CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1723|Reply: 6

[Dunia] Wanita ditipu 20 tahun bahawa anak masih hidup

  [Copy link]
Post time 1-7-2021 06:45 PM | Show all posts |Read mode

Cheng Congrong (kanan) meninggal dunia pada 2003 akibat kanser paru-paru dan meninggalkan puluhan rakaman suara buat ibunya yang uzur. - Oddity Central

Wanita ditipu 20 tahun bahawa anak masih hidup

BEIJING  – Seorang wanita di China terpaksa menipu neneknya selama 13 tahun kerana mahu  menjaga hati warga emas tersebut, lapor laman berita  Oddity Central kelmarin.

Cheng Jing, 46, melakukan perkara itu bagi mengelak  neneknya, Xi’an mendapat tahu bahawa anak perempuannya, Cheng Congrong iaitu ibu Jing telah lama meninggal dunia lebih awal.

Mendiang Congrong meninggal dunia pada 2003 akibat kanser paru-paru, namun sempat merakamkan puluhan mesej suara untuk dimainkan kepada Xi’an selepas dia tiada.

Hal itu berjalan lancar buat beberapa tahun,  namun selepas beberapa ketika, Xi’an mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan suara anaknya dalam panggilan telefon.

“Menyedari hal itu, saya mengupah seorang wanita yang mempunyai suara mirip ibu untuk meyakinkan nenek bahawa anaknya berada dalam keadaan baik.

“Pada mulanya, nenek agak sangsi tetapi selepas diyakinkan cucu-cucunya, dia boleh menerima bahawa itu adalah suara ibu,” kata Jing.

https://www.kosmo.com.my/wp-cont ... -nenek1-600x366.jpg
Seorang wanita bernama Cheng Jing terpaksa menipu neneknya selama hampir 20 tahun bagi mengelak berita kematian ibunya terbongkar. – Oddity Central
Sejak Congrong meninggal pada 2003, Xi’an sering meluahkan kerinduan pada anak perempuan yang sudah tidak pulang bertemunya hampir 20 tahun.

Ketika menyambut ulang tahun ke 100 baru-baru, Xi’an sekali lagi bertanya kepada Jing  mengapa ibunya tidak turut pulang meraikan hari lahirnya.

“Kami memberi alasan ibu sibuk menjaga cucu baharu di bandar. Nenek sangat sedih kerana sudah 20 tahun tidak berjumpa anaknya.

“Beberapa bulan selepas sambutan hari lahirnya, nenek meninggal dunia dengan hasrat berjumpa ibu tidak kesampaian,” kata Cheng.

Tambah wanita itu, keluarganya terpaksa menipu Xi’an kerana tidak mahu berita kematian Congrong menghancurkan hati neneknya yang pasti tidak boleh menerima kenyataan mendiang mati lebih awal berbanding dia.

Ibu Cheng ialah anak tunggal dan dibesarkan oleh neneknya sendirian yang berkorban apa sahaja bagi memastikan Congrong mendapat kehidupan terbaik. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya..kasih sayang ibu terhadap anak hingga akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ceng cong cong ceng cong ceng
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Urm, niat murni but still...

Sure nenek Tu tertanya2 apa dosa dia sampai 20 tahun anak tak balik jenguk
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 11:07 PM | Show all posts
Salah ! apa yang mereka buat.

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Cm bongok je..perlu ke tipu cmtu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2021 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
mungkin bole beritahu nenek tu dgn cara lain
rasa sedih pulak nenek tu kenang anak mcm ty
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.415693 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list