CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1257|Reply: 2

[Tempatan] ‘Bank in’ sajalah, kata Mokhtar Senik

  [Copy link]
Post time 16-6-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
‘Bank in’ sajalah, kata Mokhtar Senik

Mendakwa bantuan kepada sekolah-sekolah pondok dan tahfiz belum diberikan, bekas ketua ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, menyarankan penyaluran bantuan dibuat terus melalui akaun bank.

Melalui permerhatian katanya, bantuan Covid-19 kepada institusi pendidikan Islam itu belum 'diturunkan' lagi setakat ini.

"PKP (perintah kawalan pergerakan) sudah, lockdown pun dah. PKPD pun sudah.

"Katanya bajet kat atas dah lulus tapi kat bawah tak sampai lagi," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.


Kalau anda terlepas...

KOLUM | Kemudian kamu salahkan rakyat
Bagaimanapun dia tidak menjelaskan bantuan yang belum diterima itu membabitkan kawasan mana dan daripada pihak mana.

Pengasas Pondok An-Nuur di Pahang itu berkata, jika majlis penyerahan bantuan sukar dilakukan kerana prosedur operasi standard (SOP), penyalurannya boleh dibuat melalui akaun bank.

"Kalau payah nak buat majlis penyerahan kerana nak kena jaga SOP, bank in sajalah.

"Boleh juga guru yang terjejas beli beras, bukan nak nasi arab lauk kibas pun," jelas Mokhtar sambil menambah dia sedang memerhati semua pusat-pusat pengajian pondok di seluruh negara.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak bantuan yg.banyak dlm.hal ehwal Islam, bukak sekolah kat Negeri DAP yg. CM nya Cina. Lumayan semewah2 nya



https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2020/10/23/860918.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 08:41 PM | Show all posts
lobai dah mengamuk!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.053931 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list