CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1313|Reply: 1

Itali pasang hajat besar ke Wembley

[Copy link]
Post time 22-6-2021 06:21 PM | Show all posts |Read mode

PARA pemain Itali meraikan kejayaan melangkah ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Wales 1-0 pada saingan Kumpulan A, Euro 2020 di Stadio Olimpico, Rom awal pagi semalam. – AFP

Itali pasang hajat besar ke Wembley

ROM – Ketua jurulatih Itali, Ro-berto Mancini mengakui puas selepas menyaksikan anak-anak buahnya merekodkan kemena-ngan bersih pada saingan peringkat Kumpulan A, Euro 2020 sekali gus meraih mata maksimum de-ngan menewaskan Wales 1-0 awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadio Olimpico, skuad The Azzuri yang berjaya mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati lebih awal telah merombak sebahagian besar kesebelasan utamanya dan berjaya meraih kemenangan hasil gol tunggal Matteo Pessina pada minit ke-39.

Kata Mancini, kualiti yang dipamerkan oleh pasukannya secara keseluruhan cukup menakjubkan kerana keputusan itu membuktikan bahawa semua pemain Itali memiliki kualiti walaupun menukar lapan pemain dalam kesebelasan utama.

“Meskipun saya membuat keputusan untuk merombak pasukan dengan memasukkan lapan pemain yang sebelum ini hanya memanaskan bangku simpanan, corak permainan kami tidak berubah dan lebih membanggakan turut meraih kemenangan.

“Tumpuan tidak hanya diberikan pada aspek menyerang, sebaliknya pertahanan yang cukup kebal dan saya sangat berpuas hati memandangkan kami masih lagi belum dibolosi sepanjang kempen Euro 2020 kali ini.

“Kini, kami perlu menunggu siapakah lawan di pusingan kalah mati dan saya harap venue di Stadium Wembley, London dapat terus memberi tuah buat pasukan yang berharap untuk melangkah jauh kali ini,” kata Mancini.

Sementara itu, pemain tengah Itali, Marco Verrati percaya keputusan Mancini untuk meletakkan skuad kedua adalah tepat sekali gus menjadi bukti bahawa semua 26 pemain yang disenaraikan pada Euro 2020 kali ini memiliki peranan cukup penting.

“Apa yang jurulatih (Mancini) lakukan boleh menaikkan motivasi semua pemain kerana kami percaya setiap individu memiliki peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk memberi yang terbaik tidak kira sebagai pemain simpanan atau kesebelasan utama,” katanya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2021 09:13 PM | Show all posts
italy ni meme ada peluang dgn skuad yg agak bagus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062799 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list