CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1975|Reply: 13

Mawar Rashid Belajar Mengaji Di IG Live, Jadi Inspirasi Kepada Pengikut

  [Copy link]
Post time 16-6-2021 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Perkongsian pelakon Mawar Rashid melakukan aktiviti mengaji secara langsung di Instagram (IG live) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima banyak komen positif daripada netizen.


Biarpun begitu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid mendedahkan terdapat komen negatif daripada netizen yang mempersoalkan tindakannya itu.




FotoG




Pelakon berusia 26 tahun ini bagaimanapun, memilih untuk membiarkan sahaja komen tersebut kerana menganggap perkongsiannya itu turut mengajak orang lain melakukan perkara yang bermanfaat.


"Saya sedar ada juga komen negatif yang mengatakan tak perlu la mengaji kat sosial media. Kita nak mengajak orang untuk melakukan kebaikan. Semuanya bergantung pada nawaitu kita.


"Tapi tak apa... 100 orang gembira dengan perkongsian itu dan hanya seoang sahaja yang negatif. Bagi saya, janji ramai orang yang gembira sebab saya pun terima banyak DM yang sangat positif.


"Kita ajak orang buat perkara baik dalam pada masa sama kita pun akan dapat pahala. Macam Ebit Lew, dia bantu orang dan secara tak langsung mengingatkan kita untuk banyakkan sedekah juga," katanya kepada mStar.


  



Sebelum ini, penyanyi Ai Wahida mendedahkan hatinya mula terdetik untuk belajar mengaji semula selepas menonton IG live Mawar yang mengaji bersama seorang ustaz dan menjadikan aktres tersebut sebagai inspirasinya.


Dalam pada itu, pelakon filem Bu, Kasih Suci ini mengakui dia berasa terharu apabila membaca perkongsian Ai Wahida yang menjadikan dirinya sebagai inspirasi untuk belajar mengaji semula.




  



Menurut isteri kepada Raf Yaakob ini, dia menjadi seronok dan teruja untuk meneruskan kelas mengaji di laman sosial selepas mendapat maklum balas yang positif seperti itu.


"Saya terharu bila baca perkongsian Ai Wahida yang menjadikan saya sebagai inspirasi. Saya jadi seronok dan teruja untuk teruskan kelas mengaji di Instagram sebab ramai orang DM cakap seronok dapat sertai kelas itu sekali.




  



  



"Masa sebelum saya bertudung, saya ada belajar mengaji tapi berhenti lama juga. Tapi waktu itu, saya memang nak belajar untuk berhijrah menjadi muslimah yang baik.


"Bila saya mengaji secara live di IG, secara tak langsung dapat mengajak orang lain juga untuk mengaji bersama. Dalam saya kumpul pahala, dapat juga tarik orang lain kumpul pahala juga," ujarnya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 04:44 PM | Show all posts
apa yang baik kita tauladani. yang buruk kita sisih ke tepi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah la semoga istiqamah
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 05:24 PM | Show all posts
Hmmmm, wajib eh semua mende share
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 05:29 PM | Show all posts
tu pun nak tunjuk... sambal beribadah nak juga perhatian dan viewers serta buat content... sama la macam RIkote tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Baby girl dia cute..rasa nak cubit2 je pipi.dia..hahaha
Baru tau fazley ada darah indon ek..
Tapi.mmg.ada.raden ke?
Adek dia pompuan tu takde raden pung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
yg baik iols sokong..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 16-6-2021 05:48 PM
Baby girl dia cute..rasa nak cubit2 je pipi.dia..hahaha
Baru tau fazley ada darah indon ek..
Tapi. ...

fazley pun mcm x ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 16-6-2021 05:59 PM
fazley pun mcm x ada

Tu yang peliks
Adek pompuan dia classmate iols dolu..
Nama farah je kat depan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Caner dia tau dia jd inspirasi?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
I tk follow nowa danish. So yg dia tiap2 tahun claim dh khatam, dia buat mcm gini jugak , i mean baca kt igs ke live ke or just post gambar bertelekung and dgn al quran?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lg si mawar ni. Bsok2 cepat la jadi nenek muda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
immaryjane replied at 16-6-2021 09:09 PM
I tk follow nowa danish. So yg dia tiap2 tahun claim dh khatam, dia buat mcm gini jugak , i mean bac ...

Nora pakai pen

Ada tengok zizi tu baca tarannum kat fb dengan guru quran tapi subhanallah gelak gelak kita bukan guru pun rasa nak rotan main main bukan budak lagi macam tak sesuai adab depan quran depan guru.

Ni berguru live ni apa faedah dia ye nak entertain viewer ke bersilaturrahim pulak. Eh eh kan dah bersangka buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bende baik apa salahnya. Allah x pndg apa org kata. Allah pndg hati. InsyaAllah niat yg baik ada pahala disisiNya. Semoga istiqamah Mawar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.421849 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list