CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1636|Reply: 6

[Sabah] Ziarah raya cetus kluster di Sabah

[Copy link]
Post time 6-6-2021 08:28 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU, 5 Jun (Bernama) -- Aktiviti kunjung-mengunjung semasa sambutan Aidilfitri lepas telah mencetuskan kluster baharu di Sabah iaitu Kluster Blok 31 di Tawau dengan 31 kes positif dikesan setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Masidi, yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19, berkata kes indeks bagi kluster itu merupakan seorang suri rumah berusia 71 tahun yang dikesan positif selepas menjalani ujian saringan di Hospital Tawau pada 27 Mei.

Beliau berkata susulan ujian saringan kontak rapat yang dilakukan selepas itu, sebanyak sembilan kes positif dikesan dengan tambahan 21 lagi kes baharu hari ini.

"Aktiviti pengesanan kontak dan mengenal pasti punca jangkitan sedang giat dijalankan pada masa ini," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Selain itu, satu lagi kluster baharu direkodkan iaitu Kluster Gambaron di Telupid yang melibatkan tempat kerja dengan 12 kes positif setakat ini.

Kes indeks membabitkan seorang lelaki berusia 32 tahun yang bergejala batuk dan sesak nafas sejak 26 Mei lepas sebelum disahkan positif pada 2 Jun setelah menjalani ujian saringan di Klinik Telupid.

"Kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri perjumpaan sosial pada 22 Mei lepas di sebuah kafe di Telupid dan penularan kes juga disumbang beberapa rakan sekerja kes indeks yang telah pulang ke kawasan berisiko tinggi di Tawau untuk menyambut Aidilfitri," katanya.

Masidi juga berkata jumlah kes positif COVID-19 di Sabah menyaksikan penurunan kepada 259 kes berbanding 287 semalam.

Beliau berkata bagaimanapun, trend penurunan atau peningkatan kes di Sabah didapati tidak statik dan ketika ini hanya dua daerah di negeri itu masih kekal dalam kategori zon hijau.

“Pengurangan zon hijau yang begitu ketara menandakan kebarangkalian berlaku aktiviti ketidakpatuhan SOP adalah sangat tinggi. Sehubungan itu, orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan.

“Kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri,” katanya.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2021 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Berharap sangat2......Kaamatan dan Gawai tempoh hari...drng ikut SOP.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Now masa perniagaan 9 pagi sampai 5 petang aja, sebelum 7-7. Memang nak kurangkan pergerakan orang keluar nampaknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2021 05:39 AM | Show all posts
Skuau replied at 6-6-2021 08:45 PM
Berharap sangat2......Kaamatan dan Gawai tempoh hari...drng ikut SOP.
sekitar perumahan FC memang sunyi masa Gawai aritu ... semua dok rumah jer ... pastu main mercun tepat 12mlm ... tu jer la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2021 05:40 AM | Show all posts
isseliparjepun replied at 6-6-2021 10:09 PM
Now masa perniagaan 9 pagi sampai 5 petang aja, sebelum 7-7. Memang nak kurangkan pergerakan orang k ...
harap berkurang lah Covid dengan usaha camni ...

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 7-6-2021 05:40 AM
harap berkurang lah Covid dengan usaha camni ...

Hopefully FC, tapi kes kat sabah macam meningkat kan. I dah lama tak berjalan ke KK, lambat lagi la nampaknya boleh ke sana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2021 10:20 AM | Show all posts
Dua Lagi Kluster Berpunca Dari Ziarah Aidilfitri Di Sabah



KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan empat lagi kluster baharu COVID-19 dengan dua daripadanya berpunca daripadanya aktiviti kunjung-mengunjungi ketika Aidilfitri, baru-baru ini.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata dua kluster itu membabitkan Kluster Kampung Bolong Baru-Tuaran di daerah Kota Belud dan Kluster Taman Wawasan-Beaufort, Papar di Kota Kinabalu.



Beliau berkata, kes indeks bagi Kluster Kampung Bolong Baru membabitkan seorang suri rumah berusia 28 tahun yang mengalami gejala demam, sakit tekak, selsema, batuk dan hilang deria bau sejak 22 Mei, sebelum disahkan positif COVID-19 pada 27 Mei lalu.

Katanya, susulan kes itu saringan kontak dijalankan bermula 27 Mei ke atas 259 kontak rapat dan tempat kerja iaitu QL Marine di Tuaran dan daripada jumlah itu, sebanyak 26 kes positif dikesan di Tuaran, manakala tujuh lagi di Kota Belud menjadikan jumlah terkini sebanyak 33 kes.

“Kluster Taman Wawasan pula direkodkan di Hospital Papar, dengan kes indeks seorang lelaki berusia 66 tahun disahkan positif virus terbabit pada 18 Mei selepas bergejala sejak 7 Mei lalu, namun tidak mendapatkan rawatan.

“Saringan kontak pada 22 Mei mendapati dua kes positif masing-masing di klinik kesihatan dan klinik swasta di Kota Kinabalu. Kedua-dua kontak rapat itu terbabit dengan aktiviti kunjung-mengunjung ketika hari raya di Kampung Tarap Bongawan.

“Turut dikesan positif, empat sekeluarga di Taman Wawasan Beaufort yang membawa kepada penemuan 16 lagi kes positif di taman itu. Tujuh kes baharu dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30 kes hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata Kluster Hamparan di Kinabatangan membabitkan 27 kes di tempat kerja iaitu daripada kluster indeks seorang wanita berusia 26 tahun yang didapati positif pada 29 Mei, sebelum saringan tempat kerja di kilang sawit mengesan 17 kes dan sembilan kes jangkitan kepada tanggungan.

“Kluster Jalan Budi di Tawau pula membabitkan seorang wanita berusia 37 tahun yang juga pekerja salon kecantikan di Johor disahkan positif ketika saringan di Pintu Masuk Antarabangsa, Rabu lalu, sebelum saringan kontak rapat mengesan sembilan kes positif dalam kalangan rakan serumah,” katanya.


sumber : 08/06/2021 - by Sabah Post
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.061497 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list