CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32886|Reply: 301

Jodoh: Sensitiviti lambatnya kahwin

  [Copy link]
Post time 20-6-2021 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Jodoh: Sensitiviti lambatnya kahwin



Oleh Alif Fadli Bin Mohd Sori, SITI ATHIRAH DZULKIFLY, ZULQARNAIN ABU HASSAN dan FATHULLAH ABU BAKAR
20 Jun 2021, 3:00 pm


Satu isu sensitif yang cukup tabu untuk diperkatakan. Malah untuk bertanyakan soal ini juga, jawapan sama sentiasa diterima, ”belum jodohnya”. Tetapi benarlah bagai dikata, sudah lumrah hidup, soal jodoh dan rezeki adalah ketentuan Tuhan.

Siapa sahaja yang tidak mahu bermadu kasih dengan pasangan pilihan sendiri. Semua daripada kita mengimpikan keluarga yang bahagia. Namun, ada yang masih belum bertemu cinta sejati.

Berbalik kepada soal itu, Pancaindera minggu ini membedah hati dan perasaan beberapa rakan artis yang masih belum bertemu jodoh. Sama ada mereka yang enggan bertemu cinta atau masih belum ada jodohnya. Ini jawapannya.

Bukannya tidak berusaha cari jodoh – Sherry Al-Hadad

Masih belum berkahwin ketika usianya kini sudah menjengah angka 36, pengacara popular, Sherry Alhadad, menganggap soal jodoh ini adakalanya boleh menyuntik rasa sensitif bagi seseorang itu.

Pun begitu, dia tidak pernah marah apabila sering ditanya mengenainya. Sherry cuba melihat dari sisi positif kerana ternyata, sebagai seorang manusia biasa, dia juga ingin menikmati hidup sebagai seorang wanita bergelar isteri dan ibu suatu hari nanti.



“Dulu, sewaktu berumur 17 tahun, bila orang tanya nanti tahun 2020 awak akan jadi apa ya Sherry? Saya jawab dengan meramalkan diri sudah berkahwin, ada anak empat orang dan bahagia membina hidup berkeluarga.

“Tapi bila masuk tahun 2020, semuanya jadi lain ya? Terus-terang, bukannya saya tak risau bila masuk usia begini masih belum ada suami. Malah, jangan salah sangka dengan melabel wanita bekerjaya pula susah nak bertemu jodoh sebab semua itu urusan Tuhan.

“Saya tak fikir kerana diri seorang wanita bekerjaya di pentas glamor maka lelaki takut nak mendekati. Tak semestinya. Usaha saya tidak semua orang tahu atau perlu tahu bukan? Tak akanlah nak canang pula,”katanya.

Melihat banyak asbab dan hikmah tersendiri dia masih belum berkahwin, Sherry yakin, ia adalah satu petanda bahawa Allah SWT mahu dia memperbaiki diri selain berbakti lebih kepada keluarga.

“Bagi saya, lebih baik kita positif sahaja sebab adakala perkahwinan itu bukan satu kemestian. Jika belum sampai jodoh, nak buat macam mana? Nikmati saja hidup ini dengan menggembirakan hati sendiri.

“Kadang-kadang tak berkahwin itu bukan satu masalah, sebaliknya sudah berkahwin pula wujud masalah. Kita tak tahu dan tiada jaminan bukan?

“Apa pun, terima kasih pada semua yang sentiasa mendoakan saya untuk bertemu jodoh. Cuma, satu harapan saya, andai Tuhan menemukan saya dengan seseorang, biarlah lelaki tersebut menerima saya sebagai Shariffah Mariam seadanya,”katanya.

Masing-masing ada cerita sendiri – Azhan Rani

Agak sukar untuk membuka mulut menjawab persoalan ini, bagi pelakon, Azhan Rani, masing-masing mempunyai cerita sendiri apabila bercakap soal jodoh belum sampai. Bukan menolak, tetapi sudah ketentuannya begitu.

“Siapa tidak mahu berkeluarga? Kadang-kadang saya lihat, ada yang tidak bersyukur dengan anugerah keluarga yang dimiliki. Saya pernah terfikir, lebih baik beri sahaja keluarga itu kepada saya.

“Ramai yang cakap untunglah popular, jadi artis. Tetapi bagi saya, untuk memiliki keluarga itu adalah anugerah yang mungkin tidak semua miliki. Jadi bersyukurlah. Bukan saya tak mahu kahwin tetapi, ada ceritanya,” katanya.



Tidak menolak jika bertemu jodoh akan datang, baginya jika itu ketentuannya jadi dia menerimanya. Namun, wanita tersebut perlulah memahami dan menerima dirinya seadanya sebelum berkahwin.

“Kalau Tuhan nak bagi, saya terima. Tetapi jika tiada, juga saya reda. Ada benda yang saya ada orang tidak ada. Ada benda orang lain dapat, saya tidak dapat. Tuhan Maha Adil kan?” katanya.

Hefny takut dipermainkan

Menginjak usia 34 tahun, pengacara dan pelakon tampan, Hefny Sahad, masih berstatus bujang.

Bukan ‘hilang nafsu’ untuk bercinta lagi, tapi rasa takut masih menghimpit diri selepas beberapa kali gagal dalam perhubungan cinta dahulu.

“Sejujurnya belum jumpa calon yang sesuai, apatah lagi nak melewati fasa perkenalan itu dah penat. Tambah pula rasa takut dipermainkan dan kecewa itu kadang-kadang terbit, betulkah saya ini pilihan mereka?

“Sebelum ini memang ada kriteria dan sasaran berkahwin. Sekarang ini, cukuplah dapat yang ‘sekepala’ dan sedap di pandangan mata.

“Tetapi tidaklah juga bercinta selepas nikah. Kenal dalam dua ke tiga bulan, sama-sama selesa dan ada rasa karisma, ayuhlah ke jenjang pelamin. Saya pun ada perasaan nak berkeluarga juga,” katanya.



Tambah pengacara Borak Kopitiam itu, usia bukan penghalang dalam menjalinkan hubungan dan perkahwinan.

“Saya juga sejujurnya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab bergelar suami itu. Andai ada rezeki bergelar bapa, semestinya juga saya bersedia,” katanya.

Siapa tak mahu kahwin? – Farahdhiya

Pelakon dan penyanyi, Farahdhiya tidak memerlukan masa bertahun untuk mengenali seseorang jika sudah berjumpa lelaki baik dan membuatkan dirinya rasa ingin berkahwin.

“Siapa yang tidak mahu kahwin, sebenarnya cukup jika jumpa lelaki yang baik dan membuatkan saya rasa nak berkahwin. Saya tidak perlukan masa bertahun untuk mengenali seseorang itu.

“Saya juga tidak mahu membazir masa. Jadi, saya boleh berkahwin bila-bila masa sahaja bila sudah berjumpa orang yang tepat,” katanya.



Bagi mengenali Farahdhiya lebih mendalam, dia tidak pernah meletakkan apa-apa kriteria terhadap seseorang lelaki untuk dijadikan pasangan hidupnya.

“Kalau kita dah berjumpa seseorang dan sesuai dengan dia, saya tiada masalah untuk mengenali dia secara mendalam.

“Cuma saya akan memandang kebersihan dahulu, elakkan lelaki yang pemalas serta lelaki yang kerap keluar kerana saya gemar duduk di rumah sahaja,” ujarnya.

Sempat berseloroh, Farahdhiya berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melambatkan jodohnya kerana masih berkurung di rumah.

Dalam pada itu, dia turut memberitahu bahawa rakan-rakannya ada yang menasihati supaya cepat mendirikan rumah tangga. Tetapi, dia lebih selesa untuk mencari sendiri pilihan hatinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 03:31 PM | Show all posts
Faradhiya ni terkejot gak x dpt2 jodoh idaman. Dia cantik, body perfect, rajin masak tapi takde VIPs ke pinang?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki takpa... Pompuan kahwin lambat takut susah dpt anak.. Itu je.. Cam maya dah masuk 42 x kahwin after divorced
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk tajuk, ingatkan ipan yg bukak benang
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam Azhan Rani cakap don't judge. Ada la sebab masing2 tu. Bukan tak doa, usha ke apa, dah belum ada jodoh redha je la, Tuhan maha adil.

Btw, azhan rani tu jaga mak dia, selalu up bawak situ sini. Dulu suka dia ni, tapi sejak sikit2 meroyan terus turn off.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
belum jodohnya lagi, insyaAllah akan hadir jodohnya jika sudah tertulis begitu,  betul apa yg mereka semua cakap, rezeki jodoh ajal maut semua sudah tertulis, kita hnya berusaha dan berdoalah kepada Allah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2021 04:38 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 20-6-2021 03:50 PM
Tgk tajuk, ingatkan ipan yg bukak benang

Haha...sama assumption kita
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 04:43 PM | Show all posts
imanjannah replied at 20-6-2021 04:07 PM
belum jodohnya lagi, insyaAllah akan hadir jodohnya jika sudah tertulis begitu,  betul apa yg mereka ...

Doakn yg trbaik utk iol jugak, sbb dh 30 thun tpi blum ada jodoh & pkrjaan ttap lgi. Smuanya tngh mncri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 20-6-2021 04:43 PM
Doakn yg trbaik utk iol jugak, sbb dh 30 thun tpi blum ada jodoh & pkrjaan ttap lgi. Smuanya tngh  ...

Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
fealefea replied at 20-6-2021 03:31 PM
Faradhiya ni terkejot gak x dpt2 jodoh idaman. Dia cantik, body perfect, rajin masak tapi takde VIPs ...

Ai rasa ada je tu..  cun dan body pun getah.. tp maybe tak memenuhi piawaian beliau... memilih ke apa ke ok je no prob.. yg nak bahagia dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku positif aje bab2 kahwin ni. Dapat tau ada kwn2 yg umur dah 40an ni pun masih single. Tapi dia x fikir kot yg untungnya dia sebab boleh ada bnyak masa dgn orang tua, ada harta sendiri ada kerja yg dah stabil n bagus, boleh travel sana sini tanpa sibuk2 fikir anak2 n laki kat umah
Jodoh cepat @ lambat syukur aje apa adanya..semua tu rahsia Dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 05:41 PM | Show all posts
oo ingatkan hefny dah pernah kahwin sebelum ni. Hemsem heshe ni. Mohon hefny kawen dengan sherry tiber la kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 20-6-2021 05:41 PM
oo ingatkan hefny dah pernah kahwin sebelum ni. Hemsem heshe ni. Mohon hefny kawen dengan sherry tib ...

Hefny kn dulu kapel dgn uqasha kejap...pastu putus trus x berpacaran dh kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahla.. kalau member2 ada yg single lagi mmg ku takkan tanya apa2.. nak bujang sampai ke tua ke aku hormat je member2 aku. Dorang taknak kawin bukan kita tau apa masalah dorang, kadang masalah nafsu, tak jumpa yg serasi berkenan di hati. Drpd main pilih je jantan taguna better la dorang single happy2 travel sana sini enjoy free life. Cuma nya time raya tgk mmber berfamily upload gambar laki bini anak beranak agak sedih disitu bagi depa
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 20-6-2021 04:58 PM
Aku positif aje bab2 kahwin ni. Dapat tau ada kwn2 yg umur dah 40an ni pun masih single. Tapi dia x  ...

dan skrg xpening2 ajr ank2 pdpr kat rmh hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mana dayang? adibah noor dan plh tersohoooor.. jekpar on
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik bawang sgt soalan mcm ni nak ditanyakan pada artis.. dah la orang yg single ni bertahun2 nak kena menjawab dgn mak pak, makcik pakcik, sepupu sepapat, anak jiran, anak makcik kantin....

iols ok je dgn kawan2, family member yg single.. kalau dh lama tak call & text, tak perlu nak highlight iols bz menguruskan anak & family.. kalau lepak minum2, makan2 ke (before covid) banyak lagi topik boleh borak.. unless diorang yg buka mulut cakap pasal jodoh..

I vote utk happiness.. kawin tak kawin tu rezeki Allah beri.. tp kalau tak kawen sebab ada mumia gula kaya atau ayah gula kaya tu iols tak campur la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pompuan mesti sbb x buat bodo2
Tu yg lambat kawen/lom kawen

Kalau lambat dpt anak pun kena cerca mandul
X kira la org tu perampas ke ape....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sensitivity yang ditanya ke yang menanya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat bertemu jodoh kepada mereka yg belum Berkahwin dan semoga Dipermudahkn segala urusan.Aamiin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.081000 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list