Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
259064
View
1437
Reply

[Dunia] Terkini: Heboh video lucah mirip pendakwah, polis akan keluar kenyataan | ISU GAZA & NGOs.

 Close [Copy link]

Author: BicaraHatiku       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-7-2021 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 28-7-2021 03:11 PM

TERKINI:
KUALA LUMPUR C Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti dakwaan kononnya berlaku penularan video lucah yang membabitkan gangguan seksual melibatkan individu mirip pendakwah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, satu kenyataan bakal menyusul dalam masa terdekat daripada PDRM namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sebelum itu, media sosial hangat membincangkan tentang dakwaan mengenai video berkenaan.

Tinjauan di media sosial mendapati ada sebahagian turut memperkatakan isu yang seakan-akan sama dengan dakwaan berkenaan.

Ada juga mengaitkan ramai menjadi mangsa seksual individu yang dikaitkan perlu berani tampil membuat laporan sambil memberi beberapa nombor untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang penafian dan dakwaan secara terang-terangan dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

https://malaysiagazette.com/2021/07/27/heboh-video-lucah-mirip-pendakwah-polis-akan-keluar-kenyataan/?fbclid=IwAR1JNlX8rRzPdHmiRbyBoIrxW3HtODOBpISxH1oqMSTAJGz2ilBOFnHKYxw

-----------------------

PETALING JAYA: Tiada sebarang pengesahan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penularan sebuah video lucah dan gangguan seksual membabitkan seorang pendakwah.

Memberitahu Utusan Malaysia, sumber polis berkata, malah tiada sebarang mangsa tampil membuat laporan membabitkan perkara itu.

Masih belum dapat pengesahan lagi, katanya ringkas di sini hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video lucah seolah-olah kononya mirip seorang pendakwah di negara ini.

Malah, terdapat beberapa individu termasuk artis terkenal turut memberi bayangan sebuah kebenaran akan terbongkar tidak lama lagi.

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/tiada-laporan-video-lucah-gangguan-seksual-babit-pendakwah-terkenal/

---------------------------

ISU mengenai misi kemanusian pendakwah, Ebit Lew ke Gaza baru-baru ini bagaikan tidak berkesudahan.

Ketika ia masih hangat diperkatakan, timbul pula satu isu lain yang seolah-olah menunjukkan ada usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan beliau.

Terbaharu, tular video memaparkan seorang individu mirip pendakwah itu yang sedang melakukan aksi tidak sopan di atas katil.

Semakan di Twitter dengan carian kata kunci 'Ebit Lew' turut membawa kepada penemuan beberapa tweet yang seolah-olah sedang memperkatakan isu itu.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada Ebit masih tidak berhasil.












--------------------------

Isu Palestin adalah titik penyatuan ummah!





---------------------------------------







KUALA LUMPUR C Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memberitahu beliau tiada masalah untuk berkongsi semua kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekiranya diperlukan untuk berbuat demikian.

Menerusi satu perkongsian InstaStory, Nadir Al-Nuri bagaimanapun menjelaskan, beliau kini sibuk dengan projek korban sempena Aidiladha.

Beliau turut berkongsi keadaan dirinya yang baik di Gaza, Palestin.

Rilek guys (bertenang), Saya ok je. Kita kerja NGO ini semua ada hitam putih tak ada problemlah.

Cuma sehari dua ni nak kena settle projek (selesaikan projek) yang ni dulu, katanya ringkas bersertakan gambar seorang lelaki di samping daging tergantung dipercayai sedang melakukan ibadah korban di Gaza, Palestin.

Walaupun perkongsian itu tidak menamakan atau ditujukan kepada individu tertentu namun ia dilihat seolah-olah menjawab soalan yang diajukan oleh pendakwah bebas, Ebit Lew semalam.


------------------------------

KUALA LUMPUR: Pendakwah Ebit Lew menjelaskan bahawa segala kos perbelanjaan misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, Palestin, adalah menggunakan wangnya sendiri bukannya daripada kutipan mana-mana tabung derma.

Beliau menyatakan perkara itu bagi menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyatakan dia membazirkan kos tertentu hasil sumbangan terhadap misi berkenaan untuk masuk ke Gaza.

"Saya pergi dengan duit saya sendiri dan tak pernah buka satu tabung pun untuk misi berkenaan.

"Niat kami bersama sahabat-sahabat saya adalah membantu rakyat di Gaza, Palestin dan tak pernah ada satu tabung pun diwujudkan.

"Segala kos dan perbelanjaan adalah menggunakan duit saya sendiri," katanya.


-----------------------------

KUALA LUMPUR - "Apa yang berlaku ini bukan sahaja melibatkan saya malahan melibatkan isteri, anak dan juga arwah ayah saya yang meninggal dunia," demikian luah Ebit Lew kepada media sebaik sahaja selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Rabu.

Ebit Lew berkata pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap dirinya mengakibatkan ia memberi kesan bukan sahaja terhadap diri malah keluarga.

"Lama saya diamkan diri, tak nak bercakap apa-apa, namun, bila isteri saya menangis, anak saya menangis, tanya saya macam saya ada buat kesalahan besar, jadi saya tampil buat laporan polis.

"Saya mahu nafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap saya, itu fitnah dan tidak berasas, memang tiada, wallahi," katanya di hadapan pekarangan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Rabu.

Katanya, pihak polis juga meminta dirinya agar tidak panjangkan isu ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/151175/BERITA/Semasa/Saya-telah-difitnah-Ebit-Lew

--------------------------




Nadir Akhirnya Buka Cerita Sebenar Kenapa Misi Bantuan Ustaz Ebit Lew Ke Gaza Dipertikai
https://ohbulan.com/nadir-akhirnya-buka-cerita-sebenar-kenapa-misi-bantuan-ustaz-ebit-lew-ke-gaza-dipertikai?fbclid=IwAR15d7PFUamm6g_x5nmVnqPlf5cKNmDZUJSMeYHVES5w-IwifCowJ1XUV0k

------------------------------

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, dia percaya apa yang sudah berlaku ada hikmah di sebaliknya.

"Saya baru habis kemas barang. Saya akan teruskan misi saya seorang diri. Semua orang dah balik ke Malaysia.

"Saya pilih untuk teruskan misi saya. Insya-Allah. Ini adalah misi paling sukar dalam kehidupan saya selama kita berjuang, berjihad dan beribadah. Alhamdulillah, saya percaya hikmah di sebalik semua ini," katanya.

Caprice menerusi hantaran video di Instagram Stroy turut memohon maaf kepada semua yang dikecewakannya dengan beberapa tindakannya baru-baru ini.

Dalam video itu, Caprice tidak menunjukkan mukanya, sebaliknya beberapa bagasi serta buku yang dipegang.

Caprice sebelum ini berkongsi beberapa hantaran mengenai penjelasan yang akan dibuat pada 21 Julai (esok), namun hantaran mengenai acara itu juga sudah dipadam di Instagramnya.

https://www.hmetro.com.my/rap/2021/07/732725/orang-lain-dah-balik-malaysia-caprice-teruskan-perjuangan%C2%A0

----------------------------




Kuala Lumpur: Penyanyi dan aktivitis, Caprice, 32, mendedahkan konflik yang berlaku antaranya dengan Ustaz Ebit Lew (UEL) bukan disebabkan dia mengalami kemurungan.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, gangguan fikiran itu berlaku susulan terbit kekecewaan kerana usaha jihadnya diganggu pihak luar.

"Ramai cakap saya mengalami kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat tidur sejak tiga bulan lalu. Ini bukan isu kemurungan tetapi berkaitan dengan usaha jihad yang sedang dilakukan.

"Sesiapa yang kenal saya sebelum ini pasti tahu saya akan 'naik gila' apabila ada yang mula mempertikai dan mencabar jihad saya. Semuanya pasti menjadi luar kawalan," katanya.

Caprice yang kini berada di Kaherah, Mesir menegaskan dia terpaksa meluahkan kekecewaan itu akibat hubungan baiknya dengan UEL kini renggang disebabkan campur tangan pihak luar.

Dia juga berharap hubungannya dengan UEL akan kembali pulih kerana dia sangat menyanjungi serta menjadikan aktivis itu sebagai idolanya.

"Saya tidak sangka seorang sahabat yang senyap dan tidak boleh beri kerjasama dengan perkara yang berlaku di Gaza. Saya harap hubungan kami akan kembali pulih tanpa campur tangan pihak lain. Semua ini perlu dilakukan demi Allah SWT dan ummah," katanya.

Dia turut mendedahkan di Instagram Stories bahawa dia mempunyai perancangan bersama UEL untuk melepasi sempadan Gaza, Palestin bersama-sama.

Namun, ia tidak dapat direalisasikan kerana campur tangan pihak lain.

"Ketika tiba di Kaherah, kami mempunyai perancangan untuk masuk ke Gaza bersama-sama tetapi tidak berlaku kerana ada 'pihak lain' yang masuk campur. Saya minta maaf kerana bertindak luar kawalan dan jadi begini kerana terpaksa hadam masalah sekarang seorang diri di sini.

"Kemungkinan besar saya memang tak akan dibenarkan masuk ke Gaza kerana ada 'tangan' dari luar yang tak mahu lihat saya ke sana," katanya.

Disebabkan pendedahan itu, ramai meluahkan rasa bimbang dengan keadaan kesihatan mental Caprice yang dilihat tidak terkawal.

Sejak beberapa hari lalu, namanya jadi bualan hangat netizen selepas dia mendedahkan situasi yang berlaku di Gaza.

Malah, dia turut mendedahkan UEL menyekatnya dalam Instagram serta memberi bayangan bahawa UEL antara punca dia masih tidak dibenarkan memasuki Gaza sehingga hari ini.

Terdahulu, Caprice berkongsi dia pergi seorang diri ke Mesir untuk melaksanakan misi kemanusiaan di Gaza yang sudah lama diimpikannya.

Petikan: Harian Metro.

-----------------------

Kuala Lumpur: "Tumpuan yang kalian berikan kepada UEL (Ustaz Ebit Lew) benar-benar membuatkan saya ingin dedahkan perkara sebenarnya mengenai pasukannya."

Demikian tulis penyanyi rap, Caprice di Instagram Storynya meluahkan perasaan apabila ramai netizen yang mula berpihak kepada Ebit berikutan isu perselisihan antara Caprice dengan pasukan pendakwah itu.

"Tapi, ada benda kurang baik juga berlaku yang orang lain kena hadam seperti saya. Ini bukan kali pertama, cuma banyak badan bukan kerajaan (NGO) tak berani bersuara sebab takut dengan maklum balas netizen begini," tulisnya.

Tambahnya, nama Ebit itu begitu 'mahal' sehinggakan ramai yang membela nasibnya.

"Ya, saya begitu juga dulu. Tapi, sekarang saya kena hadam semua yang berlaku di sini seorang diri. Minta maaf sangat-sangat," tulisnya.

Caprice juga menjelaskan bahawa tidak wujud rasa dengki atau cemburu dalam hatinya terhadap pasukan pendakwah itu.

----------------

KUALA LUMPUR C Penyanyi rap, Caprice dan pendakwah bebas, Ebit Lew merupakan dua figura terkenal yang kuat memperjuangkan penduduk Palestin.

Bagaimanapun Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli hari ini seolah-olah mempertikaikan misi dakwah Ebit.

Dia mendakwa Ebit menggunakan kanak-kanak Palestin sebagai bahan kandungan media sosial dan ia satu perbuatan yang tidak wajar.

Salam ustaz, minta maaf tapi Caprice dah simpan rasa ini dekat satu minggu dah, Caprice rasa kena tegur ustaz depan-depan dulu.

Ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar-gambar ustaz yang hanya highlight orang dan budak miskin.

Caprice bagi contoh budak ini kena ambil gambar dua kali terima mainan. Apabila orang Palestin tanya kenapa ustaz yang famous di Malaysia buat macam ini, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab, katanya menerusi mesej yang dipercayai dihantar kepada Ebit.

Namun dia mendakwa mesej itu tidak dilayan oleh Ebit.

Caprice turut berkongsi gambar Ebit dalam Instastorynya di mana pendakwah itu bersama seorang kanak-kanak yang diberikan mainan dalam dua sudut gambar berbeza.

MalaysiaGazette
























Single Polls, Total 211 Users voted

Poll is finished

33.04% (76)
5.22% (12)
32.17% (74)
29.57% (68)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini ke rahsia besar topi nasik tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 12:07 PM | Show all posts
Maafkanlah  caprice
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dewasayu
dewanangis - ce teka siapa bru ditabalkan  
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 12:32 PM | Show all posts
Sapa bayar topiberas ni attack dewasayu.
Patut gayah bongok ni expose NGO palestin yang lebih tegar dari 2 keping gambar dewa kurang cerdik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
rakyat shud just stop donating money to caprice & ebit, dua2 pun sama modus operandi
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak langsung terkejut dengan semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 12:41 PM | Show all posts
org arab bukan batak bergambar la, tu yg org palestin tnya

ada juge ulama org arab komplen student malaysia klu bawa kawan dari malaysia, sket2 ajak bergamba dgn dorg.. dorg rasa rimas.. pasal

bukan budaya dorg.

harap ebit lew peka sket pasni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tk cukup firm kami di porem nak pembongkaran lbh hebat dari ni
Takat bongkar gambar ..itu hanyala sebuah pembongkaran yg remeh bkn tk ada yg bergambar dgn budak2 sana lbh teruk dr tu pn ada...
We want more
Kami di porem bukan jeles ke apa
Cuma kami berhati hitam dan sceptical
Dgn org kena gosip ini tiba2 jadi kaya raya
Masyur ... Dgn Mo bersayu saya sayu saya

Sesuai sgt dgn jolokan dewasayu

Kalau topiberas tk berjya bongkar sampai lobang cacing kita anggp saja
Di yang jelly ta dpt masuk gaza
End
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 comolot jah caprice n dewasayu Kat belakang tabir. Saje je kot nak up isu nak bagi tenggelam justice4bella. Almaklum ada duit politician juta2 kantoi Kat RB. Tu yg kena bayar kot 2 ekoq ni utk up issue bagi divert netizen lupa kes bella.

#donespeku
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols setuju dgn komen reza zainal..  Antara drg berdua ni..  Hanya penyata kewangan yg dpt jd bukti siapa btl siapa slh..  Ckp byk xguna..  
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada iols ni bkn setakat isu jelous dengki hati hitam..  Mesti ada  isu yg lbh bsr
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Weh banyaknya thread dua Hero Penyelamat dunia ni sampai bod angker pun ada juga

Iols baru baca igs anakrahmat tu hahah terbaikla dedua dia tibai

Ramai salah paham ingat ramai org sokong topi nasi tu padahal org pun tak suka pun dia lagi2 kat porem ni.

Kami nak enjoy drama ni je sapa kalah menang pun bukan leh hilangkan kobid pun atleast ada gak hiburan kami yg tak dapat balik raya utk ntah kali ke berapa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
osetat pun ade team socmed siap berposing uplod level ronaldo gitew.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 17-7-2021 01:11 PM
Weh banyaknya thread dua Hero Penyelamat dunia ni sampai bod angker pun ada juga

Iols baru b ...

Bod angker tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 17-7-2021 01:18 PM
Bod angker tu apa?

Bod seram dan paranormal tu heheh
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 17-7-2021 01:01 PM
Pada iols ni bkn setakat isu jelous dengki hati hitam..  Mesti ada  isu yg lbh bsr

Kan. Akaun audit ke tidak? Beli barang2 dari siapa? Beli barang2 pada harga terbaik ke tidak? Dan macam2 lagi orang tanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mari Kita Ulas Isu Ni : Ebit Lew & Caprice

Ada Suda Popcorn Kamu..??

Bismillah..

So..
Benda Sudah Jadi, Kita Ada Internet Buli Gali La Both Sides Punya Crita Kan..??

Saya, Covenant Bertindak Sebagai Penganalisis Bebas Untuk Isu Ni, Kasi Jimat Masa Kamu La Mau Hadam Kisah Kejadian Hero Malaysia UEL & Ikon RapatkanSaf2040 CapRice..

Cerita Ni Belum Ada Di Netflix, Cuma Ada Di Sini Ja Ni Sinopsis Dia..
Tapi Panjang Juga Ni, Jadi Bagi KamuRang Yang Malas Membaca..
Pigi La Scroll Laju Teda Larangan..
Rugi Kamu Tidak Dapat Layan Ni Isu Dari Sudut Pandangan Orang Professional Macam Saya..

Kisah Ini Berkisar Di 3 Tempat..
- Tanah Cairo, Mesir
- Bumi Gaza, Palestine
- Semenanjung Malaysia

Siapa Yang Nda Hadam Crita Ni Macam Saya, Kamu Bole Belah Dada & Cek Hati Kmu..
Berat Sebelah Kamu Tu Kalau Nda Sama Pemahaman Kita..

Saya Ni Follow Both Of Them..
Dari Dulu Lagi, So Trust Me When I Said I Know..

It Goes Like This,
UEL Was Supposed To Go To Gaza..
Together With Beberapa Retis Lain From Malaysia Untuk Misi Bantuan, Antara Nama Yang Ada Termasuklah Nilopa & Suami, Heliza Helmi..
But, Kononnya Paperwork Untuk Karaja Ini Team UEL Ambik & Mohon Sokongon From TMJ, Hishammuddin & Gerak Sendiri Pape Roger.. Ini Kononnya La..
Kita Tidak Tau, Kita Jangan Tuduh..

Cerita Dia Di Sini,
UEL Fly Pigi Cairo..
Atur Cara Untuk Masuk Gaza, Coz Ini Tempat Adalah One Of The Hardest Place To Enter..
Mau Cerita Susahnya Seseorang Mau Masuk Sana Ni Bole Diumpamakan Macam Orang Israel Mau Masuk Malaysia..
Atau Susah Dia Ni Macam Susah Long Tiger Mau Masuk Syurga..
Begitu La Lebih Kurang..

At The Same Time, Semasa UEL & Team Busy Sakit Kepala Mau Atur Kemasukan Gaza Di Cairo..
Ikon BadBoi Kita Di Sini, CapRice Idolaku Yang Suka Mengulas Isu Semasa Pun Doing His Thing..
For "Ummah", Or For Apa Kita Tia Tau La Kan..

Suddenly Dia Dapat Hidayah..
Mau Pigi Gaza, Maybe Dia Mimpi Basah..
Kita Tia Tau..
So Dia Atur Dia Punya Way Dari Sini..
Dalam Masa Yang Sama, Team UEL Ni Suda Submit Nama Team Dia Pigi Kerajaan Mesir & Bala Tentera Firaun..
Eh.. Tentera Mesir..
Untuk Mohon Kelulusan..
Supaya Dorang Dapat Masuk & Kurual Gaza Sehidup Semati..

Sampai Sini Faham..??

Panjang Ni Saya Mau Cerita..
Kalau Kamu Share Ni Sampai Viral,
Ingat Tadi Aaaa Nama Glamor Saya Covenant..

1601 9307 5412 - MayBank

Kalau Mau Bagi Sumbangan..
Golongan Memerlukan Juga Ni..

OK Sambung Cerita..
It Took Team UEL 1 Bulan Tunggu Turn Di Cairo Untuk Masuk Gaza, 1 Minggu Cari Cara Masuk & Beli Barang Bantuan..
Barang Perubatan, Makanan, Mainan Segala Sampai 2 Ka 4 Lori Tu..
Submit Nama Orang Yang Masuk Gaza Another 2 Weeks Baru Dapat Kelulusan..
Then Minggu Keempat Baru Dapat Masuk..
Yang Mana Perjalanan Tu Ambik Masa 21 Jam.. Dekat 1 Hari La Ba..

Sampai Sini Faham..???

Iklan Dulu K..

1601 9307 5412 - MayBank

OK Sambung Lagi,
Dalam Minggu Ke 2 Ke 3 UEL Di Sana Cairo..
Caprice Ada Suda SMS Uztaz Hero Negara Ni Bagitau Niat Dia Mau Pigi Sama..

Ayat Dia Lebih Kurang Bunyi Begini,

"Yo! Salam Brada.. I Nak Ke Gaza Ni, Will Fly To Cairo Soon.. Jom La Masuk Sekali.."

UEL Tidak Reply, Coz Dia Suda Submit Nama Team Dia & Suda Ada Respon Dari Tentera Firaun Lulus.. But Only Untuk List Yang Ada Kena Submit, Itu Pun Dengan Bantuan Kerajaan Kita Sini..
Si Hishammuddin & Tangan Ghaib Lain.. Darah Sultan..
So Caprice Ni Pun Fly La, Merasakan Diri Terpaling BangBang Suda Pigi Sana Membayangkan Dapat Masuk Gaza..
Teriak Dalam Hati..

But..!! Manusia Merancang, Tuhan Menentukan..
Sesampainya Di Laut, Ku Khabarkan Semuanya, Kepada Ombak, Kepada Pantai, Kepada Matahari..
Eh.. Itu Kan Lagu..? Sorry3x..
Sampai Si Caprice Sana Cairo..
Ebit Lew Punya Team Menyampaikan News Sama Dia, Yang Dorang OTW Suda Masuk Gaza.. So Tinggal La Dia Di Cairo Tia Kena Bawa..
Kuyak To You Too La Macam Lagu Dia.. Eh..

Bila UEL & Team Balik Dari Gaza Back To Cairo..
Dapat La Caprice Jumpa Dia In Person, Bikin Dia Post Di Socmed Suda Dorang BakuJumpa Sana Mesir..
Sempat Lagi UEL Bagi Dia Tips Macam Mana Mau Masuk Gaza & Kena Doa Mudah Urusan..
Tutup Cerita Di Situ..

Seminggu Kemudian, UEL Suda Sini Malaysia..
Ikon PM 2040 Kita Masi Di Cairo K, Sekarang Masi Juga Dia Sana Ndamau Balik Cover Malu..
Nanti Jadi Macam Pemain JDT Yang Pigi Portugal Balik Sini Kena Bahan Tu..
Sebab Teda Fungsi..

Caprice Ni Cari Cara Juga Macam UEL Awal Tu, Dia Minta Juga Bantu Dari Hishammuddin..
Tapi Sampai Hari Ni Tia Dia Dibuka Dibukakan Jalan..
Iya La..
Tanah Gaza Tu Untuk Orang Terpilih Kan..
Allah Lebih Tau Siapa Dia Kasi Masuk Siapa Nda..
Tepuk Dada Tanya Hati La Kalau Nda Tembus..

Sekarang Suda 3 Minggu Lebih Dia Sana, Belum Ada Way Masuk..
Masuk Suda Hasutan Di Kepala Botak Dia, Eh.. Kepala Otak Dia.. Typo Tu..
Dengki Suda Dia, Kenapa UEL Dapat Masuk Dia Nda..

Mau Cover Kuyak, Dia Cari Salah Siapa Mau Kena Blame..
Berabis Tangan Dia Tunjuk Sama Orang, Nda Tunjuk Sama Diri Sendiri..

Dia Cakap La Politik Halang Dia, UEL Buat Taik Dalam Gaza..
Jadi % Untuk Dia Masuk Sekarang Tipis..
Sampai Dia Buat Cerita UEL "Wayang" Bantuan Sana..
Photoshoot, Orang Gaza Mara, UEL Melutut Cium Kasut Menteri Sana Merayu Untuk Keluar Gaza.. Seeeeembang Semua Tu..

Kesimpulannya Di Sini, Caprice Tiada Study Ni Barang Sebelum Dia Pigi Sana..
Dia Ingat Ada Highway To Hell Semua Dia Bole Limpas..
Dia Mau Tumpang 1 Kali Ikut Rombongan UEL Masuk Gaza..
When Things Tidak Ikut Rancangan Dalam Kepala Dia, Dia Salahkan UEL..
Sedangkan Team UEL Suda Plan Bantuan Ntah Brapa Lama, Bukan Main Langgar..

Maka Dengan Ini Saya Tutup Cerita La K..
Sendiri Boleh Nilai Team Mana Yang Betul Mana Nda Kan..?
Dua Bagus, Mau Bagi Bantuan Sama Palestine..
But Yang Nda Bagus Ni, Bunyi Sumbang Sekarang Ni..

Sekian..
Assalamualaikum..
Bang Bang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 01:27 PM | Show all posts
kt Malaysia pun.... ade jer penerima x redho gmbr diorg yg miskin hina tgh amik bantuan disebarkan

ade jenis org miskin dpt bantuan.. gembira gmbr diorg tersebar
ade jg jenis sang miskin... x nak gmbr diorg di guna oleh pihak pemberi meraih likes/followers/fame etc
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 penonggeng.. termasuk ada yg sorang tak boleh petik nama tu. Kalau orang tu perangai dia yg sebenar, pasti ditolak kredit beribu2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list