CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 0

Banyak lagi akan kami tunjukkan - Southgate

[Copy link]
Post time 23-6-2021 08:53 PM | Show all posts |Read mode
Banyak lagi akan kami tunjukkan - Southgate


PENYERANG England, Harry Kane (kanan) bersama pemain tengah, Jack Grealish meraikan kemenangan 1-0 ke atas Republik Czech, sekali gus mara ke pusingan kalah mati, semalam. FOTO AFP


London: England mara ke pusingan kalah mati Euro 2020, tetapi Gareth Southgate mesti mencari jalan untuk meningkatkan aksi pasukan apabila berdepan cabaran lebih besar selepas ini.

Berbekalkan hanya dua gol daripada tiga perlawanan Kumpulan D, England adalah juara kumpulan dengan jaringan paling rendah di Kejuaraan Eropah.

Namun, daripada sudut lain pula, benteng mereka nampak kukuh apabila tidak dibolosi pada 270 minit perlawanan dan muncul juara Kumpulan D bermakna mereka kekal bermain di Wembley untuk pusingan 16 terbaik.

England yang sudah layak bermula baik pada aksi terakhir kumpulan menentang Republik Czech, semalam dengan Bukayo Saka dan Jack Grealish menambah resipi serangan.

Bagaimanapun, babak kedua aksi ketika menang 1-0 di Wembley itu kurang membanggakan 22,500 penonton dan mereka bersorak apabila Croatia menjaringkan gol ke atas Scotland di Glasgow.

Setakat ini, Raheem Sterling menjaringkan kedua-dua gol England di Euro 2020, manakala Harry Kane terus hambar walaupun muncul penjaring terbanyak dan pengumpan jaringan terbanyak pada kempen Liga Perdana Inggeris.

Keputusan Southgate memasukkan Grealish dalam kesebelasan utama berbaloi apabila kapten Aston Villa itu membuat hantaran tepat yang ditanduk Sterling untuk gol tunggal perlawanan.

Selain itu, pemain terbaik perlawanan, Saka menghadirkan ancaman berterusan menerusi serangan dari sebelah kanan.

Kane nyaris menamatkan kemarau tetapi sepakannya diselamatkan penjaga gol Czech, Tomas Vaclik sehingga kapten England itu menepuk tanah beberapa kali kerana kecewa.

Sekalipun prestasi hambar setakat ini, Southgate terus mempercayai Kane yang menang Kasut Emas di Piala Dunia 2018 dan membina rangkaian serangan di sekelilingnya.

Southgate berkata, banyak lagi akan menjelma daripada pasukannya pada ketika mereka bersedia menentang salah satu daripada tiga pasukan dari Kumpulan F iaitu juara dunia, Perancis, juara bertahan Portugal atau Jerman.

England akan menentang naib juara Kumpulan F yang akan ditentukan menerusi aksi terakhir malam ini apabila Jerman berdepan Hungary manakala Portugal bertemu Perancis.

"Pasukan mana bakal ditemui nanti, sudah pasti lawan yang sukar dan kami mengetahuinya menerusi undian sejak 18 bulan lalu," kata Southgate.

"Saya fikir, apa yang bagus adalah kami semakin meningkat dan sukar ditentang lawan. Banyak lagi yang akan kami tunjukkan.

"Kami memiliki masa bermain lebih banyak bagi pemain utama dan kekuatan keseluruhan pasukan termasuk pemain simpanan sangat penting berikutan saya merasakan kami kurang bertenaga pada beberapa perlawanan."

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 1.229758 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list