CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2055|Reply: 3

Ini Sebab Kenapa Ramai Orang Takut Dengan Nombor 4

[Copy link]
Post time 10-6-2021 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Ini Sebab Kenapa Ramai Orang Takut Dengan Nombor 4



Untuk penggemar filem Barat, anda pasti biasa dengar tentang hari ‘istimewa’ Friday the 13th. Perasan atau tidak, pelbagai cerita seram bakal menghiasi kaca televisyen para penonton setiap kali Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan itu bakal menjelma.

Hal ini demikian kerana masyarakat Barat begitu takut dengan nombor 13. Mereka percaya setiap sesuatu yang mengandungi nombor ini akan membawa malang.

Berbeza dengan masyarakat Barat, ramai penduduk Asia terutamanya mereka yang tinggal di China, Jepun, Hong Kong, Korea, Vietnam, Taiwan, Singapura dan Malaysia takut dengan nombor empat. Ia kebiasaannya dikaitkan dengan maut dan nasib malang.

Kami akan kongsikan tentang fobia terhadap nombor empat yang lebih dikenali sebagai tetrafobia menerusi artikel ini:

Tetrafobia

Turut dikenali sebagai quadrofobia, tetrafobia ialah sejenis fobia atau takut terhadap nombor empat yang biasanya wujud dalam budaya Asia. Untuk pengetahuan anda, masyarakat di China percaya sesuatu nombor itu membawa tuah atau malang bergantung pada konotasi dan cara sebutannya.

Nombor empat dalam bahasa Mandarin ialah 四 (si) dan ia mempunyai bunyi seakan-akan sama dengan 死 (sǐ) iaitu maut. Atas sebab itu juga, mereka ingin menjauhkan penggunaan mana-mana nombor yang merupakan homofon kepada perkataan maut dan penderitaan dalam kehidupan seharian.

Tetrafobia di Hong Kong




Masyarakat di Hong Kong akan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan penggunaan nombor empat ketika musim perayaan atau apabila ada ahli keluarga yang jatuh sakit.

Mereka tidak akan memberikan hadiah dalam empat malah nombor telefon, plat kereta dan alamat rumah juga seboleh-bolehnya dielakkan daripada mengandungi angka tersebut.

Selain nombor empat, mereka yang bertutur dalam bahsa Kantonis juga akan menjauhi angka 14 dan 24 kerana ia diatakan bersifat lebih malang.

Nombor 14 dalam bahasa Kantonis kedengaran seperti pasti akan meninggal dunia manakala 24 berbunyi seakan-akan senang maut. Kebanyakan bangunan di sana akan melangkau tingkat dengan nombor-nombor yang membawa nasib malang ini.

Tetrafobia boleh menyebabkan penyakit mental

Apabila seseorang terlampau takut dengan nombor empat sehingga ia mengganggu kehidupan seharian, ia boleh menyebabkan penyakit mental.

Sekiranya jantung berdegup kencang, badan menggeletar, rasa terlalu takut atau hendak naik angin setiap kali nampak nombor empat, anda perlu dapatkan nasihat dan rawatan segera daripada pakar bertauliah.

Sumber:
Iluminasi
https://tehtarikgelasbesar.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2021 01:02 PM | Show all posts
4 maknanya mati dlm bahasa cainis...
sbb tuhh lift apartment kondo sumer ada nombor 3A, takde nombor 4.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tarikh lahir 13 hb
Anak no 4
Eh! Malang betul nasib aku.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 04:27 PM | Show all posts
Perkataan "ramai orang" tu mcm misleading jer...

Yg ramai tu hanyalah kaum cina atau yg ada susur galur cina...
Selain kaum cina, rasanya orag lain tak kisah pun dgn angka 4
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061163 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list