CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2466|Reply: 11

Covid-19 tingkat penyakit mental, kemurungan

  [Copy link]
Post time 8-6-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by evataso at 8-6-2021 10:07 PM

PENYAKIT mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua paling serius selepas penyakit jantung bagi rakyat Malaysia pada tahun ini. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) terkini, tiga daripada setiap 10 orang dewasa berusia 16 tahun dan ke atas di negara ini akan menderita masalah kesihatan mental.

Isu ini menjadi kian meruncing apabila talian telefon yang disediakan oleh Mercy Malaysia dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) bagi mereka yang terjejas dengan Covid-19 menunjukkan 46.8 peratus panggilan adalah daripada individu yang mempunyai masalah psikologi.

Walaupun tujuan sekatan pergerakan adalah untuk melindungi rakyat daripada jangkitan, tetapi ia secara tidak sengaja membawa risiko memburukkan lagi kesihatan mental.

Banyak perniagaan yang dikira tidak penting perlu berhenti operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu menyebabkan ramai diberhentikan kerja. Orang yang menganggur akan berasa tidak yakin dan selamat, yang akhirnya menjejas kesihatan mental mereka dan menyebabkan kemurungan.

Selain itu, PKP juga memberi impak negatif kepada mereka yang menghidap penyakit mental teruk. Disebabkan kebimbangan diserang virus, penyakit mental mereka berisiko tinggi untuk berulang lagi.

PKP juga memaksa orang ramai mematuhi penjarakan fizikal, justeru mereka perlu tinggal di rumah dalam tempoh lebih panjang. Sekiranya seseorang sudah hidup dalam persekitaran rumah yang toksik, menghabiskan lebih banyak masa di rumah boleh membawa kepada tekanan hidup yang akan menyebabkan masalah kesihatan mental.

Tambahan pula, tinjauan syarikat penyelidik, YouGov Omnibus pada 2019 menunjukkan lebih 36 peratus wanita Malaysia mengalami gangguan seksual yang sering mencetuskan kegelisahan, kemurungan dan tekanan pasca trauma (PTSD).

Satu kajian yang diterbitkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati golongan berpendapatan rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental dan penyakit kronik lebih tinggi.

Trend serupa juga diperoleh menerusi data kajian beberapa pihak lain yang mendapati golongan berpendapatan rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental tertinggi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

Individu yang berasa tertekan disarankan mendapatkan tidur cukup, sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, makan makanan berkhasiat, mengelak merokok dan penyalahgunaan dadah. Kurangkan melayari media sosial bagi mengalihkan perhatian daripada pemikiran negatif yang dapat menyebabkan kemurungan.

Dalam kita berdepan pelbagai masalah, tumpuan harus diberi kepada apa yang boleh kita ubah, menerima apa yang kita tidak boleh mengawal dan kekal positif sepanjang masa.

Sementara itu, majikan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kesihatan mental pekerja mereka adalah seimbang kerana kebanyakan orang menghabiskan satu pertiga hari di pejabat.

Majikan boleh memberikan sokongan dengan membenarkan percutian, menyokong aktiviti sosial maya dan menggalakkan keseimbangan kerja-kehidupan.

Mereka juga harus mewujudkan persekitaran bekerja yang sihat dan menyediakan khidmat kaunseling untuk pekerja mereka membincangkan sebarang masalah dan menyelesaikannya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2021 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
tq TT good one!
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
4.2 juta alami masalah mental?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Maunya tak mental...nak ziarah orang tua sakit pening pun tak boleh,walaupun dekat sebab daerah berbeza..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 9-6-2021 02:46 PM
Maunya tak mental...nak ziarah orang tua sakit pening pun tak boleh,walaupun dekat sebab daerah berb ...

oh yes ni bila berpanjangan mmg boleh buat mental..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2021 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 9-6-2021 02:23 PM
4.2 juta alami masalah mental?

Sedih wooo tgk ramai yg bunuh diri akibat tekanan. Yerlah kita xde dlm kasut dorg. Yg xkuat mulalah buat pelik2. Zaman skng kurang terdedah bab agama. Itulah punca segalanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-6-2021 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 8-6-2021 10:39 PM
tq TT good one!

Sharing is caring
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2021 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 9-6-2021 02:46 PM
Maunya tak mental...nak ziarah orang tua sakit pening pun tak boleh,walaupun dekat sebab daerah berb ...

Sampai bila nak begini. Klu lah kekal berkeadaan lockdown mau rakyat ramai lagi mati bukan sebab kobis dan tp sebab depression.  Rakyat mati maka xdelah ekonomi nnt. Tp kayangan peduli apa asal poket penuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah ramai yg gila dan bunuh diri sbb tekanan perasaan dari mati sbb kobid ~ porumer cikbudus
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Have a hobby, explore new things.. buat aktiviti yang ada manfaat masa MCO ni... everyday i learn new things.. i do new things.. buat benda simple2 pun okay.. mcm harini, i cuba wahed investment.. ala.. kecik2 je invest just utk try new things
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 04:50 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 21-6-2021 03:53 PM
evataso replied at 9-6-2021 03:48 PM
Sampai bila nak begini. Klu lah kekal berkeadaan lockdown mau rakyat ramai lagi mati bukan sebab k ...

Dah ada yg mati sebab ni...


https://www.nst.com.my/news/nati ... icide-attempts-rise - 2021/05/31 - Suicide-attempts-rise
" "Most of these victims said they were under immense pressure due to the limited movement, as well as loss of work and income which led to them trying to end their lives." "

" "Kebanyakan mangsa ini berkata mereka berada di bawah tekanan yang sangat besar kerana pergerakan terhad, serta kehilangan kerja dan pendapatan yang menyebabkan mereka cuba menamatkan nyawa mereka. " "

Penang CM: Suicide cases prompt authorities to focus more on mental health issues
Monday, 21 Jun 2021 02:46 PM MYT
BY OPALYN MOK

GEORGE TOWN, June 21 — A total of 53 suicide cases were reported in Penang between January and May this year, and this has prompted the state Health Department to prioritise mental health issues.

Penang Chief Minister Chow Kon Yeow said the Penang police chief had shared statistics on the number of attempted suicide and suicide cases in the state which were a cause for concern.

“There were a total 19 attempted suicide cases and 53 suicide cases reported in the state between January and May this year,” he said in a statement today.

He said the increase in such cases will be given special attention by the state Health Department especially with a focus on mental health.

As for the Covid-19 situation in the state, Chow said a total 101 factories have been ordered to close due to Covid-19 cases between the period of January and June 20 this year.

Out of the 101 factories, 45 are in central Seberang Perai, 36 in southwest district on the island, 14 in south Seberang Perai and three each in north Seberang Perai and northeast district on the island.

“The authorities will continue taking action including identifying factories that have lied to hide facts about Covid-19 cases in their premises,” he said.

He said the data shared by the state Health Department at the state special safety committee meeting on the management of Covid-19 earlier today revealed that workplace clusters are still the highest in which 37 are factory clusters, three non-manufacturing clusters, two construction site clusters, two community clusters, one detention centre cluster and one religious cluster.

Therefore, the setting up of more Covid-19 vaccination centres (PPV) in the state under Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) was sped up.

Chow said a total six PPV under Pikas in Penang have been approved to speed up the vaccination of factory workers in the state.

“Aside from the PPV at Bukit Jawi Gold Resort, which started operations on June 16, the PPV at Equatorial Hotel will start operations on June 28 and onsite PPVs will be set up within the premises of multinational companies,” he said.

He said the multinational companies involved are Intel Technology Sdn Bhd, Jabil Circuits Sdn Bhd, Plexus Manufacturing Sdn Bhd, respectively in Bayan Lepas, and finally, Inari Amerton Berhad in Batu Kawan.

“All of these PPVs will continue to operate to vaccinate workers from other companies until all economic frontliners have been vaccinated,” he said.

As for senior citizens with mobility issues, especially those at old folks home, Chow said a total 93 old folks’ homes have been visited under the Covid-19 vaccination outreach programme.

“A total of 3,513 residents and carers have been vaccinated under the programme as at June 20,” he said.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
evataso replied at 9-6-2021 04:45 PM
Sedih wooo tgk ramai yg bunuh diri akibat tekanan. Yerlah kita xde dlm kasut dorg. Yg xkuat mulala ...

Ramai yg bunuh diri berpunca kehilangan kerja sebab pkp yang terlalu panjang, syarikat pun x boleh pusing modal. X boleh bayar gaji pekerja... Kerajaan sepatutnya bertanggungjawab atas rakyat yg sekarang ramai hilang kerja. Tiada sumber kewangan utk makan. Sediakan pusat makanan secara percuma. Jadi bole kurangkan kes bunuh diri akibat kewangan  nak makan pun tak ada.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.061565 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list