CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2813|Reply: 18

[Tempatan] Kantoi dengan janda, nyorok bawah katil

  [Copy link]
Post time 14-7-2021 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki berpeluh di bawah katil rumah janda


LELAKI yang ditemui menyorok bawah katil dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah seorang janda di Kota Sarang Semut. FOTO Ihsan JAIK

Alor Setar: Seorang lelaki ditemui menyorok di bawah katil rumah seorang janda ketika pegawai masjid bersama anggota polis melakukan pemeriksaan di sebuah rumah kampung di Kota Sarang Semut di sini, hari ini.

Lelaki berusia 32 tahun itu berbuat demikian kerana bimbang dicekup khalwat kerana menumpang di rumah janda berusia 33 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pada serbuan jam 7.30 pagi tadi, lelaki yang bekerja di kedai besi itu memberi alasan menumpang di rumah wanita berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, rumah itu turut dihuni bapa wanita itu dan tiga anaknya.

"Bapa wanita itu dipercayai sakit dan ketika inilah lelaki itu mengambil kesempatan menumpang di rumah wanita berkenaan.

"Ketika pemeriksaan, lelaki itu menyorok di bawah katil dalam bilik kedua rumah berkenaan untuk mengelak daripada ditahan," katanya pada kenyataan.

Radzi berkata, pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka pasangan suami isteri atau mahram.

Beliau berkata, mereka kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk laporan tangkapan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Beraniyer janda tu bawa laki ajnabi dlm rumah. Langsung xde adab dan respect dgn bapa sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Time kasih pada jiran2 yg repot. Patut tangkap skali janda tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Deme ingat ade bapak & anak2 tu pencegah maksiat tak datang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 12:01 AM | Show all posts
adegan yang ingin kita lihat
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian, yg  title janda tapi elok2 duk bucu katil menagis mengenang nasib terpalit dengan janda2 yg begini perangai.

Kalau nak berlaki sangat, nikah je la.  Zaman pkp ni best nikah,  jimat belanja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2021 12:16 AM | Show all posts
Kan bagus kalau nikah je. Tak adalah susah2 nak menyorok sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 12:25 AM | Show all posts
abang pilih yang mana, perawan atau janda, perawan mmg menawan, janda lebih menggoda..

baca je lah, jangan nyanyi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2021 01:25 AM | Show all posts
atas katil dah berpeluh sambung bawah katil pulak berpeluh?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ayh tgh sakit & ade ank2 jgk dlm rumah masih sanggup bwa msuk jantan
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
laki tu nak tolong janda tu jaga apak kotttt
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 11:23 AM | Show all posts
aku rasa katil janda tu patah tu psl laki tu dtg tolong betulkan.aku tau la sbb pnh jadi kat diri aku sendiri jugak.tp janda yg aku tolong tu xde anak lagi lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah pukul 7.30am tu takyah menyorok dah la. Kata tumpang sarapan peknga kat rumah janda sat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
raxief replied at 15-7-2021 12:25 AM
abang pilih yang mana, perawan atau janda, perawan mmg menawan, janda lebih menggoda..

baca je la ...

Mn boleh
Mesti nk kena nyanyi jgk
Even dlm hati je

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaksa lah..time covid nih .. pkp,pkpb, pkpd ..lagi pulak ada bapak sakit nk kene jage.. Nak Jage jantan lg..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 01:01 PM | Show all posts
abg Pakai PVP pun tak nak ngorat janda.


biasanya janda ni kal di ngorat sure mendapat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak nyorok..buat2 la tengah mandikan bakal bapak mertua..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb janda gini la sian janda yg baik kena tempias
kwn i janda...dia jd perempuan simpanan sorg laki ni..i ingt xtdo sama..ok dorg tdo sama gak..i terkejut jgk la sbb i kan innocent..laki tu nampak baik n syg bini  kt fb..selalu bwk p holiday..bini dia jnis chubby n sexy gak la..
tp laki dia selalu kutuk kt kwn i tu ckp bini dia xpndai ats katil..kwn i yg cite tu bangga btl la..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita2 begini la kita nak dengar. Ni asik pasal kobit je. Hilang skit stress baca berita sebegini sambil membaca komen forumer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.080728 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list