CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9265|Reply: 81

[Tempatan] Abis la Abah-Tengku Razali mintak Raja2 Melayu lantik PM baru

  [Copy link]
Post time 16-6-2021 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JohnyEnglish at 16-6-2021 02:38 PM


KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu perlu memilih seorang Perdana Menteri yang baharu untuk mengetuai kerajaan bagi menyelamatkan negara daripada krisis penularan COVID-19, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, Raja-Raja Melayu bertanggungjawab memainkan peranan keperlembagaan itu selepas Dewan Rakyat berdepKatanya yang lebih dikenali sebagai Ku Li, Dewan Rakyat tidak boleh menentukan Perdana Menteri walaupun ditauliahkan oleh Perlembagaan Persekutuan kerana pada masa ini ia tidak berfungsi secara menyeluruh.

Katanya yang lebih dikenali sebagai Ku Li, Dewan Rakyat tidak boleh menentukan Perdana Menteri walaupun ditauliahkan oleh Perlembagaan Persekutuan kerana pada masa ini ia tidak berfungsi secara menyeluruh.

"Sebahagian daripada wakil rakyat mempunyai kepentingan kewangan (sama ada secara terbuka atau pun secara senyap) dan hilang kelayakan mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
"Dewan Rakyat juga kini dalam keadaan tergantung dan tiada pihak mempunyai majoriti untuk membuat keputusan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, ada ahli-ahli Parlimen yang tidak menepati peruntukan Perlembagaan berkaitan dengan pemilihan mereka.

Jelas Ku Li lagi, peranan memilih Perdana Menteri itu timbul selaras dengan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di hadapan Raja-Raja Melayu yang memilih baginda mewakili Majlis Raja-Raja Melayu.
"Tanggungjawab ini memerlukan pemilihan seorang pemimpin tanpa kepentingan peribadi, parti politik mahu pun pertimbangan peribadi.

"Pemimpin yang dipilih harus mampu memahami keadaan semasa negara yang berhadapan krisis akibat covid-19 untuk memimpin sebuah kerajaan yang boleh mengatasi krisis itu," katanya.

Sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong itu antara lain menyebut tentang peranan institusi itu dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keamanan negara.
Sebelum ini, Istana Negara memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membawa kepada Raja-Raja Melayu semua pandangan yang disuarakan oleh ketua-ketua parti politik kepada baginda sejak seminggu lalu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 02:50 PM | Show all posts
bagi la peluang dekat PM sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju !!!! Since dia kata SOP nk longgar lepas kes bawah 4k iols rs abahcow ni mmg otak sembab dan lembab persis wajahnya… Takdak 1 benda pun boleh percaya dgan pengkhianat ni. Punya la byak dia kencing. Pkp lg sekali x mungkin berlaku la, tiada pkp selepas 4 februari la, keadaan terkawal la, tiada perancangan laksana pkp pd hari raya, dh cucuk vaksin boleh rentas negeri etc hujong2 semua cam hanat….menteri lantikan dia plg ramai dlm sejarah kabinet semuaaaaa takdak function, mengabehkan duit buat byr gaji buta jah !!

Tu la dlu acah2 terror ala2 game of thrones dpt sailang che det, ujong2 tahikkkkk jua
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:54 PM | Show all posts
So letak PM baru so kes turun...????
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingt tahun lps bln 3 full lockdown smpi kerajaan kena keluar duit bilion2 utk recover damage, moratarium lg.

Soalan aku simple je. Apa hasil?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:56 PM | Show all posts
tungkai replied at 16-6-2021 02:54 PM
So letak PM baru so kes turun...????

Ini persoalan yang penting.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2021 02:57 PM | Show all posts
bolehlah lantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai PM interim
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:03 PM | Show all posts
then ape masalah remain je dgn PM skrg..
dh stabil nnt ,korg nk buat pru ke.. buat langkah seharton 2.0 ke..
mampuih kt hampa.. ni tgh2 kes mencanak pn..dok kalut PM,PM..
tuaa pon bodoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 03:05 PM | Show all posts
tungkai replied at 16-6-2021 02:54 PM
So letak PM baru so kes turun...????

Letak Abah bulan Oktover baru boleh keluar sarang.

Nak tunggu turun 500 kes?

Silap2 kita raya Krismas.



Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:11 PM | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 16-6-2021 03:03 PM
then ape masalah remain je dgn PM skrg..
dh stabil nnt ,korg nk buat pru ke.. buat langkah seharton ...



mungkin Ku Li nampak macam PM skrg ini gagal dalam tugasnya bagi mengatasi masalah covid.
kejap2  mencanak, menurun,mencanak, menurun..pkpp,pkp,pkpp,pkp.....nmpk macam tiada kesudahan.
rakyat semakin menderita, terutama yg berkerja sendiri, peniaga2 kecil dll.


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau letak PM baru hari ni, the next day dah boleh balik kampung ke? #sistanyaje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2021 03:19 PM | Show all posts
rashiman replied at 16-6-2021 02:57 PM
bolehlah lantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai PM interim

aku setujuk
like! like! like!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ganti PM baru,  covid terus hilang ke,  mcmna?  
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:22 PM | Show all posts
rashiman replied at 16-6-2021 03:11 PM

mungkin Ku Li nampak macam PM skrg ini gagal dalam tugasnya bagi mengatasi masalah ...

keadaan mcm skrg ni.. out of control..tuka laa pm 8x sebulan pun..
kalau belum masenye..mmg takkan lenyap jgk covid ni..
so masing2 kene faham..bkn time skrg ni sbuk nk fikir kuasa..

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa jaminan kalau PM baru masallah akn selesai?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:31 PM | Show all posts
jangan kacau abah la... sibuk nk politiking
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 03:49 PM | Show all posts
ramai politaiks yg kecewa tgk keadaan semasa sebagai peluang melonjak kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ku li ni udah2 ler..bosan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang Beruk yg bodoh..udah2 la nk mainkan semtimen politik nk melantik PM baru dgn alasan COVID..

hello Yang Beruk..letak PM dari kalangan malaikat pon..belum tentu kes boleh jd 0 keesokan harinya kalo masih terdapat individu dan syarikat yg melanggar SOP..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana boleh raja2 melayu ,ydpa lantik sesuka hati pm.nanti berbalik isu sokongan mp ,parlimen .yg aku nampak realistik pm interim ,bubar parlimen .tapi masalah bubar ni  kena 60hari  je kot.mana cukup masa nak buat pru?dgn keadaan kes covid yg x stabil skrg ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.195310 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list