CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1075|Reply: 3

Kes turun dua digit di Terengganu bukan lampu hijau abai SOP

[Copy link]
Post time 22-6-2021 11:38 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Terengganu: Trend penurunan kes positif Covid-19 kepada hanya dua digit di Terengganu selama 11 hari berturut-turut (sejak 11 Jun) bukanlah 'lampu hijau' untuk penduduk di negeri ini mula mengambil remeh pematuhan prosedur operasi standard (SOP).


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, ia berikutan masih wujud kluster baharu antaranya di mukim Serada di daerah Kuala Terengganu iaitu Kluster Beladau Selat dan Kluster Tanjung Ketum.


"Melihatkan trend penurunan ini, mungkin ramai yang berharap kita akan mencapai angka sifar dalam sedikit masa lagi. Kita pun berharap begitu. Tetapi kluster baharu sentiasa wujud dan penularan pula masih berkisar kepada jangkitan keluarga yang besar.


"Akhirnya Covid-19 menjangkiti rakan sekerja dan kontak sosial. Ini menunjukkan masih ada pertemuan antara beberapa keluarga dan pematuhan SOP di tempat kerja pula masih longgar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Sehingga kini, 75 kes positif Covid-19 telah dikesan daripada dua kluster tersebut dan aktiviti saringan bersasar masih dilakukan.


Tambah Dr Nor Azimi, situasi Covid-19 di Terengganu boleh dikatakan berjaya dikawal apabila hanya melaporkan kes harian satu angka dan tiada lagi kluster baharu yang wujud dalam tempoh seminggu.


"Namun, untuk mencapai matlamat ini kita perlukan kerjasama semua pihak termasuk penduduk agar tampil membuat ujian calitan sekiranya diarah berbuat demikian.


"Malangnya, masih ada yang enggan menyebabkan pihak berkuasa perlu datang dari satu rumah ke satu rumah untuk menjemput mereka membuat ujian calitan sedangkan perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika penduduk memberi kerjasama penuh untuk memutuskan rantaian Covid-19 secepat mungkin," katanya.


Tambahnya, pematuhan SOP perlu sentiasa diamalkan untuk mencapai angka satu digit sahaja kes positif dalam masa terdekat.


Semalam, Terengganu merekodkan pertambahan 18 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kes aktif ketika ini ialah sebanyak 449 kes.


Sumber : harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sop tu sop jugak..kalau dah 3 minggu takde income...ko nak antar beras ke kat umah..vodoooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:04 AM | Show all posts
Edited by MontanaHannah at 23-6-2021 12:05 AM

Takziah dan kepala butohhh kepada semua  yang cucuk vaksin corona .



Mengarut sangat bila asyik nak  buat sekatan sana ,sekatan sini

vaksin pun xboleh cegah jangkitan dan menjadi pembawa


so whatttttttttttt???

ko nak apa sebenarnya

biarlah rakyat  teruskan kehidupan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru2 ni ada kematian sedara dekat tganu so my mum pun minta surat polis nk rentas negeri dari selangor.. sampai sana my mum terkejut giler tganu dah jadi bandar mati.. mall & pasar semua tutup.. sorg manusia pun x nampak atas jalan mmg dorg betul2 patuh mco duduk rumah x berani keluar langsung..

mmg berbeza jauh la dgn mco dekat selangor ni.. iols rasa mcm x lockdown jer kat sini still kete byk atas jalan dgn org keluar sana sini berpusu2.. patut la kes dekat selangor paling byk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.062627 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list