CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 990|Reply: 0

Portugal, Sepanyol berdepan kemungkinan tersingkir awal

[Copy link]
Post time 23-6-2021 08:53 PM | Show all posts |Read mode
Portugal, Sepanyol berdepan kemungkinan tersingkir awal




KAPTEN Portugal, Cristiano Ronaldo (kiri) berlatih bersama Joao Moutinho dan Pepe menjelang perlawanan dengan Perancis, hari ini. FOTO EPA


Paris: Juara bertahan, Portugal dan Sepanyol berdepan risiko tersingkir awal daripada kempen Euro 2020 apabila menamatkan persaingan kumpulan masing-masing, hari ini.

Pada masa sama, bangunan utama di Munich akan dihiasi lampu berwarna pelangi dalam usaha memprotes undang-undang anti-homoseksual di Hungary, menjelang perlawanan penting dengan Jerman.

Jerman hanya perlu seri di Allianz Arena untuk layak ke pusingan kalah mati, tetapi jika tewas, Hungary akan layak dan menyebabkan anak buah Joachim Loew sekali lagi tersingkir di peringkat kumpulan, sama seperti di Piala Dunia 2018.

Ia seperti tidak masuk akal bagi Jerman, selepas membelasah Portugal dan Cristiano Ronaldo, 4-2 pada hujung minggu lalu, sekali pun mereka turun tanpa Thomas Mueller yang cedera lutut.

Kehangatan menjelang aksi Kumpulan F itu dibayangi keputusan Uefa menghalang perancangan pihak berkuasa di Munich untuk memasang lampu warna pelangi di stadium itu.

Pihak berkuasa Jerman mahu memprotes undang-undang diperkenalkan kerajaan berhaluan kanan Hungary yang melarang promosi homoseksual kepada kanak-kanak bawah umur.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan F, juara dunia, Perancis bertemu Portugal di Budapest dan juara bertahan Eropah itu dalam keadaan bahaya.

Portugal akan tersingkir jika mereka kalah dan Hungary menang, tetapi keputusan seri akan membolehkan Portugal mara.

Portugal berdepan Perancis yang sudah layak, tetapi mahu menang untuk muncul juara kumpulan dan berdepan lawan lebih mudah di pusingan kalah mati.

Ronaldo pula memerlukan dua lagi gol untuk menyamai rekod jaringan antarabangsa terbanyak dipegang Ali Daei, yang menjaringkan 109 gol untuk Iran.

Jiran Portugal, Sepanyol turut berada dalam situasi berisiko menjelang aksi terakhir Kumpulan E dengan Slovakia di Seville.

Juara Eropah 2008 dan 2012 itu sebelum ini seri dua perlawanan dengan Sweden serta Poland.

Mereka perlu menang ke atas Slovakia untuk mara ke pusingan kalah mati, walaupun keputusan seri memadai untuk layak sebagai antara empat pasukan tangga ketiga terbaik, sekiranya Poland gagal menewaskan Sweden di Saint Petersburg.

Slovakia perlukan satu mata untuk layak manakala Robert Lewandowski bersama Poland perlu menewaskan Sweden yang sudah layak.



Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.061809 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list