CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4059|Reply: 23

[Dunia] Korea Selatan berdepan masalah lambakan kamera tersembunyi ditandas awam. Skoden

[Copy link]
Post time 16-6-2021 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 16-6-2021 03:26 PM

Korea Selatan gagal tangani penularan jenayah seks digital - Laporan
Agensi
Jun 16, 2021 11:31 MYT

SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan gagal untuk mengatasi jenayah seks digital ke atas wanita yang berleluasa di negara itu, hingga meninggalkan impak besar terhadap mangsa, lapor AFP.
Rumusan itu adalah berdasarkan laporan Human Rights Watch (HRW) pada Rabu.
Korea Selatan yang merupakan ekonomi ke-12 terbesar dunia dan pendahulu dalam kuasa teknologi, masih dilihat sebagai masyarakat yag didominasi lelaki dan memiliki rekod hak wanita yang rendah.

Jenayah seks digital, atau perkongsian gambar atau video intim tanpa izin, merupakan masalah besar di negara itu.
Penggunaan ‘molka’ atau kamera tersembunyi yang dipasang di tempat awam adalah sesuatu yang biasa. Terdapat juga ‘pornografi dendam’, iaitu video aksi seks persendirian yang disebarkan oleh pasangan yang tidak berpuas hati.

Pihak berkuasa Korea Selatan dalam sistem undang-undang jenayah, yang kebanyakannya lelaki, seringkali tidak memahami atau tidak mahu menerima hakikat bahawa ini adalah jenayah serius,” ujar penulis laporan HRW itu, Heather Barr.
Pada 2019, hampir 45 peratus kes jenayah seks digital digugurkan pihak mahkamah, berbanding 19 peratus kes rompakan dan 27.7 peratus kes bunuh, dedah laporan itu.

Walaupun ada sabitan kesalahan, hampir 80 peratus pelaku pada tahun lalu hanya menerima hukuman digantung kerja, denda atau kedua-duanya.
“Jenayah ini menjadi terlalu biasa, sangat ditakuti, dan member kesan mendalam terhadap kualiti hidup wanita dan kanak-kanak perempuan,” ujar Barr.
Kamera tersembunyi disalahgunakan secara berleluasa, hinggakan pegawai polis wanita perlu kerap memeriksa tandas awam, manakala ramai wanita mengakui sedaya upaya cuba mengelak dari menggunakan kemudahan awam itu.
Seorang mangsa memberitahu Barr, dia pernah dihadiahkan sebuah jam meja oleh rakan lelaki sepejabatnya, yang kemudian diletakkan di bilik tidurnya. Hanya selepas sebulan barulah wanita itu menyedari, aksinya di dalam bilik tidur itu distrimkan secara langsung untuk tontonan lelaki itu.

Mangsa-mangsa sering dimalukan, diperdaya dan berasa diri terasing dalam masyarakat kerana masalah seumpamanya sering tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Ada antara mangsa yang tertekan lalu terfikir untuk membunuh diri, lapor HRW.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 16-6-2021 04:14 PM

Sangapnya jantan kpop. Feeling2 bukan jenayah pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Next time if ada rezeki ke Korea lepas covid lesap, haruslah berhati2 masa guna tandas awam.
Kalau kat hotel mandi dalam gelap lah kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
eeeww tengok je la reaction diorang kalau girl group datang military buat performance. asal gg datang je katanya tandas penuh tissue
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
aigooo ottokke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:38 PM | Show all posts
Bukan berita baru sebelum ni pun dah pernah ada berita yang sama dilapurkan sampai ada yang bagi tips macam mana nak tahu kalau ada kamera tersembunyi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
yg idol pun galak sgt menari pakai skirt pendek tonggeng2 bontot kat public
menari buat aksi2 ke arah seksual
xde pula drg nak sekat

yg aku xpaham, xgeli ke tgk org dlm toilet
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:42 PM | Show all posts
mclaren replied at 16-6-2021 04:18 PM
Next time if ada rezeki ke Korea lepas covid lesap, haruslah berhati2 masa guna tandas awam.
Kalau  ...

alaaa! jika nampak anu pun apa salahnya= bila dah selalu tengok nanti jadi perkara biasa je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
pelancong melayu pun ramai ke korea pakai tandas public katanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki sangap ada di mana2. Asal nampak kemaluan perempuan suda klimaks kekdahnya. Jgnkan nampak kemaluan, sedangkan nampak fake boobs pun melancap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2021 04:55 PM | Show all posts
apasal nak mengendap tandas awam
nk tgk org perempuan berak?
nak tgk jenis tahi?
lain la kalau skodeng bilik persalinan

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 05:01 PM | Show all posts
darkness replied at 16-6-2021 04:48 PM
Lelaki sangap ada di mana2. Asal nampak kemaluan perempuan suda klimaks kekdahnya. Jgnkan nampak kem ...

nampak panty di kedai lingerie pun sudak climax sis...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
gila ke ape tgk org verak kincin
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 05:13 PM | Show all posts

bila tgk pompan terkinja, tingat kat brego..

deme tak sedar ke amik gambar nihh salah???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2021 05:30 PM | Show all posts
kalau org tempatan pun hati2 nak masuk tandas awam, harap pelancong ke sana pun kena hati2

ramai wanita mengakui sedaya upaya cuba mengelak dari menggunakan kemudahan awam itu.

Mangsa-mangsa sering dimalukan, diperdaya dan berasa diri terasing dalam masyarakat kerana masalah seumpamanya sering tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Ada antara mangsa yang tertekan lalu terfikir untuk membunuh diri, lapor HRW.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 05:34 PM | Show all posts
jantan korea ngendap tino takpo sis... human right

jate melayu ngendap tino ..trus viral

korea takpo ..melayu doso
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuatnya napsu sex Korean. X padan dgn pensel IKEA. Lps tu diasah smpai tinggal separuh  plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 06:23 PM | Show all posts
tipikal jantan kategori red alert
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.445302 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list