CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23562|Reply: 207

[Tempatan] Godaan berbelanja online hantui pengguna semasa PKP.Anda tergoda?

  [Copy link]
Post time 15-6-2021 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEBAHAGIAN besar rakyat Malaysia akan kekal berada di rumah sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu lagi berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula esok hingga 28 Jun depan.

Buat mereka yang bekerja di rumah atau mempunyai pendapatan tetap setiap bulan barangkali sukar menepis godaan membeli-belah secara online sekali gus menganggap aktiviti tersebut sebagai terapi dalam tempoh berkurung yang panjang.

Apatah lagi kebanyakan masa di rumah banyak dihabiskan dengan berada di hadapan skrin komputer riba atau gajet pintar serta tidak kurang juga antara kita yang begitu mudah terpesona dengan lambakan rancangan iklan berbayar di televisyen.

Sebut sahaja apa barangan daripada sekecil-kecil tuala tangan sehinggalah kepada sebesar-besar perabot, alat senaman dan barangan elektronik semuanya boleh dipesan di hujung jari tanpa mengira waktu.

Tawaran harga yang dianggap sangat berbaloi misalnya kempen jualan sempena tarikh tertentu, diskaun hebat berganda, pulangan tunai atau promosi beli satu percuma lima boleh menghantui fikiran selagi kemahuan berbelanja tidak dilunaskan.

Persoalan yang harus ditanya kepada diri adakah barang yang dibeli betul-betul berguna atau sekadar memenuhkan ruang dalam kediaman seterusnya menghimpun habuk serta debu.

Rakyat Malaysia yang turut terkenal dengan hobi makan juga mungkin sulit menolak keinginan tunas rasa untuk memesan pelbagai jenis juadah yang tampak menyelerakan melalui kumpulan perniagaan online di pelbagai aplikasi dan media sosial.

Pakar Kewangan Pengguna dan Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri berkata, gelagat pengguna berubah dengan sangat ketara semasa PKP terutamanya dalam aspek perbelanjaan dan amalan menyimpan wang.

“Dalam mengharungi tempoh PKP yang panjang, pengguna wajar berjimat-cermat kerana banyak perbelanjaan lain perlu dipertimbangkan.

“Amalan membeli-belah secara online bukan hanya melibatkan orang dewasa atau golongan bekerja, bahkan kanak-kanak dan remaja turut terjebak,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Bahagian Jaringan Data Raya, Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan, Universiti Malaysia Kelantan, Prof. Madya Dr. Azwan Abdullah berkata, perancangan kewangan isi rumah perlu diurus secara berobjektif dengan melakukan muhasabah kewangan sebelum berbelanja.

“Adalah penting menentukan matlamat perbelanjaan bagi mengelak ketirisan sumber wang dan menyenaraikan barangan dan keperluan mengikut keutamaan seterusnya menyediakan bajet untuk barangan yang ingin dibeli.

“Kemudian buat saringan barang dengan meneliti kemampuan dan mungkin ada beberapa perkara perlu dinyah keluar daripada senarai bagi memberi laluan kepada barang yang lebih penting,” jelasnya.

Ujarnya, amalan perancangan kewangan yang baik mampu menstabilkan ekonomi keluarga, mengekalkan harmonisasi dalam pasaran dan yang paling penting dapat mengelakkan isi rumah daripada berhadapan dengan masalah defisit kewangan.

Pada hemat penulis, isi rumah boleh berusaha mengalih kecenderungan membeli-belah dalam talian dengan melakukan aktiviti yang meningkatkan nilai tambah diri antaranya mempelajari ilmu dan kemahiran baharu.
https://www.kosmo.com.my/2021/06/14/godaan-berbelanja-online-hantui-pembeli/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 07:56 AM | Show all posts
takde duit nak berbelanja mewah la ni..
beli keperluan jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:58 AM | Show all posts
Ape je aku beli. Obat kucen, obat aku. Dah la oyen2 msia pakat2 selesema sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya beli ikut keperluan.. mls nak p merayap carik. Order online aje lbh byk pilihan.. segalanya dihujung jari
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Trauma nak beli musim pkp ni sebab lama sgt barang nak sampai.
Dahla takleh kuar umah nak beli online lambat plak sampai. Haih apa la nasib.
Pos laju keje sampai kul 3 ja pastu sabtu ahad tutup.
Dekat 2 minggu brg baru sampai. Dari shah alam je weh huhu.
Ramai gila yg terpaksa klik return/refund rasanya musim pkp ni seller kena panjangkan eta sbb sian kat dorang gak bila lambat buyer akn minta refund padahal dorang dh post dah item tu.
Kat shopee ramai buyer maki hamun seller sbb brg lambat sampai padahal kurier yg lembab. Sian ramai kena rate 1 star je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
uninstall jer
kang nanti salahkan kerajaan
pasal terpaksa berbelanja lebih sebab dok terperuk
dlm rumah disebabkan pkp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Godaan sgt2....dr bln puasa haritu lh smpai iols beli beg utk blk kg okeh ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 09:43 AM | Show all posts
masa MCO 1.0 je kot ketagih online shopping sampaikan kena list down dalam buku barang apa blom sampai sbb banyak sgt.. lols...

lepas tu dah lama sgt MCO.. terus bertaubat dah dari shopping online... ada satu je online apps i maintain, which is lazada je tu pun i takde link pun dengan debit card or credit card... just pay dgn touch n go apps as per topup amount yang tak sampai RM100 pun.. nak beli barang, prefer physical shop...

untuk skincare je la i maintain beli from website UK and supplements dkat iHerb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 09:45 AM | Show all posts
Uninstall
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Rajin gak tengok2 website,ke app ke scroll sana sini tengok barang 2 viral sana sini ..tapi Tak beli Kira ala2 window shopping je.tiap kali nak beli ingatkan diri saya puasa ( shopping)
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:19 AM | Show all posts
sangattt tp bukan barang utk diri sendiri..
beli brg2  meow je..  mcm supplement, ubat2., kibbles sbb petshop pun dah tkde stock

nak beli bag canvas $89 pun berkira..   tak jugek beli.. hari2 belek kat shopee
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
aku beli tiktok legging la,  legging biasa la.. Portable coffee maker la.. Bekas ubat utk opah la.. Mask KN95 la. Mask KN94 la.. 4 ply mask la.. Kelmarin beli sticker sweeper sbb aku baca review bagus utk kegunaan org yg alah pada debu/habuk..

Yg pasti pantang aku tgk sale mask KN95..mesti aku beli...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
ya godaan

aku dah beli m4ai sebijik.. sambung dgn punisher m4. sebiji lg... tambah pula glock sebiji.. 1 magazine dan 1 drum magazine

rhe raun is real yo..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:56 AM | Show all posts
pilihan di hujung jari sendirik..ininstall je la klu xmo tergodeee
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 11:15 AM | Show all posts
nak beli sofa, x boleh deliver
nak beli mesin basuh, x boleh deliver

ini je benda besar aku nk beli
sbb duit kumpul sikit2 baru cukup
benda lain ntah la nk shopping apa
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
iols terbalik..kadang niat nak keluar beli barang dapo tapi sampai kaunter penuh troli..masuk kedai memang semua section iols pusing padahal ada yang tak guna pon..last2 iols g kedai aceh je selamat sikit poket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai walaupun mampu tp masih mampu tahan nafsu. Duit lebih pd belanja pendidikan anak2 dan keperluan sekolah diorg. Printer, ink cepat je habis, kertas conteng alat tulis, online class etc. Beli gitar utk anak bujang ai dan violin adik dia. Belajar online je. Kalau tak diorg main game je lah.

Teringin decor rumah, tp so far boleh tahan nafsu. Bab makan pun sama. Weols laki bini anak beranak tak melantak je 24jam. Rezeki yg ada ni mmg kita buat saving sikit dan share dgn org lebih memerlukan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
I teringin decor tapi nak beli langsir di shopee tak berani. Ada juga beli barang tapi tak macam waktu 1st PKP. Kejap kejap beli kerepek, coklat, teh dan biskut, perfume rumah, belum lagi alas kerusi and such. Bila kira balik, macam macam beli. Kali ni I simpan lah bahagian online shopping tu. Now I am looking forward untuk rentas negeri with the money I save from spending online shopping. I rindu nak shopping dalam mall je ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sblm pkp lg mmg shopping online je..
Beli2 skincare yg xda kat kdai n brg2 kprluan lg murah dr kedai..
Jimat masa..cuma time pkp ni duk beli bnda yg xla masuk kategori urgent nk pakai..tp still beli..
Bln ni dh stop..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim pkp ni byk beli mkan online dan healthcare..pil2 vitamins...huhu..byk habis duit kat foodpanda je..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.084403 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list