Polis cari penunggang motosikal ketuk cermin kereta depan PGRM Cheras
By Kamariah Khalidi - 11 June 2021
KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan seorang penunggang motosikal yang dipercayai melakukan ugutan jenayah terhadap seorang remaja dalam satu kejadian yang berlaku berhampiran Menara PGRM, Cheras pada 19 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 19 tahun itu di Balai Polis Cheras pada hari yang sama.
“Remaja itu dikatakan sedang memandu keretanya sebelum ditahan oleh penunggang motosikal terbabit yang kemudiannya mendakwa pengadu telah keluar dari simpang jalan di kawasan itu dan nyaris menyebabkan kemalangan.
“Penunggang motosikal itu bertindak mengeluarkan sebatang besi dan mengetuk cermin hadapan kereta pengadu dan turut meminta pengadu untuk keluar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohamed Mokhsein, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan tindakan mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Dalam pada itu, beliau menyeru orang awam supaya lebih berhati-hati dan berhemah semasa berada di jalan raya selain tidak mengambil sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.
Mohamed Mokhsein turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Deputi Superintendan Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622 atau Bilik Gerakan IPD Cheras di talian 03-92845050.
Sejak beberapa hari lalu tular di laman Facebook menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju T berwarna hitam dan seluar celoreng tanpa mengenakan pelitup hidung dan mulut mengamuk dengan membawa sebatang besi.
Rakaman video berdurasi satu minit satu saat itu memaparkan lelaki terbabit mengetuk beberapa kali cermin di bahagian hadapan kereta. – MalaysiaGazette
Tak kan tiba-tiba abang motor tu tiba-tiba mengamuk tanpa sebab, mesti ada sebabnya. Biasalah cina, suka provok, langgar lepas tu ambil video dan play victim. Sikit lagi adalah tu penjilat DAP/PH sokong perbuatan budak cina ni dan kutuk abang motor tu.
laluan aku gi keje dan laluan ni memang suka menimbulkan kemarahan sebab pemandu yang hanat2 belaka. kejap nak terus, kejap nak keluar susur, dan paling ramai keluar susur membabi buta sebab nak potong q
Budak cina tu keluar simpang secara melulu dan nyaris tak langgar abang motor tu, malangnya abang motor tu tak ada video nak buktikan perangai kurang ajar budak cina tu.
Post time 12-6-2021 11:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Another case of action n reaction......aku xleh nk komen lebih2 sbb cerita belah mamat melayu tu blom dengar lg, tp biasanya ni kes kereta keluar simpang dan hampir langgar/bahayakan motor....
Harap ada video third party utk tau kes sebenar...
Ahbeng ni kata dia x langgar motor tu, mmglah xlanggar maybe dia drive recklessly sampai mamat tu terpaksa ngelak dan terbabas, who knows
Post time 12-6-2021 11:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
aku nk tnya ni.. kalo tgk vid ni abg tu xde apa2 pun just nyaris2 nk jatuh la kot Ada undang boleh saman pemandu kereta tu ke? mostly dgr cerita mcm ni sb yg hampir2 dilanggar tu je yg ngamok/baran.. aishh susah la nk ckp
Post time 12-6-2021 11:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ah beng dan ah moi banyak masuk je simpang tak bagi signal dan pandang kiri kanan. Kena hon panjang dia bagi middle finger. Aku tengok je muka. Tahu pulak dia takut. Perangai caprut je suka bagi middle finger ni.
Post time 12-6-2021 12:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by grouper at 12-6-2021 12:13 PM
Org baran hati kering mmg x kasi can kat driver2 yg bwk cam haramjadah..klau dpt kejar mmg akan suruh driver berenti paling2 kurang nak dengar mintak maaf atau explanation..klau yg tenang ni paling kuat pun hon panjang sambil2 maki je..level paling tinggi dia rilex je x maki atau hon pun sbb dia dah set dlm kepala dia asal atas jalan je driver lahanat ada di mana2 x leh caya sape pun..siap marah diri sendiri nape blh leka wlaupun salah org lain
Post time 12-6-2021 02:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Klau ko teraniaya sekalipun x payah la sampai keluar besi, ketuk kereta org, benda blh setel x pasal2 byk caj ko kena, x pakai mask, rosakan harta orang, mengancam, ganggu lalulintas