Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
312
View
3
Reply

Pulau Diomede Kecil Dan Besar, Terpisah Kerana Garis Tarikh Antarabangsa

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-6-2021 07:39 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Diomede Kecil Dan Besar, Terpisah Kerana Garis Tarikh Antarabangsa






Pulau Big Diomede dan Pulau Little Diomede
Sumber: Libur
Tahukah anda terdapat 2 pulau di sempadan Rusia dan Amerika Syarikat? Ya! Pulau tersebut ialah Pulau Diomede kecil dan besar. Hanya terletak bersebelahan dan jarak tidak sampai 4 kilometer, dua pulau ini mempunyai zon waktu yang besar.

Bukan tiga, lima atau 12 jam, tetapi 23 jam!

Jurang waktu yang sangat ketara ini menjadikan Pulau Big Diomede dan Little Diomede unik malah atas sebab keunikan ini kedua-dua pulau tersebut trending dalam media sosial.

Kepulauan berbatu yang dipisahkan oleh Lautan Pasifik ini hanya menghubungkan penghuninya dengan jambatan ais yang terbina pada musim sejuk sahaja namun itu hanyalah teori semata. Lebih menarik lagi, pengunjung boleh merentasi kepulauan ini melalui zon masa yang berbeza, seolah-olah seperti terowong masa dapat kembali ke zaman hadapan atau sebaliknya.

Keunikan kepulauan ini kembali tular selepas video pendek yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi Tiktok. Hal ini sangat menarik perhatian warganet seluruh dunia. Rakaman video berkenaan membuatkan ramai kagum dengan kewujudan kepulauan tersebut. Meski terletak di tempat yang sama tetapi terpisah oleh Garis Tarikh Antarabangsa menyebabkan kepulauan ini tidak berkongsi hari yang sama.

Ironinya, seseorang boleh merentas sempadan Rusia atau Amerika Syarikat hanya dengan berkayak mahupun berenang. Menarik bukan?

Bagi yang tertanya-tanya mengenai siapakah penghuni pulau batu tersebut? Difahamkan, masih terdapat penduduk asal puak Yupik Eskimo sejak 3,000 tahun yang lalu menetap di Little Diomede, sebaliknya, Big Diomede kini menjadi markas tentera.

Menurut amusingplanet.com, Big Diomede mencatat masa lebih awal sehingga diberikan jolokan pulau semalam, manakala Little Diomede dipanggil pulau esok. Kepulauan Diomede yang terletak di tengah-tengah Selat Bering antara daratan utama Alaska dan Siberia menjadi sempadan antarabangsa kedua-dua negara yang berpengaruh itu.

Menurut sejarahnya, kepulauan itu dinamakan bersempena nama seorang tokoh penginjil yang dikenali sebagai Saint Diomede. Kemudian, kepulauan tersebut ditemui oleh Vitus Bering, seorang pelayar warga Denmark-Rusia pada 16 Ogos 1728 sehingga nama beliau diabadikan pada selat yang memisahkan dua pulau tersebut.

Dari segi struktur geografi, kedua-dua pulau mempunyai puncak yang rata, sisi curam dan sangat terpencil tetapi terdedah kepada risiko laut bergelora. Pada tahun 1867, Amerika Syarikat membeli Alaska termasuk Little Diomede dan telah mewujudkan sempadan baharu antara kepulauan tersebut.

Sumber:
AMUSINGPLANET, Iluminasi, Kosmo

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 11-6-2021 03:24 AM From the mobile phone | Show all posts
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1240468&mobile=2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
thread dah ada..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-6-2021 06:53 PM | Show all posts

ok nti sy edit story lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list