CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6875|Reply: 49

[Tempatan] Dakwaan KJ vaksin dibolot negara maju adalah bohong-Duta EU

[Copy link]
Post time 23-6-2021 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 23-6-2021 12:54 PM



Duta nafi dakwaan KJ - 'EU bolot, vaksin tak cukup'

Diterbitkan 23 Jun 2021, 10:27 am
Dikemaskini 12:22 pm

*Artikel ini dikemas kini dengan menambah latar belakang tentang pembolotan vaksin dan pembelian vaksin oleh EU dan Malaysia.
Kesatuan Eropah (EU) hari ini menafikan tuduhan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick), Khairy Jamaluddin bahawa blok itu membolot vaksin Covid-19.

Menurut Khairy pada 21 Jun lalu, kerajaan tidak dapat membuka pusat pemberian vaksin (PPV) mega lebih awal bagi mempercepat pemvaksinan penduduk berikutan bekalan vaksin ketika itu tidak mencukupi.

Duta EU ke Malaysia Michalis Rokas berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali, sebaliknya berkata EU amat prihatin dalam isu berkenaan.

“Untuk makluman anda, segala permintaan daripada kerajaan Malaysia berhubung agihan vaksin ke negara ini sudah pun diluluskan tanpa masalah oleh Sekretariat EU,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Program Sokongan Respons Covid-19 Asean-EU kelolaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di negara ini, seperti dipetik Kosmo Online.

Berdasarkan laporan Bernama, Rokas dilaporkan berkata EU telah meluluskan eksport kira-kira lima juta dos vaksin Covid-19 bagi membantu Malaysia mempercepatkan Pick.


Duta EU ke Malaysia Michalis Rokas.


Menurutnya, jumlah sehingga 15 Jun menunjukkan sejumlah 4.87 juta dos Pfizer-BioNTech dan 560,000 dos AstraZeneca telah dihantar ke Malaysia dan ia diperolehi menerusi skim Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax).

“Kesemua eksport yang diminta oleh Malaysia telah diluluskan segera, iaitu dalam tempoh dua ke tiga hari dan telah diberikan kelonggaran atas sebab kecemasan pandemik,” katanya.

Rokas berkata demikian, sehari selepas Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengeluarkan kenyataan membidas ketidakadilan bekalan vaksin dan tindakan negara-negara yang katanya membolot bekalan vaksin Covid-19.

Mengulas artikel ulasan Utusan Malaysia yang membandingkan program vaksinasi antara Malaysia dan Hungary, Khairy mendakwa negara-negara EU membolot bekalan vaksin, berkali ganda lebih banyak berbanding jumlah rakyat.

“Adakah anda sedar Hungary adalah sebahagian daripada EU? Dan EU telah berunding dengan pembekal vaksin secara pukal dengan kuasa pembeli EU.

“Dan juga antara kilang-kilang yang mengeluarkan vaksin berada di EU, jadi mereka telah membolot vaksin dengan lebih awal lagi.

“Sedangkan negara-negara Asia termasuklah negara Jepun - negara yang sudah maju - sangat terkebelakang berbanding dengan negara-negara EU, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, dan sebagainya,” katanya.

'Pembelian terus negara kaya jejaskan Covax'


Disember lalu, People's Vaccine Alliance berkata negara-negara kaya membolot vaksin Covid-19, dengan membeli lebih stok daripada yang mereka perlukan.

Negara-negara kaya yang terdiri daripada 14 peratus populasi dunia, membeli sehingga 53 peratus bekalan vaksin, kata perikatan pertubuhan tersebut, termasuk Oxfam dan Amnesty International.

Satu kajian daripada Universiti Duke turut melihat perjanjian antara negara-negara kaya dengan pengeluar vaksin, disebut perjanjian pembelian awal, menjejaskan rancangan Covax untuk pengagihan vaksin yang adil.

Para pengkaji mendapati negara-negara seperti Kanada dan United Kingdom menempah bekalan vaksin yang lebih daripada cukup untuk meliputi keseluruhan populasi sementara EU membeli beratus juta dos.

Kebanyakan vaksin yang diberikan di Kawasan Ekonomi Eropah adalah daripada Pfizer-BioNTech.

Suruhanjaya Eropah pada April berkata lebih 80 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech telah diberikan di EU.

Ia turut menandatangani perjanjian dengan Pfizer-BioNTech untuk penghantaran 1.8 bilion dos antara 2021 dan 2023.

Berbeza dengan trend EU, di Hungary pula, 36 peratus vaksin yang diberikan adalah daripada Sinopharm berbanding 32 peratus daripada Pfizer-BioNTech.

Bulan lalu, Hungary menarik diri daripada perjanjian EU dengan Pfizer-BioNTech, dan lebih memilih untuk membeli daripada sumber-sumber yang lain.

KJ: Tempahan Malaysia tertangguh

Sebelum ini, Khairy mendedahkan bahawa Malaysia mengalami kelewatan bekalan, termasuk 2.5 juta dos vaksin yang kini dijangka tiba bermula Julai ke hadapan.

Dos-dos itu termasuklah dua juta daripada Pfizer-BioNTech dan 500,000 daripada Sinovac, kata Khairy dalam satu sidang media pada Mei.

Malaysia juga masih menunggu 6.4 juta dos yang dibeli daripada AstraZeneca, sebagai tambahan kepada vaksin AstraZeneca yang diterima menerusi fasiliti Covax, kata Khairy.

Khairy turut memberi jaminan bahawa Malaysia akan mempunyai bekalan yang cukup untuk memastikan 80 peratus populasi negara divaksin menjelang Oktober.

Sementara itu, pada acara maya semalam, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata Malaysia akan bekerjasama dengan EU dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

Jelas Adham, tumpuan akan diberikan terhadap pengurusan dan tindak balas Covid-19, selain menguatkan kesiapsiagaan kecemasan dan kapasiti sistem keselamatan secara keseluruhan.

Turut hadir pada acara maya itu adalah wakil WHO di Malaysia, Brunei, dan Singapura Dr Lo Ying-Ru Jacqueline; serta pegawai teknikal dan pengurusan program, pejabat wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura Dr Paul Soo.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 23-6-2021 01:19 PM

Dia umpame dewe penyelamat Covid buad para wanita yang dambakan keOxfordan beliyau ittew..  Takde sape nak join ko kutok dia kat topik ney.  Nampak je nama dia teroih pakat usap pepek ja pon..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:35 PM | Show all posts
vaksin terhalang masuk
ivermectin tak boleh pakai
harap darurat & PKP shj utk kawal covid
bijak bijak...

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah kena..kj bodoh ni sukasuki je buat fitnah semata2 nak tutup kelemahan dia jadi menteri vaksin plg lembab dan x kompeten dlm dunia
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
KJ nak jadi bakal PM?

Urus vaksin pun tak jujur, tak efisyen, tak kreatif…jangan uols berangan
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:58 PM | Show all posts
Then explain why not only Malaysia but majority of Asia countries are still lacking in getting vaccine supply?

[img]blob:https://ourworldindata.org/ffb1ff7a-97b6-4cad-b49f-920a0570c338[/img]

blob:https://ourworldindata.org/ffb1ff7a-97b6-4cad-b49f-920a0570c338
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
percaya je kj cakap.. tak semua pasal hal ehwal negara org awam faham.. maybe kj geram sgt tu yg terlepas ckp tu.. kj pun stress dgn vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 03:07 PM | Show all posts
KJ is doing just fine...to haters, shut the f*** up...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2021 05:01 PM | Show all posts


'Apa jadi pada 5 juta vaksin dari Eropah?'

Diterbitkan 2 jam lepas


Menteri Khairy Jamaluddin digesa menjelaskan status lima juta dos vaksin yang didakwa Eropah telah dihantar ke Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata penjelasan ini diperlukan kerana duta Kesatuan Eropah (EU), Michalis Rokas telah menafikan tuduhan Khairy bahawa EU membolot vaksin Covid-19.

"Sekiranya EU tidak membolot vaksin seperti yang didakwa oleh Khairy, ini menimbulkan pertanyaan penting mengenai apa yang terjadi pada 5 juta dos itu dan bagaimana ia diagihkan dan digunakan untuk rakyat Malaysia," kata Lim.

Semalam, Rokas mengatakan angka pada 15 Jun menunjukkan bahawa 4.87 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech dan 560,000 dos vaksin AstraZeneca telah dihantar ke Malaysia, melalui skim Covax.

Proses kelulusan, kata Rokas, memakan masa paling lama tiga hari.

Rokas menanggapi tuduhan oleh Khairy bahawa bekalan vaksin Malaysia dari Eropah ditangguhkan, sementara negara-negara seperti UK mempunyai cukup vaksin untuk disuntik kepada penduduknya beberapa kali.


Pada 21 Jun, 18.73 peratus daripada sekitar 23.41 juta orang dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Putrajaya berhasrat untuk memvaksinasi 80 peratus penduduk akhir tahun ini.

Lim berkata, Putrajaya tidak harus menyalahkan pihak lain kerana program vaksinasi yang perlahan dan sebaliknya mengakui kelemahan dalam proses pemerolehan.

"Dan yang paling baru disalahkan adalah EU yang kemudian menafikan dengan fakta dan angka bahawa tuduhan itu tidak berasas.

"Sekiranya ini adalah yang terbaik yang dapat dilakukan oleh PN, maka ada sebab untuk hilangnya keyakinan dan defisit kepercayaan masyarakat," kata Lim.

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 05:11 PM | Show all posts
  1. “Untuk makluman anda, segala permintaan daripada kerajaan Malaysia berhubung agihan vaksin ke negara ini sudah pun diluluskan tanpa masalah oleh Sekretariat EU,”
Copy the Code


Diluluskan dgn "segera" tu aku setuju....dia blh luluskan dgn sekelip mata pun aku percaya...isunya sekarang delivery...did they delivered ASAP selepas kelulusan tu tak?

As for Khairy punya statement...dia jugak kena bgtau bila permohonan tu di buat dan berapa lama masa diambil utk deliver vaksin tu ke sini.

Aku secara peribadi tak heran kalau kita dpt lambat...kita bkn buat vaksin, negara pembekal ada hak nak jual atau tak ke mana2 pihak yg mintak, ini bkn masalah duit.

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 05:14 PM | Show all posts
LGE tak payah nak main sentiment lah....rakan2 DAP dia tu cthnya MP Kepong tau cerita sebenar...diaorg dah duduk semeja dgn KJ, blh jugak refer PAC kalau tak puas hati sgt...cuba desak ahli MP pembangkang yg jadi anggota PAC tu bukak mulut
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 05:15 PM | Show all posts
Lulusa itu sudah pasti tetapi sedang menimbangtara beberapa kos yang mungkin ditimbulkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-6-2021 01:17 PM
Dia umpame dewe penyelamat Covid buad para wanita yang dambakan keOxfordan beliyau ittew..  Takde sa ...

Euuuuww geli membayangkan. Dulu dia pernah dalam flight kaka,perasan handsome macam crew nak ngorat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Org politik ni klau x membohong bkn ahli politik le kekdahnya....sdgkan hadi yg berserban pun berbelit2 keluar fatwa janji parti dia je yg betul
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 06:05 PM | Show all posts
sgor punya la champion tiap2 hari kes plg tinggi kat mesia

tp yg dah dapat vaccination only 17%

apa ketahiyan yini KJ oii?

toksah main politaiks la time2 gini.. sok kes dah turun, haa masa tu nak main ikut depan ke belakang ke atas ke bawah ke ikut suka kome laaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 06:06 PM | Show all posts
Edited by sidewinder at 23-6-2021 06:11 PM

nak tanya lah.....KJ ni dari parti mana ekk ? dulu masa dia jadi pembangkang bukan main lagi dia membangkang sana sini dgn fakta la....skrang bila dah jadi menteri apa kata sblm dan bila bercakap jugak dgn fakta didepan mata sama mcm dia jadi pembangkang dulu
tak tau korang perasan ke tidak la.....ahli2 politik ni bila jadi pembangkang je dia jadi cerdik, pro-active, cekap, tangkas, creative, AI dia kalah kompute....tp bila jadi je menteri alahaiiiii bila bercakap mcm mintak kena sembelih....mintak kena tembak sbb sembang x der bukti....x der fakta....baik dr PN (UMNO/PAS/BERSATU dll).....PH dulu pun serupa gak....time BN pun haukk....teringat zaman ahmad mazlan tgh famous dulu ...memanjang jadi bahan org ramai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 06:07 PM | Show all posts
Bulan Mac/April  EU tak benarkan eksport ke Australia sbb vaksin tak cukup... mmg ada pun isu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 06:07 PM | Show all posts
semua nak selamatkan negara masing2..nasib la sapa yg bijak dan laju deal stok vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dalam kabinet tu dia sorang je terpaling layak uruskan vaksin. Kabinet yang tak perlu bahas pape, semua main approved je. Badut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
App 70 juta..70 juta hokeh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.082538 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list