CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 940|Reply: 3

[Tempatan] Kali ni Sabah, Sarawak follow kerajaan pusat. Sambung PKP sampai 28 Jun

  [Copy link]
Post time 12-6-2021 12:19 AM | Show all posts |Read mode
Sarawak, Sabah ikut kerajaan pusat lanjutkan 'total lockdown' sehingga 28 Jun
Shafik Ahmad
Jun 11, 2021 21:40 MYT


KUALA LUMPUR: Susulan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau 'total lockdown' sehingga 28 Jun ini, Sarawak memutuskan untuk melaksanakan perkara sama.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebentar tadi.

“Sarawak akan mengikut keputusan Kerajaan Persekutuan untuk melanjutkan PKP sehingga 28 Jun ini.
“Ia adalah keputusan untuk seluruh negara, jadi kita akan ikut (melanjutkan PKP),” katanya ringkas menerusi WhatsApp.
Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu Sabah juga akan melanjutkan PKP.

“(PKP) terguna pakai untuk seluruh negara,” katanya ringkas.
Terdahulu Sidang Khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan PKP 3.0 disambung untuk tempoh dua minggu lagi berkuat kuasa 15 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah kes harian yang masih melebihi 5,000 sehari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2021 07:32 AM | Show all posts
ari tu federal tk bagi raya sarawak bagi
udah kes covid mencanak
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 09:40 AM | Show all posts
helicornia replied at 12-6-2021 07:32 AM
ari tu federal tk bagi raya sarawak bagi
udah kes covid mencanak

Raya Sarawak skrg dah dua kali setahun dah, iaitu 1 Jun (Gawai) dan 22 Julai (Hari Kemerdekaan Sarawak)..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2021 11:57 PM | Show all posts
Sabah lanjutkan PKP 3.0 hingga 28 Jun
Bernama
Diterbitkan 12 Jun 2021, 10:29 pm

Kerajaan Sabah memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) yang dijadual hingga Isnin ini disambung hingga 28 Jun ini.

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata keputusan itu dicapai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (Covid-19) Sabah yang bermesyuarat pada 3 petang tadi.

"Keputusan diambil sebagai langkah membendung peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri ini," katanya dalam kenyataan malam ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Sabri Yaakob berkata Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara memutuskan PKP 3.0 yang dijadualkan hingga Isnin ini, disambung dua minggu lagi hingga 28 Jun berikutan jumlah kes harian Covid-19 yang masih tinggi.

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun menerusi kenyataan berasingan berkata Sabah merekodkan 378 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif di negeri itu sebanyak 65,708 kes manakala pesakit sembuh pula seramai 210 orang menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 62,517 orang.

"Catatan kes positif Covid-19 yang agak tinggi pada hari ini adalah disebabkan langkah memperhebat saringan bersasar secara rumah ke rumah dan tidak hanya tertumpu kepada saringan kontak rapat di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

"Oleh yang demikian, angka kes positif Covid-19 dijangka akan melonjak tinggi dalam beberapa hari sehingga gerakan saringan secara besar-besaran selesai dijalankan," katanya.

Masidi berkata tiga kluster baharu direkodkan di negeri itu hari ini iaitu Kluster Indah di Nabawan, Kluster Kampung Baru di Sipitang dan Kluster Ambar Park di Tawau.

Beliau berkata Kluster Indah yang melibatkan 21 kes positif Covid-19 dicetuskan daripada jangkitan kes indeks seorang wanita berusia 34 tahun di majlis pertunangan di daerah itu dengan dikesan positif pada 22 Mei lepas.

Kluster Kampung Baru pula melibatkan 23 kes positif Covid-19 dalam kalangan komuniti di Mukim Sindumin yang dicetuskan kes indeks seorang lelaki berusia 58 tahun dan berdasarkan siasatan awal lelaki itu mempunyai sejarah pergerakan luar daerah Keningau, katanya.

Menurut Masidi, Kluster Ambar Park pula mencatat 16 kes kumulatif yang dicetuskan daripada jangkitan komuniti oleh kes indeks seorang lelaki berusia 71 tahun di Mukim Sri Tanjung di daerah itu, yang dikesan positif pada 1 Jun lepas.

- Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.060729 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list