WN        74        Hospital Lahad Datu        –
2661        WP Kuala Lumpur        Lelaki        WN        76        Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras        Pituitary microadenoma, darah tinggi, dan spinal stenosis
2662        Melaka        Lelaki        WN        59        Hospital Melaka        Darah tinggi dan buah pinggang kronik
2663        Selangor        Perempuan        WN        54        Hospital Ampang        Leukemia
2664        Johor        Perempuan        WN        79        Hospital Mersing        Darah tinggi
2665        Negeri Sembilan        Lelaki        WN        51        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis, darah tinggi, gout, Obstructive sleep apnoea, penyakit hati, dan dislipidaemia
2666        Negeri Sembilan        Lelaki        WN        70        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2667        Kedah        Perempuan        WN        52        Hospital Kuala Nerang        Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
2668        Terengganu        Lelaki        WN        78        Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu        Kencing manis dan darah tinggi
2669        Selangor        Perempuan        WN        72        Institut Kanser Negara        Kencing manis dan kanser
2670        Selangor        Lelaki        WN        58        Hospital Ampang        Kencing manis dan darah tinggi
2671        Selangor        Lelaki        WN        72        Hospital Ampang        Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2672        Johor        Lelaki        WN        61        Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
2673        Negeri Sembilan        Perempuan        WN        63        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Dislipidemia
2674        Negeri Sembilan        Lelaki        WN        49        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Darah tinggi
2675        Kedah        Lelaki        WN        62        Hospital Sultan Abdul Halim,        Sungai Petani        Kencing manis
2676        Selangor        Lelaki        WN        72        Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
2677        Sabah        Perempuan        WN        72        Hospital Lahad Datu        Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2678        Pulau Pinang        Perempuan        WN        73        Hospital Kepala Batas        Darah tinggi
2679        Negeri Sembilan        Lelaki        WN        79        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis, darah tinggi, dan strok
2680        Kedah        Lelaki        WN        73        Hospital Kuala Nerang        Darah tinggi dan jantung
2681        Kedah        Perempuan        WN        33        Hospital Kulim        Darah tinggi dan dislipidemia
2682        Melaka        Perempuan        WN        70        Hospital Melaka        Darah tinggi, gout, dan dislipidemia
2683        Terengganu        Perempuan        WN        83        Hospital Sultanah Nur Zahirah,      Kuala Terengganu        Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2684        Selangor        Perempuan        WN        69        HospitalSungai Buloh        Kencing manis dan darah tinggi
2685        Johor        Lelaki        WN        68        Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu        Kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan strok
2686        Negeri Sembilan        Perempuan        WN        46        Hospital Tampin        Kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
2687        Melaka        Perempuan        WN        84        Hospital Melaka        Darah tinggi dan dislipidemia
2688        Selangor        Lelaki        WN        80        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2689        Negeri Sembilan        Lelaki        WN        78        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Parkinson dan gout
2690        Kedah        Lelaki        WN        84        Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar        Tiroid dan benign prostatic hyperplasia
2691        Kedah        Lelaki        WN        87        Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dyslipidemia, dan buah pinggang kronik
2692        Kedah        Perempuan        WN        78        Hospital Sultan Abdul Halim,            Sungai Petani        Darah tinggi, paru-paru, dan dislipidemia
2693        Kedah        Perempuan        WN        73        Hospital Sultanah Bahiyah,  Alor Setar        Kencing manis dan darah tinggi
2694        Kedah        Perempuan        WN        70        Hospital Sultanah Bahiyah,  Alor Setar        Dislipidemia
2695        Terengganu        Perempuan        WN        84        Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu        Kencing manis dan darah tinggi
2696        WP Kuala Lumpur        Lelaki        WN        69        Hospital Ampang        Multiple myeloma
2697        Kedah        Perempuan        WN        62        Hospital Sultanah Bahiyah,  Alor Setar        Kencing manis dan strok
2698        WP Labuan        Lelaki        WN        54        Hospital Labuan        Obesiti, kencing manis, dan darah tinggi
2699        Selangor        Perempuan        WN        63        Hospital Shah Alam        Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan dislipidemia
2700        WP Kuala Lumpur        Lelaki        WN        73        Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras        Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
2701        Sarawak        Perempuan        WN        83        Jenazah dibawa ke Hospital Umum Sarawak, Kuching        Darah tinggi
2702        Kedah        Lelaki        WN        66        Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar        Buah pinggang kronik dan strok
2703        Selangor        Perempuan        WN        84        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
2704        Selangor        Perempuan        WN        71        Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Darah tinggi
2705        Selangor        Lelaki        WN        57        Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Kencing manis dan darah tinggi
2706        Johor        Lelaki        WN        52        Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2707        Johor        Lelaki        WN        51        Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu        Kencing manis, paru-paru, dan obesiti
2708        Negeri Sembilan        Perempuan        WN        53        Jenazah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah,       Kuala Pilah        Kencing manis
2709        Melaka        Lelaki        WN        71        Jenazah dibawa ke Hospital Melaka        –
2710        Pahang        Lelaki        WN        64        Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan        Kencing manis dan darah tinggi
2711        Terengganu        Lelaki        WN        67        Hospital Kemaman        Kencing manis, darah tinggi, dan kanser
2712        Selangor        Lelaki        WN        38        Hospital Shah Alam        Kencing manis, darah tinggi, gout, dan buah pinggang kronik
2713        Johor        Lelaki        WN        75        Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu        –
2714        Johor        Lelaki        WN        74        Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan hypothyroidism
2715        Johor        Lelaki        WN        61        Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu        –
2716        Johor        Lelaki        WN        57        Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
2717        Johor        Lelaki        WN        57        Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat        Kencing manis dan buah pinggang kronik
2718        Pulau Pinang        Perempuan        WN        80        Jenazah dibawa ke Hospital Pulau Pinang        –
2719        Pulau Pinang        Perempuan        WN        82        Hospital Pulau Pinang        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
2720        Pulau Pinang        Perempuan        WN        56        Hospital Seberang Jaya        –
2721        Negeri Sembilan        Lelaki        WN        85        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
2722        Negeri Sembilan        Lelaki        WN        82        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Darah tinggi dan strok
2723        Negeri Sembilan        Lelaki        WN        80        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        –
2724        Negeri Sembilan        Lelaki        WN        66        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Darah tinggi
2725        Negeri Sembilan        Perempuan        WN        62        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis, dan darah tinggi
2726        Negeri Sembilan        Lelaki        WN        49        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
2727        Negeri Sembilan        Perempuan        WN        47        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis
2728        Perak        Lelaki        WN        76        Hospital Teluk Intan        –
2729        Johor        Perempuan        BWN        43        Jenazah dibawa ke Hospital Kulai        –
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,999 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:

NEGERI        JUMLAH KES        KLUSTER        KONTAK RAPAT        IMPORT A*        LAIN-LAIN
SELANGOR        2477        83        1,707        1        686
WP KUALA LUMPUR        616        201        292        1        122
KELANTAN        612        116        379        –        117
SARAWAK        513        5        399        –        109
NEGERI SEMBILAN        468        198        213        2        55
JOHOR        433        92        236        –        105
KEDAH        422        16        279        –        127
PULAU PINANG        248        54        90        –        104
PAHANG        239        57        127        –        55
TERENGGANU        214        46        138        –        30
PERAK        212        35        130        –        47
MELAKA        202        45        137        –        20
SABAH        190        43        101        –        46
WP LABUAN        133        74        26        –        33
WP PUTRAJAYA        13        –        11        –        2
PERLIS        7        –        6        –        1
JUMLAH KESELURUHAN        6,999        1,065        4,271        4        1,659
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara


LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 30 MEI 2021

No.        Nama Kluster        Kategori Kluster        Negeri        Daerah        Jumlah Kes        Jumlah Disaring
1        Jalan Kasuarina        Tempat Kerja        Selangor        Klang dan Gombak        51        150
2        Balakong Batu Dua Belas        Tempat Kerja        Selangor        Hulu Langat        29        110
3        Perindustrian Batu Caves        Tempat Kerja        WP Kuala Lumpur        Kepong        50        97
4        Taman Industri Pelabuhan        Tempat Kerja        Perak        Manjung        13        109
5        Lorong Jelawat Dua        Tempat Kerja        Pulau Pinang        Seberang Perai Tengah        10        1,001
6        Industri Dioh        Tempat Kerja        Negeri Sembilan        Kuala Pilah        131        468
7        Jalan Veterinari        Komuniti        Pulau Pinang        Timur Laut        35        172
8        Kampung Tanjong Chenok        Komuniti        Kelantan        Pasir Mas        13        28
9        Taman Wahyu        Komuniti        Kelantan        Pasir Mas        9        22
10        Jalan Sri Putri 11        Komuniti        Johor        Kulai        11        63
11        Gerigat        Komuniti        Sarawak        Kabong dan Betong        20        358
12        Sungai Parik        Komuniti        Sarawak        Sri Aman dan Lubok Antu        24        130
13        Sungai Ular        Komuniti        Terengganu        Hulu Terengganu        20        85
14        Kampung Pagi        Keagamaan        Pahang        Jerantut        10        76
15        Jalan Laksamana Tiga        Keagamaan        Johor        Johor Bahru        15        49
16        Kolej Bunga Raya         Pendidikan Tinggi        WP Kuala Lumpur        Lembah Pantai        10        67
17        Desa Melawati        Kumpulan Berisiko Tinggi        WP Kuala Lumpur        Titiwangsa        16        31

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2021 06:49 PM | Show all posts
mrsjones replied at 30-5-2021 02:35 PM
jd mak hijau laa pe lagi kannn..
untung la sapo yg single mingle am ready to jingle tu.. boleh b ...

Yg ni pun masuk list

Drama: Mad For Each Other (English title) / The Crazy Guy in This District (literal title)
Revised romanization: Yi Guyeokui Michin X
Hangul:    X
Director: Lee Tae-Gon
Writer:
Network: KakaoTV
Episodes: 13
Release Date: May 24, 2021 --
Runtime: Mon.-Wed. 19:00
Language: Korean
Country: South Korea

Plot Synopsis by AsianWiki Staff
No Whi-Oh (Jung Woo) works as a detective. He thinks that he has a pretty decent life. One day, an incident takes place. This causes No Whi-Oh's life to change. He becomes a crazy guy, unable to control his anger and he gets angry at everything. He tries to return to former self, but, during this time, he gets involved with another crazy person, Lee Min-Kyung (Oh Yeon-Seo). She has a sophisticated appearance and a fine job, but something happens to her. Her ordinary life collapses and she doesn't trust anyone anymore. She has delusions and is compulsive. No Whi-Oh and Lee Min-Kyung become attracted to each other.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 30-5-2021 05:00 PM
Haha kelakar la mamat tu.. siap ckp pedas from CU to masuk ICU hehe

Kalau I belikan my doter me ...

ehh terigt tteokbokki ni, ada la beli satu in a cup from jaya grocer. share dgn anak, sekali kitaorg x buat x jd. kuah jd cair gila.. pastu cili tu rasa air cili boh kering.. ayyo yoooo
mmg sah la kitaorg salah buat.. sbb tgk tteokbokki lain semua kuah pekat jaaa!!

ada sorang lg tiketokers buat cu review - hellohilmi173, dia ni lg careful la sbb suruh kita cek ingredient dulu.. mamat ni pandai jgk ckp korean..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Leonclay replied at 30-5-2021 06:00 PM
Salam syawal cik sb
Lama x menjengah
Tak sangka cik sb tag kami lagi na

selamat berjuang siapkan tesis, semoga berjaya with flying colorssss

dah siap, meh join sini balik!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 30-5-2021 03:36 PM
Hi Kaben.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.. moga dipermudahkan urusan kaben nk pindah.. take  ...

hai keypo  . rindu kat keypo. selamat hari raya keypo. semoga gembira selalu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 30-5-2021 03:12 PM
hi kaben!! sihat ke? stay safe tau.. especially the little bam bam tuu

alhamdulillah. moga dila juga sihat dan gembira selalu. take care ya. selamat hari raya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 30-5-2021 02:48 PM
muah ciked 0-0 ye...wah selamat segala urusan tu  ganbatte...

tq Sb....... jaga diri ya
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 30-5-2021 02:41 PM
*SALAM 18 SYAWAL 1442*



Walaikumsalam. Salam syawal untuk seri dan yang lain lain. Stay safe semua. Semoga kita terus sihat dan boleh menikmati kebebasan seperti dulu dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 30-5-2021 07:23 PM
alhamdulillah. moga dila juga sihat dan gembira selalu. take care ya. selamat hari raya

selamat Hari Raya kaben. stay safe ya. tq kaben. Hugsss
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 30-5-2021 06:24 PM
tq Sb....... jaga diri ya

Pe cite saka 1.2 + 3 haha...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
marla69 replied at 30-5-2021 06:50 PM
Walaikumsalam. Salam syawal untuk seri dan yang lain lain. Stay safe semua. Semoga kita terus siha ...

Sana ok ke? Rindu @i_is_kenot & u darling....share juadah dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewan:
Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.

1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 30 Mei 2021, 12.00 tengahari)

2) Infografik 2
Taburan Kes COVID-19 Mengikut Mukim di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 30 Mei 2021, 12.00 tengahari)

3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 30 Mei 2021, 12.00 tengahari)

Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.

4) Infografik 4
Laporan Kluster COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 30 Mei 2021, 12.00 tengahari)

PERINCIAN KES

212 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini ( 30 Mei 2021) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 208 kes adalah jangkitan tempatan dan 4 kes adalah jangkitan dari luar Perak

a) Daerah Kinta (76 kes)

11 kes dari saringan kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Cenderawasih. Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Cenderawasih di Perak ialah 114 kes.

42 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan tempatan.

22 kes dari saringan bergejala. Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan Orang Kena Tahan (OKT). Kes adalah jangkitan tempatan.

b) Daerah Manjung (9 kes)

5 kes dari saringan kluster baru iaitu Kluster Industri Pelabuhan. Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Taman Industri di Perak ialah 13 kes.

1 kes dari saringan kluster sedia ada iaitu Kluster Tanjung Kepah. Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tanjung Kepah di Perak ialah 33 kes.

1 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan bergejala. Kes adalah jangkitan tempatan.

c) Daerah Kuala Kangsar (22 kes)

14 kes dari saringan kluster sedia ada iaitu Kluster Rengas Jaya. Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Rengas Jaya di Perak ialah 43 kes.

6 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan bergejala. 1 kes adalah jangkitan tempatan dan 1 kes jangkitan dari luar Perak.

d) Daerah Hilir Perak (8 kes)

1 kes dari saringan kluster sedia ada iaitu Kluster Parit Lima. Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Parit Lima di Perak ialah 151 kes.

2 kes dari saringan kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Cenderawasih. Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Cenderawasih di Perak ialah 116 kes.

2 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan tempatan.

3 kes dari saringan bergejala. Kes adalah jangkitan tempatan.

e) Daerah Batang Padang (7 kes)

1 kes dari saringan kluster sedia ada iaitu Kluster Trolak Utara. Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Trolak Utara di Perak ialah 11 kes.

6 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan tempatan.

f) Daerah Kerian (41 kes)

4 kes dari saringan bergejala. 3 kes adalah jangkitan tempatan dan 1 kes jangkitan dari luar Perak.

36 kes dari saringan kontak rapat. 35 kes adalah jangkitan tempatan dan 1 kes jangkitan dari luar Perak.

1 kes dari saringan pra kemasukan ke hospital. Kes adalah jangkitan tempatan.

g) Daerah Muallim (7 kes)

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan dari luar Perak

6 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan tempatan.

h) Daerah Kampar (3 kes)

2 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan bersasar di tempat kerja. Kes adalah jangkitan tempatan.

i) Daerah Hulu Perak (3 kes)

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan bersasar di lapangan. Kes adalah jangkitan tempatan.

j) Daerah Perak Tengah (1 kes)

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

k) Daerah Larut Matang Selama (35 kes)

24 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

10 kes dari saringan bergejala. Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan bersasar di lapangan. Kes adalah jangkitan tempatan.

#penjarakanfizikal
#amalkannormabaharu
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#attackredprotectgreen

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 08:05 PM | Show all posts
mrsjones replied at 30-5-2021 06:17 PM
selamat berjuang siapkan tesis, semoga berjaya with flying colorssss

dah siap, meh join sini ba ...

Selesai tak walkathon...ni buat data...siap separuh...esok.sambung...WFH dah smp.hbs lockdown...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 08:07 PM | Show all posts
keypochino replied at 30-5-2021 04:24 PM
Yg dah kopek ke buah fresh?

Jgn lupa ICSYV
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 30-5-2021 07:54 PM
Sana ok ke? Rindu @i_is_kenot & u darling....share juadah dulu2

Sini tak okay tapi pergerakan macam biasa. Mari lah kita buat wasap grup..dah lama giler kenaii ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 08:09 PM | Show all posts
marla69 replied at 30-5-2021 07:07 PM
Sini tak okay tapi pergerakan macam biasa. Mari lah kita buat wasap grup..dah lama giler kenaii ni ...

Pm le, yang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 30-5-2021 02:39 PM
Sila rasa semekut + kerepek Raya...
@ipes2  @Amandaminaj96
@FanTasyCreaTioN @keypochino ...

Acik mencemar duli setelah berbulan2 malas nak komen pape dlm porem
Acik dah raya minggu lepas
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting bole jog
Taguna btul 2 org bole keluar
Tentu la mak2 pn nk ikut pastu bawk anak..alasan ank tk de jaga
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 30-5-2021 07:52 PM
Pe cite saka 1.2 + 3  haha...

hahaha. tak faham ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 30-5-2021 08:24 PM
Acik mencemar duli setelah berbulan2 malas nak komen pape dlm porem
Acik dah raya minggu lepas: ...

Acikkkklk.. Sy rinduuuu.. Muahahaha..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.621369 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list