CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6351|Reply: 39

Lelaki sering bagi buaya makan dilaporkan hilang di Indonesia

  [Copy link]
Post time 20-6-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
LUAR NEGARA TERKINI


Oleh Media Mulia
20 Jun 2021, 4:00 pm
Share on facebook

JAKARTA: Seorang lelaki yang sering memberi makan kepada buaya di Bangka Belitung dilaporkan hilang.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Juperi Ahmad, 53, yang bekerja sebagai penjaga pintu air di Rawa Sungai Desa Dukong, Belitung Timur disyaki dibaham binatang buas tersebut.

Sebelum dilaporkan hilang, kelibat Juperi tidak kelihatan di tempat kerjanya ketika rakan-rakannya mula pulang.

Lelaki itu didakwa menjadi orang terakhir berada di muara sungai.

Ketua Pejabat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Pangkalpinang, Fazzli memberitahu, pencarian akan terus dilakukan selama beberapa hari akan datang.

Katanya, kawasan tersebut diketahui dihuni banyak buaya.

Menurut rakan Juperi, lelaki itu sering memberi makan kepada buaya yang timbul di permukaan air.

Bahkan, dia juga melarang rakan-rakannya mengusir binatang buas tersebut.

Juperi percaya, dengan memberi makan, binatang buas itu tidak akan mengancam manusia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu dibunuh & dibedah pulak buaya tu........
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin diberi makan, makin jinak lerr depa.. pastu bila tak dpt mkn, kena baham..

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah ni seumpama bidalan binatang makan tuan..walaupun bukan dia tuan empunya buaya tu. Begitu juga dgn ular sawa, ada kawan citer, ada member dia bela ular sawa, siap tido satu bilik lagi dengan ular sawa tu, satu malam ular sawa tu dah tak tido dalam keadaan menggulungkan badannya, tapi ular sawa tu tido straight je, kalau tak sebelum ni ular sawa tu tido bergulung je, ular sawa tu pun tak nak makan langsung, si tuan berasa hairan lalu berjumpa dengan veterina dan menceritakan tentang ular sawa perliharaannya, veterinar tu cakap yg ular sawa tu nak makan tuannyer sebab tu ular sawa tu tido straight sebab nak ukur kepanjangan saiz tuan nya untuk dingap dan tak mau makan sebab nak simpan perut tu utk makan tuannya, so veterinar tu nasihatkan supaya jgn bela dah ular sawa tu kalau tak nak kena ngap, so si kawan tu pun balik dan buang la si ular sawa tu, buang kat mana tu tak tau la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Lavender85 at 20-6-2021 09:53 PM
iraizz replied at 20-6-2021 09:16 PM
Kisah ni seumpama bidalan binatang makan tuan..walaupun bukan dia tuan empunya buaya tu. Begitu juga ...


aduii seramnyaaaa . anyway , teringat youtuber yg selalu bagi makan buaya . Semoga dia selamat selalu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender85 replied at 20-6-2021 09:52 PM
aduii seramnyaaaa . anyway , teringat youtuber yg selalu bagi makan buaya . Semoga dia selamat s ...

Riska tu nama buaya tu ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 20-6-2021 10:05 PM
Riska tu nama buaya tu ke?

Ye sis... Yg pasti bukan friska a.k.a trisna
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 20-6-2021 10:18 PM
Ye sis... Yg pasti bukan friska a.k.a trisna

Mujur bukan friska
Hahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
iraizz replied at 20-6-2021 09:16 PM
Kisah ni seumpama bidalan binatang makan tuan..walaupun bukan dia tuan empunya buaya tu. Begitu juga ...

mujurlah x sempat kena ngapp. Dulu ada terbaca, x ingat kat forum ni @ dr sumber lain. Omputeh, muka dah lah helokk tapi mati kena ngapp dgn ular yg dia bela sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender85 replied at 20-6-2021 09:52 PM
aduii seramnyaaaa . anyway , teringat youtuber yg selalu bagi makan buaya . Semoga dia selamat s ...

Baru tgk petang tadi. Memang cantik betul buaya tu dekat2. Siap paham bahasa lagi.

Nama boya tu Riska tapi dipanggil puteri.  Tok Ambo ni bagi maka dari boya tu kecik lagi. Umur boya tu 23 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
iraizz replied at 20-6-2021 09:16 PM
Kisah ni seumpama bidalan binatang makan tuan..walaupun bukan dia tuan empunya buaya tu. Begitu juga ...

Haiwan liar sememangnya bukan utk dibela suka-suka (walaupun mampu sekalipun) melainkan atas sebab2 tertentu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender85 replied at 20-6-2021 09:52 PM
aduii seramnyaaaa . anyway , teringat youtuber yg selalu bagi makan buaya . Semoga dia selamat s ...

Hahaha! Nampak nama Riska tu teringat Friska!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 20-6-2021 10:40 PM
Haiwan liar sememangnya bukan utk dibela suka-suka (walaupun mampu sekalipun) melainkan atas sebab ...

Yistana johor ada bela buaya dari zaman Sultan Iskandar lagi dh ada.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 20-6-2021 10:48 PM
Yistana johor ada bela buaya dari zaman Sultan Iskandar lagi dh ada.

Kalau bela dari kecik, tak reti cari makan , tak reti berdikari memang kenalah bagi makan selagi hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 20-6-2021 10:51 PM
Kalau bela dari kecik, tak reti cari makan , tak reti berdikari memang kenalah bagi makan selagi h ...

Owh gitu,  tapi tak nampak keperluan memelihara haiwan liar ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 20-6-2021 10:05 PM
Riska tu nama buaya tu ke?

ha ah nama buaya tu. kdg2 panggil puteri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2021 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 20-6-2021 10:37 PM
Baru tgk petang tadi. Memang cantik betul buaya tu dekat2. Siap paham bahasa lagi.

Nama boya t ...

kan.. ada time dia kelip2 mata mcm bermanja. Lepastu ada satu kali dia ikut je pakcik ni mcm xnk pakcik ni balik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Haiwan jinak boleh bela. Haiwan liar tak boleh bela. Simple je formulanya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 20-6-2021 10:55 PM
Owh gitu,  tapi tak nampak keperluan memelihara haiwan liar ni.

Kalau nak pupus , perlu gak dibiak, so kena masuk tempat khas macam zoo atau sanctuari sebab nak elak ditangkap sama ada oleh pemburu atau haiwan pemangsa atau penyakit. Kalau dah byk biak dah stabil kena lepas sikit2 balik ke tempat asal.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Lavender85 replied at 20-6-2021 11:26 PM
kan.. ada time dia kelip2 mata mcm bermanja. Lepastu ada satu kali dia ikut je pakcik ni mcm xnk p ...

Kadang-kadang kalau tgk haiwan buas boleh jinak dengan manusia kan , dalam banyak2 hal , iol terpk satu , mungkinkah mereka2 ni keturunan susur galur Nabi Sulaiman a.s. Mereka2 ni macam ada satu kebolehan berbicara dengan haiwan secara alami. Bahasa mudahnya , macam bakat turun temurun.

Uol pernah tgk Kevin Richardson? Singa liar first time jumpa dia pun boleh tunduk walaupun belum  jinak.

Kawan arwah ayah iol dulu, pergi mana2 hutan monyet2 akan tunduk dgn dia, lagi2 monyet alpha aka ketua monyet. Dia pun pelik sbb bukannya bekerja atau bergelumang dengan haiwan lagi2 monyet, kerja rutin opis sampai pencen. Macam gifted gitu dan orangnya mmg baik pekerti.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.076918 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list