View: 1897|Reply: 16
|
[Dunia]
Empat Sekeluarga Muslim Maut, Dilapor Jadi Mangsa Serangan Langgar Di Kanada
[Copy link]
|
|
Empat Sekeluarga Muslim Maut, Dilapor Jadi Mangsa Serangan Langgar Di Kanada
Seorang lelaki Kanada berusia 20-an ditahan dan berdepan dengan 4 pertuduhan bunuh kelas 1 dan 1 pertuduhan cubaan bunuh selepas memandu trak pikapnya dan melanggar satu keluarga Muslim, petang Ahad lalu.
Pihak berkuasa menyifatkan kejadian tersebut sebagai ‘satu serangan yang dirancang’.
Menurut laporan The Guardian, dua orang wanita, berusia 74 dan 44, seorang lelaki berusia 46, dan seorang remaja berusia 15 tahun terkorban akibat dilanggar ketika sedang melintas jalan di Bandar London, Ontario.
Seorang lagi mangsa dalam kejadian tersebut, kanak-kanak berusia 9 tahun kini dilaporkan kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital.
Polis berjaya menahan suspek dan hasil siasatan awal, pihak berkuasa percaya bahawa serangan tersebut adalah dirancang dan penyerang menyasarkan keluarga bekenaan kerana kepercayaan agama mangsa.
Menurut polis lagi, ketika ditahan, suspek didapati memakai baju seperti baju perisai kalis peluru.
Saksi kejadian yang melihat serangan tersebut pada mulanya menyangka bahawa ia adalah satu kemalangan disebabkan kecuaian pemandu pikap tersebut.
Saksi juga menyebut, suasana di lokasi kejadian amat memilukan dengan jasad mangsa terbaring dan darah mengalir di atas jalan.
Datuk Bandar London, Ed Holder dan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dalam kenyataan masing-masing turut mengutuk kejadian serangan tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. Aku ingat kanada x ada rasis. |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ​
isk ngilu bila baca dia langgar macam tu je ...isk.
bless them, my brothers and sisters. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada. Cuma tak byk tembak2 sbb gun law depa ketat. Verbally racism mmg tinggi jugak. Selagi nama mat saleh totok, mmg akan racist. Melainkan yang dah assimilated.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.. apalah salah org tua n kanak2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa ari tu ingat dorang target cinkies sahaja
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya, sana memang racism kuat. Baca komen2 orang sana, cina, muslim, arab atau any immigrant memang deorang dah start tak suka, sebabnya toronto tu penuh dengan immigrant. Padahal canadian european tu pun bukannya orang asal situ, deorang pun immigrant jugak. Nak sama macam kita di sini. Cuma mujur kita ni tak tembak menembak dan langgar melanggar satu sama lain je. Kira kita masih tahu apa yang salah dan betul dan tak terlalu extreme. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnaillaihi rojiun
Sedih nya kes mcm ni
"Seorang lagi mangsa dalam kejadian tersebut, kanak-kanak berusia 9 tahun kini dilaporkan kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital."
Ini satu keluarga juga barangkali. |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ​
|
|
|
|
|
|
|
|
"(kat Msia)itu tak boleh...ini tak boleh"....pastu dia pon hijrah ke Kanada...buka kedai makan.Begitulah kisah seorang tauke judi(slot mesin) dr Msia. |
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 8-6-2021 01:44 PM
Ada. Cuma tak byk tembak2 sbb gun law depa ketat. Verbally racism mmg tinggi jugak. Selagi nama ...
Oh.. Sebab mcm x dengar sangat berita ttg rasis kat Kanada |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah…moga dipermudahkan utk keluarga mangsa menerima keadaan ni n moga arwah ditempatkan bersama para solihin |
|
|
|
|
|
|
|
Confuse mula baca berita kat Ontario tapi Datuk Bandar London. |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakkan bangsa dan agama lain pandang rendah islam sebab tak memenuhi selera mereka. Serba serbi tak boleh sampai orang islam sendiri tak larat nak ikut peraturan tersebut. Ramai yang berdendam dengan orang islam dan mahu ia musnah malangnya orang islam sendiri tidak sedar dan saling bercakaran sesama sendiri hanya disebabkan isu remeh temeh. |
|
|
|
|
|
|
|
Terasa baru je baca semalam chinese girl yg parentsny ex Malaysian kena bunuh di US.. ni kat Canada pulak Muslim Pakistan kena langgar..
Hmm mmg makin racist ya skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Mana @faraway01 (betul ke aku eja nick dia ni?). Sila bagi sepatah dua kata. |
|
|
|
|
|
|
| |
|