CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1635|Reply: 2

Panduan dari doktor untuk pesakit Covid-19 kuarantin di rumah

[Copy link]
Post time 15-6-2021 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Panduan dari doktor untuk pesakit Covid-19 kuarantin di rumah

Hari semakin hari, kes Covid-19 meningkat secara mendadak telah meragut banyak nyawa insan yang tersayang. Situasi semasa pandemik Covid-19 di Malaysia yang telah dikemaskini pada jam 12.00p.m 4 Januari 2021 adalah sebanyak 120,818 kes secara keseluruhan. Manakala, kes import 8, kes tempatan 1733, jumlah kes sembuh (Discaj) 98228 iaitu sebanyak 81.3% dari kes keseluruhan, dan 22089 kes aktif (ICU 122, Bantuan Pernafasan 53). Selain itu, kes kematian pula sebanyak 501 yang mana 0.4% daripada keseluruhan kes.


Sumber Gambar : Infografik Covid-19 Malaysia

Membenarkan pesakit Covid-19 tanpa gejala terus tinggal di rumah masing-masing sudah lama dilakukan di beberapa negara luar, tetapi ia agak asing di negara ini.

Bagaimanapun dengan peningkatan berterusan kes baru setiap hari, pilihan yang ada pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi semakin terhad.

Sebelum ini semua pesakit Covid-19 – sekali pun hanya menunjukkan simptom kecil – memang dibawa KKM ke hospital atau pusat kuarantin.

Pada April lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan amalan segera mengasingkan pesakit Covid-19 berkesan membantu mengekang penularan wabak tersebut.

Namun amalan berkenaan tidak lagi diamalkan.

Setakat semalam 22,562 orang masih dirawat kerana Covid-19 di seluruh negara. Pertambahan kes baru berjumlah ribuan orang menyebabkan katil untuk pesakit Covid-19 atau ambulans untuk membawa mereka ke pusat pengasingan tidak lagi mencukupi.

Minggu lalu Dr. Noor Hisham menasihatkan pesakit Covid-19 asimptomatik agar mengkuarantin diri sendiri di rumah sehingga ada katil kosong untuk mereka di hospital.

Perubahan pendekatan – bukan disebabkan pertukaran dasar yang disengajakan sebaliknya akibat terpaksa ekoran sistem penjagaan kesihatan awam yang kini terhad – menimbulkan kekeliruan.



Dr. Musa Mohd Nordin

Sebilangan orang yang positif Covid-19 tidak tahu apa yang harus mereka lakukan sementara menunggu berhari-hari lamanya sebelum dijemput KKM.

Pakar perunding pediatrik Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Musa Mohd Nordin, menyarankan beberapa tindakan sementara yang boleh dilakukan pesakit Covid-19 sementara mereka menunggu di rumah.

Berikut adalah garis panduan yang dicadangkan:

1. Jika anda positif tetapi asimptomatik, terus berada di rumah dan lakukan pengasingan kendiri sebaik saja keputusan ujian diterima

2. Semua isi rumah juga perlu melakukan pengasingan

3. Pejabat kesihatan daerah akan menghubungi anda pada waktu yang sepatutnya

3. Anda hanya boleh meninggalkan rumah dalam keadaan tertentu

4. Jangan pergi ke tempat kerja, sekolah atau kawasan awam

5. Jangan gunakan pengangkutan awam atau teksi

6. Jika perlu keluar rumah, anda mesti memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal sebelum kembali serta-merta selepas selesai berurusan

7. Di Selangor Pasukan Khas Covid-19 Selangor (STC) akan memaklumkan keputusan anda melalui aplikasi SeLangkah dalam tempoh 24 jam selepas ujian dijalankan. Justeru anda tidak perlu keluar dari rumah untuk mendapatkan keputusan tersebut.

8. Jauhkan diri sebaik mungkin daripada orang lain dalam rumah, terutama jika mereka adalah golongan berisiko tinggi

9. Di mana boleh, elakkan daripada menggunakan ruang bersama seperti dapur atau seumpamanya ketika ada orang lain dan bawa makanan anda ke bilik untuk dimakan.

10. Pakai pelindung muka atau pelitup muka pembedahan semasa meluangkan masa di kawasan bersama dalam rumah anda

11. Lakukan kegiatan beriadah di dalam atau kawasan halaman rumah saja

12. Patuhi nasihat umum bagi mengurangkan penularan jangkitan dalam kalangan penghuni rumah

13. Tempoh pengasingan anda termasuk hari anda melakukan ujian dan 10 hari berikutnya

14. Maksudnya jika ujian pertama dilakukan 15 hari bulan, tempoh pengasingan anda berakhir pada jam 11.59 malam 25 hari bulan.

15. Tempoh pengasingan rasmi 10 hari bermula pada hari keputusan ujian menunjukkan anda positif

16. Kebanyakan pesakit Covid-1 mengalami rasa tidak sihat yang ringan. Dapatkan segera rawatan sekiranya keadaan anda atau penghuni rumah anda semakin buruk

17. Anda boleh kembali menjalani kehidupan biasa dan menamatkan pengasingan 10 hari penuh jika anda kekal dalam keadaan sihat, atau simptom anda cuma batuk ringan atau kehilangan deria baru yang mungkin memerlukan masa beberapa minggu untuk pulih.



Sumber Gambar : Google

Artikel asal telah disunting oleh penulis wk.com

Artikel asal boleh didapati di link berikut:

Covid-19 Malaysia
Malaysiakini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 01:59 PM | Show all posts
Fwd dr WA femili...

*Sebab-sebab orang dijangkiti walaupun setelah mengambil dua dos vaksin korona:*
▪️ Dos kedua harus diambil 21/28 hari selepas dos pertama vaksin korona.
▪️ Vaksin mula membentuk antibodi sebaik sahaja memasuki badan.
▪️ Apabila antibodi terbentuk di dalam badan kita, imuniti kita menurun dengan banyak.
▪️ Apabila kita mengambil dos kedua vaksin selepas 21/28 hari, imuniti kita semakin berkurang.
▪️ Hanya selepas 14 hari dos kedua di ambil , barulah antibodi terbentuk sepenuhnya di dalam badan kita, imuniti kita mula tumbuh dengan cepat.
▪️ Jadi selama satu setengah bulan ini, kerana imuniti yang rendah, kemungkinan virus korona memasuki tubuh kita sangat tinggi. Ini disebabkan oleh pendedahan kepada virus pada waktu terdedah ini sehingga seseorang dijangkiti. *Oleh itu, sangat berisiko keluar dari rumah selama setengah bulan ini.*
▪️ Walaupun selepas mengambil dua dos vaksin, anda boleh menjadi mangsa Corona.
▪️ Hanya setelah satu setengah bulan, imuniti dalam badan meningkat 100 hingga 200 kali, selepas itu anda selamat.
▪️ *Perlu berhati-hati setelah pengambilan dos pertama hingga dos kedua selama satu setengah bulan*
*Pastikan anda:*
▪️ memakai topeng apabila keluar dari rumah.
▪️ Keluar dari rumah hanya jika perlu.
*** Pesanan ini wajib diambil maklum dan dipatuhi
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
It is best to follow kkm guideline.

Tq Tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.057545 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list