Penyanyi Misha Omar mampu menarik nafas lega apabila masalah pendengaran yang dihidapinya bukan sesuatu yang serius yang tidak perlu dirisaukan.
Pelantun Sampai Bila itu juga sudah mendapatkan rawatan dan nasihat pakar perubahan dan dimaklumkan masalah pendengaran yang dialami sejak kelmarin pada telinga kanannya hanya perkara biasa.
“Mula-mula kena tu memang rasa pelik juga. Bangun daripada tidur terus telinga belah kanan rasa lain macam (tak dengar).
“Bayangkan semua bunyi kedengaran seolah-olah dari arah belakang. Gila tak risau dan panik lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik Covid-19 yang tak menentu sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
Menurut Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, sebaik mendapatkan rawatan di sebuah klinik, doktor mengesahkan tiada apa yang perlu dirisaukan dan hanya perkara biasa yang dihadapi kebanyakan orang.
“Doktor ada bekalkan ubat drop (titis) dan pantau untuk tiga hari ni. Isnin depan saya akan ke klinik tersebut sekali lagi untuk rawatan lanjut.
“Buat masa sekarang, pendengaran sama sahaja seperti awal-awal kena. Cuma rasa lebih selesa selepas gunakan ubat titis yang diberikan,” katanya.
Pada masa sama, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta itu memberitahu, muat naik dan perkongsian dalam Instagram tentang masalah dihadapinya dibuat buikan bertujuan untuk menakut-nakutkan sesiapa, tetapi sebagai kesedaran bersama.
“Macam saya sendiri mula-mula kena pun rasa panik. Sebelum ni memang tak pernah kena. Kepala asyik fikir adakah ini salah satu simptom Covid-19.
“Tapi bila sudah rujuk kepada pakar perubatan, tiada apa yang perlu dicemaskan. Apa pun jika rasa badan tidak sihat dan ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri anda, segeralah bertemu dengan mereka yang lebih arif,” katanya. – K! ONLINE
shaky tu dh jd trademark sheols...
tp mmg shaky yg sedap la...
antara artis yg ade tone shaky ni.. nur Fatima dgn eton sameon..
mase zaman2 mnaruh harapan tu..
Author|Post time 12-6-2021 03:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 12-6-2021 03:06 PM
shaky tu dh jd trademark sheols...
tp mmg shaky yg sedap la...
antara artis yg ade tone shaky ni.. ...
Aku rasa kalo macam zaiton sameon dgn nurfatima tu vibrato. Vibrato yg sedap jugak la dan x over.
Shaky mcm kak mitch donat ni lebih kepada suara dia bergegar dan tak mencapai note yg tepat di certain2 part of song. Sejenis bila dengar x puas hati nota lagu tak terletak kemas.
Post time 12-6-2021 04:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by danieladam at 12-6-2021 07:24 PM
Menangis pepondan Hijau Kertas dan almarhumah @sepitsiput dalam kubor baca tajuk tt ini.
By the way..iols lama dah kata nyanyian misha donat ni shaky sjak zaman AJL 2003 lagi. Paling x leh terima bila Sampai Bila menang vokal AJL alasannya sbb penghayatan bagus. Sama alasan mcm Hafiz kalahkan Ernie utk anugerah vokal AJL bila ntah. Padahal dh nama pon penilaian vokal, dah kenapa nak pergi ke penghayatn semata?
By the way penyanyi pompuan kebanyakan persembahan live yg iols dengar note terletak kemas, x shaky, solid dan smooth ialah tok ti, liza hanim, dayang (minus ek ek), ernie zakri dan jaclyn victor.