Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
215
View
0
Reply

Ini Adalah Sejarah Tentang Kapal Selam KRI Nanggala-402

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-6-2021 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Ini Adalah Sejarah Tentang Kapal Selam KRI Nanggala-402



Baru-baru ini, dunia telah diselimuti duka tentang berita kehilangan kapal selam KRI Nanggala-402 bersama 53 orang anak kapalnya di perairan Bali pada 21 April yang lalu.

Kapal selam KRI Nanggala-402 merupakan kapal selam yang menjadi pencetus kepada kejayaan TNI Angkatan Laut pada era 1966, yang pada masa itu merupakan angkatan laut terbesar di Asia Tenggara.

Kapal selam buatan Jerman itu merupakan sebuah kapal selam serang yang bermotor diesel-elektrik jenis U-209 yang dicipta pada tahun 1978 dan diserahkan kepada Indonesia pada Oktober 1981.

KRI Nanggala-402 sempat dimodenisasi di Jerman pada tahun 1989 yang kemudiannya diperbaharui lagi di Korea Selatan pada tahun 2012.

TNI Angkatan Laut juga memiliki sebuah kapal selam yang lain dengan model yang sama bernama KRI Cakra yang juga telah diproduksi di Jerman pada sekitar tahun 1970-an.

Asal usul nama Nanggala diambil daripada nama senjata seorang karakter daripada cerita klasik bernama Baladewa, iaitu seorang raja yang berperwatakan keras kepala dan pemarah.

Meskipun demikian, raja Baladewa ini juga sangat terkenal dengan sifatnya yang jujur, tulus, adil, serta tidak segan untuk mengucapkan kata maaf jika melakukan kesalahan.

Senjata Nanggala kepunyaan Baladewa ini dikatakan sangat kuat dan mempunyai kuasa sakti yang mampu membelah gunung dan mencairkan besi.

Nanggala juga dikatakan mempunyai kekuatan Tuhan yang berasal dari kesaktian Baladewa yang kononnya mampu mengeluarkan kekuatan alam yang bersumber dari petir.



Berikutan daripada itu, TNI Angkatan Laut Indonesia memutuskan untuk menamakan kapal selam mereka dengan nama KRI Nanggala-402 yang telah rasmi diberikan pada 28 Ogos 1981.

Lebih 100 anggota tentera terbaik TNI Angkatan Laut Indonesia telah dihantar ke Poland untuk belajar cara-cara mengendalikan kapal selam dan diberikan tunjuk ajar daripada askar-askar Kesatuan Soviet selama sembilan bulan lamanya.

Para anggota tentera juga telah menjalani latihan di Laut Baltik di Eropah sebelum dihantarkan ke Rusia untuk membantu mengoperasikan dua kapal selam kelas Whiskey untuk dihantar pulang ke Indonesia sebelum digunakan secara rasmi pada 12 September 1959.

Model kapal selam itu dianggap terbaik pada tahun 1960-an dan berkebolehan dalam melancarkan tembakan torpedo yang digunakan dalam Operasi Trikora untuk membebaskan wilayah Papua Barat daripada Belanda.

Kejayaan ini juga telah menyebabkan Belanda menyimpankan niat mereka untuk berperang secara terbuka dengan negara Indonesia. Tentera Belanda juga akhirnya menyerah dan memilih untuk mengembalikan Papua Barat ke tangan Indonesia.

Terbuktilah bahawa kewujudan kapal selam KRI Nanggala-402 mampu menambah kewibawaan Indonesia dan sekaligus menjaga Indonesia daripada sebarang ancaman luar.

Sumber:
Liputan6, suara.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list