CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3334|Reply: 2

Kate Middleton asingkan diri 10 hari

  [Copy link]
Post time 5-7-2021 08:58 PM | Show all posts |Read mode
Kate Middleton asingkan diri 10 hari


Kate Middleton. FOTO AFP

London: Duchess of Cambridge, Kate Middleton kini mengasingkan diri selama 10 hari selepas mempunyai kontak dengan seorang individu yang disahkan positif Covid-19, kata Istana Kensington hari ini.

Isteri Putera William itu tidak mengalami sebarang gejala namun tetap mengikut garis panduan ditetapkan kerajaan dengan mengasingkan diri di kediamannya.

Kate, sepatutnya hadir dalam satu acara hari ini sempena ulang tahun ke-73 Perkhidmatan Kesihatan Nasional Britain.

Beliau kali terakhir berada di kawasan awam pada perlawanan tenis Wimbledon Jumaat lalu.

Pada November tahun lalu, Putera William mendedahkan beliau dijangkiti Covid-19 pada April tahun sama, selepas bapanya, Putera Charles dijangkiti virus berkenaan.

Charles dilaporkan mempunyai gejala ringan namun, akhbar The Sun melaporkan William pada satu ketika, mengalami masalah kesukaran bernafas.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Haaa elok tuh..mmg sepatutnya begitu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 08:03 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062845 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list