CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adila39

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 37

 Close [Copy link]
Post time 16-6-2021 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-6-2021 06:05 PM
Mujo WFH smp ujung tahun selagi lockdown...
Menu pe dinner? Ni laksa Penang...

Masak sadin..lama xmkn rasa teringin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-6-2021 06:06 PM
Buat jus  blend je nanti...taruk asam boi...

Oo buat jus ke.. ingatkan nk msk paceri nenas
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-6-2021 02:43 PM

Kematian brp agaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 07:19 PM | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 16 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JUNE 16, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
16 JUN 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 7,240 kes (600,935 kes kumulatif, 89.3%);
  • Kes baharu : 5,150 kes (673,026 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (3 warganegara);
  • Kes tempatan : 5,147 kes [4,304 warganegara (83.6%); 843 bukan warganegara (16.4%)];
  • Kes aktif : 67,949 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :924 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 453 kes;
  • Kes kematian : 73 kes (4,142 kes kumulatif, 0.61%; 62 warganegara, 11 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,532 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,744 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 788 kluster.
Sebanyak 73 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 33 kes di Selangor,masing-masing enam (6) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Negeri Sembilan, dan Sarawak, empat (4) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing tiga (3) kes di Sabah, Melaka, dan Johor, dua (2) kes di Pahang, serta satu (1) kes di Kelantan.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
STATUS TERKINI KADAR PENGGUNAAN KATIL DI UNIT RAWATAN RAPI (ICU)
Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Mohd Yassin telah memasukkan beberapa indikator ambang utama termasuk kadar penggunaan katil di Wad ICU.
KKM ingin memaklumkan bahawa tren kemasukan kes-kes COVID-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) telah menunjukkan peningkatan bermula sejak dari Minggu Epidemiologi (ME) ke-17 (25 April 2021 hingga 1 Mei 2021) hingga ME ke-21 (23 Mei 2021 hingga 29 Mei 2021). Tren yang sama dilihat berterusan terutama bagi tempoh dua (2) minggu seterusnya sehingga ME ke-23 (6 Jun 2021 hingga 12 Jun 2021) di mana jumlah pengunaan katil ICU telah melebihi 100 peratus.
Graf 1: Jumlah kes berkaitan COVID-19 Yang Dimasukkan Ke ICU Bagi Tahun 2021

Graf 2: Jumlah Katil ICU Bagi Kes Berkaitan COVID-19 Dan Kadar Pengunaan Katil Bagi Tahun 2021

Walaupun terdapat penurunan kes baharu harian bagi tempoh dua (2) minggu lockdown iaitu mulai 1 Juan 2021, kes-kes COVID-19 di ICU masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara. Hal ini berikutan kemunculan varian-varian baharu yang mengakibatkan kes-kes dikesan dengan gejala serius (kategori 4 dan 5) dan merosot pada kadar yang lebih cepat. Keadaan ini menyebabkan lebih ramai pesakit memerlukan bantuan oksigen dan alat pernafasan khususnya di kalangan golongan rentan seperti warga emas serta pesakit yang menghidap lain-lain penyakit (co-morbidity). Penggunaan kapasiti ICU yang melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan di mana tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU.
Selain itu, penggunaan katil yang melebihi kapasiti ini juga disebabkan oleh keperluan tempoh pemulihan yang lama bagi pesakit-pesakit ICU untuk sembuh disebabkan komplikasi jangkitan COVID-19 yang serius. Secara purata, tempoh rawatan di ICU bagi kategori 4 adalah di antara 14 hari ke 16 hari, manakala bagi pesakit kategori 5 pula, tempoh rawatan di ICU adalah di antara 19 hari ke 26 hari.
KKM sentiasa bersiapsiaga dengan situasi ini dan antara langkah-langkah yang telah diambil adalah:
  • Menambah kapasiti katil-katil bagi menempatkan pesakit COVID-19 iaitu sebanyak 11,598 katil di hospital dan 31,861 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Awam khusus dalam merawat pesakit COVID-19;
  • Menaik taraf kegunaan katil (repurpose bed)di wad biasa kepada katil rawatan pesakit kritikal COVID-19;
  • Bekerjasama dengan hospital pengajar Kementerian Pengajian Tinggi antaranya Pusat Perubatan di Universiti Malaya, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, dan terkini Hospital Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia) untuk menggunakan fasiliti mereka bagi merawat pesakit COVID-19;
  • Bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam penubuhan Hospital Medan. Setakat ini enam (6) buah Hospital Medan ATM telah dibina di hospital-hospital KKM.
  • Bekerjasama dengan 112 buah hospital swasta khususnya di Lembah Klang bagi rawatan pesakit COVID-19 yang melibatkan sejumlah 1,274 katil wad biasa dan 128 katil ICU.
Bagi memastikan usaha-usaha yang telah dijalankan dalam melawan penularan COVID-19 ini tidak sia-sia, KKM memohon kerjasama masyarakat untuk kekal mematuhi norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19. Terus kekal mengurangkan aktiviti pergerakan di luar rumah kerana dibimbangi mungkin terkena jangkitan daripada varian baharu COVID-19 yang lebih mudah merebak dan mengakibatkan penyakit yang teruk. Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 serta hadirlah ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdasarkan tarikh temu janji yang diberikan.
Bersama-sama kita berganding bahu dalam memerangi penularan COVID-19 agar kita dapat menuju ke arah pemulihan negara daripada jangkitan COVID-19.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
16 Jun 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 16 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,914220,391
WP KUALA LUMPUR480 (3)68,849
SABAH18466,730
JOHOR39265,827
SARAWAK57057,475
NEGERI SEMBILAN60735,108
KELANTAN23032,742
PULAU PINANG9932,547
PERAK6623,916
KEDAH22822,550
MELAKA15215,276
PAHANG5711,764
TERENGGANU5610,752
WP LABUAN1016,394
WP PUTRAJAYA62,137
PERLIS8568
JUMLAH KESELURUHAN5,150 (3)673,026
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 73 kes kematian pada 16 Jun 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
4070SelangorLelaki (WN)60Hospital Serdang
4071SelangorPerempuan (WN)66Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4072SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai BulohKencing manis dan buah pinggang kronik
4073SelangorPerempuan (WN)68Hospital KajangDarah tinggi dan tiroid
4074SelangorLelaki (WN)52Hospital Selayang
4075SarawakLelaki (WN)51Hospital Umum Sarawak, Kuching
4076SelangorLelaki (WN)56Hospital AmpangKencing manis dan darah tinggi
4077WP Kuala LumpurLelaki (WN)49Hospital Sungai BulohKencing manis dan asma
4078SelangorPerempuan (WN)69Hospital AmpangKencing manis dan darah tinggi
4079SelangorLelaki (WN)62Hospital KajangKencing manis dan dislipidemia
4080KedahLelaki (WN)60Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarKencing manis
4081MelakaPerempuan (WN)65Hospital MelakaKencing manis dan darah tinggi
4082SelangorPerempuan (WN)71Hospital Selayang
4083MelakaLelaki (WN)61Hospital MelakaDarah tinggi
4084SelangorPerempuan (WN)60Hospital Sungai BulohDarah tinggi dan dislipidemia
4085SelangorPerempuan (WN)75Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis dan darah tinggi
4086SelangorPerempuan (WN)47Hospital Sungai BulohObesiti
4087KelantanPerempuan (WN)57Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiKencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
4088SelangorPerempuan (WN)71Hospital SerdangKencing manis
4089SelangorPerempuan (WN)59Hospital SerdangKencing manis
4090SelangorPerempuan (WN)84Hospital Sungai BulohDarah tinggi dan dislipidemia
4091WP LabuanPerempuan (WN)92Jenazah dibawa ke Hospital LabuanDarah tinggi dan dislipidemia
4092WP Kuala LumpurLelaki (WN)51Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurDarah tinggi
4093JohorPerempuan (WN)61Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatKencing manis, darah tinggi, dan hati
4094SelangorLelaki (WN)68Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4095SelangorLelaki (WN)63Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
4096WP Kuala LumpurPerempuan (WN)97Hospital Rehabilitasi Cheras
4097JohorPerempuan (WN)90Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruDarah tinggi dan dislipidemia
4098SarawakLelaki (WN)74Hospital Umum Sarawak, KuchingKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
4099SelangorPerempuan (WN)63Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
4100SelangorPerempuan (WN)57Hospital SelayangAsma
4101SelangorLelaki (WN)34Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4102SelangorLelaki (WN)80Hospital Serdang
4103SelangorPerempuan (WN)63Hospital Serdang
4104Negeri SembilanLelaki (WN)70Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan darah tinggi
4105WP Kuala LumpurLelaki (WN)65Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4106Negeri SembilanLelaki (WN)20Hospital TampinObesiti
4107SelangorPerempuan (WN)70Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4108WP Kuala LumpurPerempuan (WN)60Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4109SabahLelaki (WN)66Hospital TawauDarah tinggi dan dislipidemia
4110KedahPerempuan (WN)75Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4111SelangorLelaki (WN)66Hospital SerdangKencing manis
4112SarawakLelaki (WN)68Jenazah dibawa ke Hospital Umum Sarawak, KuchingKencing manis
4113Negeri SembilanPerempuan (WN)94Hospital Tuanku Jaafar, SerembanSalur darah
4114MelakaLelaki (WN)53Jenazah dibawa ke Hospital JasinKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
4115SelangorLelaki (WN)63Hospital Sungai BulohKencing manis
4116SarawakLelaki (WN)76Jenazah dibawa ke Hospital BauTuberkulosis
4117SarawakLelaki (WN)59Hospital MukahKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
4118SarawakLelaki (WN)46Jenazah dibawa ke Hospital Umum Sarawak, KuchingKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
4119PahangPerempuan (WN)70Hospital JempolKencing manis dan darah tinggi
4120SelangorLelaki (WN)46Hospital AmpangObesiti
4121SelangorLelaki (WN)64Hospital Sungai BulohKencing manis dan buah pinggang kronik
4122SelangorPerempuan (WN)56Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4123WP Kuala LumpurLelaki (WN)83Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan jantung
4124JohorPerempuan (WN)92Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruDarah tinggi dan strok
4125Negeri SembilanPerempuan (WN)74Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, dislipidemia, dan tiroid
4126Negeri SembilanLelaki (WN)58Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDislipidemia dan jantung
4127Negeri SembilanLelaki (WN)54Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
4128KedahPerempuan (WN)53Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
4129KedahLelaki (WN)67Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis
4130KedahLelaki (WN)70Hospital Sik
4131PahangLelaki (WN)83Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohDarah tinggi, dislipidemia, dan jantung
4132SelangorPerempuan (BWN)55Hospital AmpangDarah tinggi
4133SelangorLelaki (BWN)56Hospital Kajang
4134WP LabuanLelaki (BWN)69Hospital LabuanKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4135SabahPerempuan (BWN)55Hospital TawauKencing manis dan jantung
4136WP LabuanLelaki (BWN)49Jenazah dibawa ke Hospital Labuan
4137WP LabuanPerempuan (BWN)38Jenazah dibawa ke Hospital Labuan
4138SelangorPerempuan (BWN)47Jenazah dibawa ke Hospital SerdangKencing manis dan darah tinggi
4139SabahPerempuan (BWN)75Hospital Tawau
4140SelangorPerempuan (BWN)51Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis
4141SelangorPerempuan (BWN)47Hospital Serdang
4142KedahLelaki (BWN)48Hospital Baling
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara
LAMPIRAN 3
Perincian 5,150 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 16 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR1,9142681,040606
NEGERI SEMBILAN60779327201
SARAWAK5703644688
WP KUALA LUMPUR480352423200
JOHOR39210920479
KELANTAN2301517144
KEDAH228629868
SABAH1845010628
MELAKA152498122
WP LABUAN101154145
PULAU PINANG99354222
PERAK66331716
PAHANG57162813
TERENGGANU5654110
PERLIS88
WP PUTRAJAYA66
JUMLAH KESELURUHAN5,1508072,89831,442
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 16 JUN 2021
No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Tapak Bina Jalan Gamuda SatuTempat KerjaSelangorGombak20118
2Industri Serendah IndahTempat KerjaSelangorHulu Selangor dan Gombak56100
3Industri Jalan SS 13Tempat KerjaSelangorPetaling, Gombak, Hulu Langat, Klang, dan Kuala Langat1481,427
4Industri Cheras Jalan TigaTempat KerjaSelangorHulu Langat33262
5Jalan Tanjung Kidurong TigaTempat KerjaSarawakBintulu33102
6Jalan Wawasan EmpatTempat KerjaJohorBatu Pahat1016
7Jalan Song Ban KhengTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah628
8Jalan Tun FatimahTempat KerjaMelakaMelaka Tengah31465
9Solok Perusahaan SatuTempat KerjaPulau Pinang dan KedahSeberang Perai Tengah dan Kulim752
10Jalan IntanTempat KerjaPerakHulu Perak dan Kinta2053
11Gran StumbinKomunitiSarawakSri Aman82620
12Jalan Bintulu – TatauKomunitiSarawakBintulu24151
13Kionsom KecilKomunitiSabahKota Kinabalu4086
14Lorong TembunKomunitiNegeri SembilanJelebu2225
15Sri PurnamaKomunitiKelantanPasir Puteh1729
16Jalan Lima Ampang UtamaKumpulan Berisiko TinggiSelangorHulu Langat1522
17Jalan DayangKumpulan Berisiko TinggiSelangorHulu Langat818
18Jalan Hujan BubukKumpulan Berisiko TinggiWP Kuala LumpurLembah Pantai1234
19Jalan MentahakKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru645



Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 07:20 PM | Show all posts
keypochino replied at 16-6-2021 05:21 PM
Masak sadin..lama xmkn rasa teringin

Hari tu dah binge sardin ni haha...ni binge laksa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 07:21 PM | Show all posts
keypochino replied at 16-6-2021 05:34 PM
Oo buat jus ke.. ingatkan nk msk paceri nenas

Leh gak...kena buat penkek dulu...dah beli bahan2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2021 07:22 PM | Show all posts
noor2 replied at 16-6-2021 05:41 PM
Kematian brp agaknya....

73 kematian...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-6-2021 07:22 PM
73 kematian...

Eh....bukan 101 ke.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 07:29 PM | Show all posts
noor2 replied at 16-6-2021 06:23 PM
Eh....bukan 101 ke.....

Tu semalam
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-6-2021 07:29 PM
Tu semalam

Oh...ok..cik seri
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 07:35 PM | Show all posts

Bz bebeno ye #take care
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-6-2021 06:03 PM
Ni dinner laksa Penang

mantap dinner sb
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-6-2021 06:03 PM
Ni dinner laksa Penang

kami dinner kat luar rumah... dinner belakang rumah... bambam minum air laici tumpah abis... kakak dia nak bawa pi basuh tangan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 16-6-2021 08:36 PM
mantap dinner sb

Lama x mkn laksa, kome
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 04:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 16-6-2021 08:37 PM
kami dinner kat luar rumah... dinner belakang rumah... bambam minum air laici tumpah abis... kakak ...

Wah...bestnya meal outdoor tu ayo laici faberet ayah...menu pe bekpes nanti ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-6-2021 01:39 PM
Ni tadi beli lemang + rendang ayam...pehtu singgah beli ayo nyo + coconut shake & laksa + akok & k ...

Pagi ni pesan nasi kerabu untuk sarapan.jap lagi ada cod.sama lah kita membantu peniaga kecil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2021 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 16-6-2021 02:15 PM
Den beli sbb dia besar dr steamer brand lain, konon muat la klu nk kukus kek. Tp den beli lama gil ...

Iols dah riki harga kat shopee steamer tu.kalau pakai manualmanual,kena jaga bila steam atas stove
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-6-2021 07:20 PM
Hari tu dah binge sardin ni  haha...ni binge laksa...

Binge tu apa. Teringin ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-6-2021 07:21 PM
Leh gak...kena buat penkek dulu...dah beli bahan2

Bahan apa tepung ke.. ke bahan toppings
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 16-6-2021 09:37 PM
kami dinner kat luar rumah... dinner belakang rumah... bambam minum air laici tumpah abis... kakak ...

Wahh syoknya blkg rumah sawah padi eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 1.011211 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list