|
Kredit foto: IG
Aktres dan usahawan popular Wawa Zainal memberi hadiah RM200 kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin.
Lapor Harian Metro, lima pelajar terawal yang menunjukkan bukti slip keputusan 7A dan ke atas sudah menerima ganjaran masing-masing daripada Wawa.
Kredit foto: IG
"Semalam (kelmarin) lima yang terawal saya sudah berikan hadiah seperti dijanjikan. Semuanya dapat 7A. Tak dinafikan ada juga yang hantar mesej peribadi (DM) cakap mereka dapat 5A dan 6A mohon untuk diberikan hadiah.
"Jika berkelapangan malam ini saya akan semak lagi DM. Sekiranya ada lagi yang mendapat keputusan 7A, insya Allah saya akan berikan lagi hadiah," katanya kepada Harian Metro.
Kata Wawa, selain memberi hadiah kepada pelajar cemerlang, dia juga menerima banyak mesej daripada mereka yang memerlukan bantuan berupa wang tunai ekoran terjejas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Kredit foto: IG
Wawa bagaimanapun membuat siasatan terlebih dahulu ke atas akaun Instagram mereka sebelum memberikan bantuan.
Jika sama dengan apa diceritakan, barulah saya minta nombor akaun mereka. Bagi saya, bagi wang lebih senang sebab mereka lebih tahu barangan keperluan apa nak dibeli.
"Jumlah pula tak menentu. Ada saya berikan RM200 dan RM300. Ia bergantung kepada situasi dan masalah dihadapi pemohon bantuan itu," jelasnya.
Baik kan Wawa ni? Semoga bisnes terus maju jaya dan dapat memberi bantuan kepada lebih ramai yang memerlukan. - CARI |
|