CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18807|Reply: 66

[Cinta] Cinta yang dipendam sejak zaman sekolah

[Copy link]
Post time 5-6-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Cerita ni sangat subjektif utk aku terangkan, maaf kalau korang kurang faham apa yg aku ceritakan. Masa zaman sekolah dulu aku ada minat dekat seorang perempuan tapi aku tak adalah kenal sangat dan aku suka tgk dia punya perwatakan dan mix arab feature dia. Tapi sebelum tu kawan2 masa sekolah dulu kata mmg susah sikit nak dapat dia ni. Jenis tgk muka jugak minah ni dan dia sendiri tau aku suka dia sebab kawan2 aku suka dok heboh dekat org lain pasal aku suka dia. Tapi masa sekolah dulu aku tak dpt nak kenal dia sangat. Bila aku habis sekolah menengah dan masuk form 6 dan dia sendiri belajar di matrik melaka. Tahun 2015 dia ada wish birthday aku dkt fb  yg aku sendiri tak sangka dia akan wish mungkin dia ingat dekat aku. Sejak drpd situ lah aku start chat dgn dia dekat facebook messenger. Mula2 nampak ok lah dan dia anggap aku sebagai kawan sahaja pada mulanya. Pada tahun 2016 aku start masuk diploma dan still lagi chat macsm biasa lah sampai masalah pada tahun 2018 bila aku usha insta dia, aku nampak dia ada pos pasal BF dia dekat kolej dia dan bukan main byk gambar dia pos pasal bf dia masa tu. Dan sejak itu aku rasa tak perlu lagi utk chat dgn dia walaupon tahun yg sama dia ada wish birthday aku. Sebenarnya kitorang dah tak jumpa sejak dia pindah rumah dekat rawang. Aku last terserempak dgn dia masa buat medical check up dekat hospital.

Lepas aku habis diploma dan masuk degree. Aku selalu nampak dia punya pos dekat fb pasal produk mary kay dia. So aku tanya lah ada tak set utk laki, dia pon terus bagi no phone dia dekat aku. Lepas aku beli produk dia, dia ada ajak aku masuk business dia as a partner tapi aku tolak sebab mula2 pkp aku buat part time delivery dan kurang minat dgn kerja sbg agen ni. Tak lama lps tu aku ada perli something dekat status whatapps aku " kalau tak dapat tak pelah kita cari lain jelah, bye bye", lebih kurang mcm tu lah. Walaupon dia tak tgk status aku tapi aku rasa dia perasaan, tak lama lepas tu dia nganjing aku pulak dekat status dia dgn gambar muka seolah olah dia baca status aku. Time tu aku dah give up, so aku buang no dia dan aku tak blh tgk dia punya status dan aku sendiri pon tak boleh tgk dia punya status. 5 bulan kemudian aku save balik no dia sebab aku dpt tau yg dia couple balik dgn ex dia yg lama sebelum ni, kalau nak ikutkan diorang dah lama break up tapi aku tgk ex bf dia mcm rindu dia balik. Aku try ws dia, aku cerita lah pasal masalah aku belajar masa pkp dekat rumah ni. Bagi aku lah, walaupon dia dah tau aku suka dia dah lama tapi dia mcm tarik tali dgn aku atau pon dia mcm tak pasti aku ni mcm mana. Dia pernah sekali dia bagi hint dekat aku melalui post story dekat fb yg dia dah ada bf mungkin sebab itu dia tarik tali dgn aku.

Tak lama lps tu aku dah hilang sabar dgn dia yelah pendam dah lama sejak zaman paham2 lah sakitnya mcm mana. Dia sendiri pon tak nak terus terang dgn aku yg dia dah ada bf, apa susah lah sgt nak terus terang dan anggap lah kita sebagai kawan je. Mass awal bulan satu tahun ini, aku ada message bf dia dekat insta mmg dah habis sabar punya pasal ye. Aku tanya pasal bf dah lama ke couple lepas tu ada satu soalan aku tanya dekat bf dia , " kau tak rasa jealous ke dia keluar dgn laki lain", tapi sebelum tu aku cakap dgn bf dia jgn bgtau dia pasal chat ni. Lps tu aku tanya lagi bf dia, kau akan kahwin dgn dia ke?.. Jawapan bf dia " haah mungkin akhir tahun ini atau tahun depan". BF dia kata dgn aku "move on jelah bunga bukan sekuntum lagi pon dia awek aku". Aku pon doakan dia berbahagia jelah. Esok paginya perempuan tu block aku merata dekat fb, whatsapp tapi dia unfollow insta aku jelah. Bf dia tipu aku katanya dia tak bgtau perempuan tu pon. Perempuan tu boleh buka insta aku dan kemudian bf dia boleh buka insta dia, tapi aku still nak katakan yg jadi batu api tetap bf dia sebab dia yg bgtau dekat perempuan tu. Bila belah petang pulak aku tgk telegram dia tak block, so aku pon chat dgn dia. Aku minta maaf apa semua tu dan aku luahkan perasaan aku yg aku dah lama minat dia. Aku cakap dia, kalau dah jadi mcm ni aku anggap tak ada jodoh  jelah dan maaf aku buat silap. " kalau kau benci atau tak suka aku, aku tak kisah, tapi kalau buat kau marah aku minta maaf". Lepas tu dia block aku jugak dekat insta.

Apa yg dia reply dekat aku :

" past is past"
" learn from mistake
" jgn risau aku maafkan, aku tak berdendam pon ".

Lepas sebulan dia merata block aku, dia pin unblock aku tapi cuma ws dgn telegram je dia unblock, insta dia drpd private ke public tapi facebook aku dia still block aku lagi sebab dia tau aku aktif dekat fb. Lepas dua minggu dia unblock aku, aku pon try ws dia tapi tak jawab, 3 hari kemudian aku ws dia :
"aku mintak satu je , boleh tak unblock facebook aku , aku bukan nak paksa, tapi sebelum ni tak pernah aku kena block dekat fb , kau sorang je buat mcm tu . Aku sendiri dah move on dan dah  lupakan semua tu . Jgn risau aku tak kacau kau . Jgn lah buat mcm ni lagi ...sakit aku nak jawab exam sebelum ni. Itu je aku mintak ."
Tak sampai berapa minit dia pon unblock fb aku. Lepas tu terus jadi beku tak bertegur sapa dlm beberapa bulan.

Aku selalu jugak usha insta story dia. Dia tak ada lah kata direct tapi apa yg post dekat stiry insta tu, boleh dikatakan, dia kecewa dgn aku, dia dah move on drpd aku dan sebagainya. Sampai aku nampak dia punya post dekat story dia. " ayat ni dia buat sendiri" create your happiness and never rely on " other".

Aku pikir inilah penamatnya. Tapi masa time raya sebelum ni " aku ada wish selamat hari raya dan maaf zahir dan batin", tapi dia reply jugak sama mcm aku cakap tadi.

Ohhh yee... Aku lupa nak cakap sebenarnya perempuan yg aku minat ni aku dah mimpi pasal dia 4 kali start masa diploma sampai lah awal bulan 1 tahun ini. Aku terima seadanya dia sebab aku nak dia dalam hidup aku. Ustaz kata mimpi tu kemungkinan boleh jadi jodoh kamu tapi tak semestinya petunjuk melalui mimpi. Dalam mimpi tu dia kata suruh aku bersabar tapi secara realiti dia tak paham perasaan aku. Kalau betul jodoh aku tolong la ya allah jangan jauhkan. Bila tiba masa bila aku dah bersedia utk bercinta dan menghalalkannya walaupon umur aku baru 25, masih jauh lagi perjalanan. Aku masih sayang dia dan bila tgk perempuan lain lagi cantik drpd dia pon aku tetap tak boleh lupakan. Assalamualaikum. Itu sahaja. Aku minta pendapat korang pula bagaimana?




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2021 01:00 PM | Show all posts
Dah ramai dato2 melayu cina india yang mimpi pasal aku tapi aku tak kawin2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 5-6-2021 01:00 PM
Dah ramai dato2 melayu cina india yang mimpi pasal aku tapi aku tak kawin2 lagi

xde perasaan pada lelaki ke? atau mmg x bersedia nk berumah tangga? mesti cantik kan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 02:02 PM | Show all posts
Lavender85 replied at 5-6-2021 01:08 PM
xde perasaan pada lelaki ke? atau mmg x bersedia nk berumah tangga? mesti cantik kan..

Nak masuk 40 dah sis. Muka iols skeri sikit je dari jahlokap
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
U ask his bf soalan mcm tu n expect bf die xcerita kat dia? Mcm u nk batu api ke ape? N ape status uolls sblm ni? Penah kapel or teman tp mesra? Move on jelah..if u suruh die unblock mcm mmg u xmove on je.. kalo aku, kezzahh la ape org tu nk buat..sbb kata da move on
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hayooooo yg dekat atas tu, berangannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by J4I at 5-6-2021 02:28 PM

Sekurang-kurangnya kamu dah confess dan dapat jawapannya.

At the moment, kamu ambil sahaja peluang ini untuk fokus pada diri dan masa depan kamu. Kalau betul jodoh, one day akan bertemu jua.

Lagi satu, pehal cerita kelemahan sendiri dekat competitor lain?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 02:36 PM | Show all posts
Ko ni virgo ke? tanya je sbb virgo yg sis kenal x reti2 nk move on walaupun kne reject, siap mcm adik la duk gigih gak kata jodoh.  btw dik, mcm ko kata, klu jodoh pasti x kan lari gunung ko kejar, tp bdk perempuan tu sebolehnya cuba nak lari nampaknya. nnt dh habis exam, ko try menelaah psl diri ko pulak, asl ko nak sangat kat dia tu? apa yg yg buat ko jatuh cinta? ko betul2 jatuh cinta atau tu trauma bonding yg ko x sedar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok respon org lain adik faham kan? sebab cerita adik ni rasa mcm tak boleh ambik serius pun...maaf kalau terasa tapi akak nak cakap terus terang..cerita ni memang mcm cerita budak2 sangat..

adik belum matang lagi ni.. sebab tu tak nampak benda yg sangat obvious.. dah adik sepatutnya terus terang dari awal tapi tak berani.. pastu gi mesej pulak bf dia mcm tu.. very inappropriate dik.. pastu siap pesan kat bf dia tu jangan bagitau dia..ada ke gitu..

pastu bila bf dia bagitau jugak adik nak salahkan bf dia pulak.. normal lah kalau bf dia bagitau.. tiber je mesej mcm tu pasal awek org tu.. mujur tak gaduh je duorang tu..

yg part mimpi tu sebab adik teringat sangat kat dia, bukan sebab jodoh ke apa.. akak ni dari dulu mimpi keanu, kahwin dengan melayu jati jugak dik.. so cukup lah reka2 excuse untuk terus berharap dengan dia...kalau dia suka adik, takdenya dia layan adik mcm tu.. she’s just not that into you.. titik..cukup la kesah pasal dia lagi..sila move on je..all the best to you

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
veYron replied at 5-6-2021 02:36 PM
Ko ni virgo ke? tanya je sbb virgo yg sis kenal x reti2 nk move on walaupun kne reject, siap mcm adi ...

sis, jangan la cakap macam tu.. terasa i yang virgo ni.. hahaha tapi i yang selalu block ex lepas broke up.. sebab for me, takda istilah berkawan lepas putus..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 5-6-2021 02:02 PM
Nak masuk 40 dah sis. Muka iols skeri sikit je dari jahlokap

ada ramai jugak kwn sekolah umur 30an belum kawin.( sekolah pmpn)  InsyaAllah ada jodoh tu. Semoga dipertemukan dgn org yg ikhlas terima KIM.K seadanya.  Neelofa tu cantik. Nampak struggle dia nk baiki diri dia . Semoga niat kita yg baik2 Allah pertemukan takdir yg baik2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 03:11 PM | Show all posts
LoveSungmin replied at 5-6-2021 03:03 PM
sis, jangan la cakap macam tu.. terasa i yang virgo ni.. hahaha  tapi i yang selalu block ex  ...

eh... sama la dgn kawan virgo yg i mentioned kat ats, is that u? hahahha... seeloknya block ya, no hi, no bye, no nothing. sakit sekarang, lama2 ok la tu kan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 03:49 PM | Show all posts
Lavender85 replied at 5-6-2021 03:08 PM
ada ramai jugak kwn sekolah umur 30an belum kawin.( sekolah pmpn)  InsyaAllah ada jodoh tu. Semoga ...

Aminn terima kasih sis. Mudah2an..Erm tulah jah yang lagi tak berpelajaran dan lagi tak berakhlak tu pun dah kawin dengan pelakon lucah one-time-wonder. Kenapa iols tak boleh pula kan.
Semoga tak kena badi jah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 04:41 PM | Show all posts
inila penangan first love bro..
memang susah nak lupakan..
tapi from your story..its clear that she does not see her future with you..
so like other forummers has said..close this chapter and move on bro..
time will heals your heart..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 10:34 PM | Show all posts
waalaikumussalam

senang je

just be frank communicate lagi sekali nak kepastian : i like you a lot and i want  to be with you in the near future . kahwin ke ape ke.

then i need a prompt reply within 73 hours.

aftetr than apa apa jawapan you qalas.

OK


then move on

plan your masters, phd ke ape ape career plan.

one brilliant but horrible guy  told me this over the phone :  Things move forward , not backward.


it is okay.


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 10:40 PM | Show all posts
KIM.K replied at 5-6-2021 01:00 PM
Dah ramai dato2 melayu cina india yang mimpi pasal aku tapi aku tak kawin2 lagi

sape nak andartu huduh mcm ko...!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2021 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 6-6-2021 01:47 AM

Move on la TT.. mcm ke takde pompuan lain awk nak minat.. sama je pussy mana2 pun

Truth is she's not that into you.. cuma dia maybe tak matang so tak reti cemane nak reject elok2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
first love memang indah sistur!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 10:05 AM | Show all posts
stingerbaik replied at 6-6-2021 06:47 AM
Menurut anak jiran aku yg 3 tahun iteww, yg perasan diri dalam penjelmaan mimpi org lain in biasan ...

roro kidul sexually driven ka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 10:45 AM | Show all posts

mati tu pasti yups, org ingat mati org bijak, tu maksud hadis.

wow 3;7 months boleh dialogue macam tu- ngerinya.

but no thanks.

seek happiness by knowing the alchemy of happiness by A Ghazalli.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.070146 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list