Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
176
View
3
Reply

[Bahasa] Kuetiaw, koay teow atau kuetiau?

[Copy link]

Author: lanesra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-6-2021 02:14 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Kuetiaw, koay teow atau kuetiau? Apabila disebut perkataan ini, akan terbayang di minda kepingan mi berwarna putih lembut yang diperbuat daripada tepung beras. Makanan popular ini enak dimakan dalam hidangan gorengan ataupun berkuah. Pastinya rakyat Malaysia pandai menyebut perkataan itu tetapi tidak semua yang tahu untuk mengejanya dengan ejaan yang betul. Banyak dalam kalangan kita yang mengeja perkataan tersebut dengan ejaan lain tetapi mempunyai sebutan yang sama seperti ejaan kuay tiaw, kueh teow dan kueh tiaw.



Terbaharu, bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai mengeja perkataan ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi kenyataan media di Facebook mengumumkan ejaan kuetiau yang betul dalam bahasa Melayu. Kenyataan media yang dibuat oleh DBP ini ternyata sangat dialu-alukan oleh beberapa pemilik kedai makanan.

Kebanyakan peniaga kuetiau berasa gembira dengan kenyataan media tersebut bagi mengelakkan kekeliruan ejaan dalam kalangan pelanggan. Selain itu, ejaan yang betul dalam bahasa Melayu juga dapat dipaparkan pada papan tanda makanan sebagai langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan pelancong asing. Pengumunan ejaan rasmi ini juga bertepatan dengan usaha DBP untuk membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul.

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 7-6-2021 02:17 PM | Show all posts
Minggu ni menu kuetiau ni...so charkuetiau le ye
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
"lu mau kena tiau ka"???-Apek goreng
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuetiau la dah ada dalam kamus, cuma orang tak peka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list