NAMA chef terkenal, Gordon Ramsay sememangnya tidak asing lagi kerana kehebatannya dalam dunia masakan dan juga sebagai seorang personaliti televisyen.
Disenaraikan sebagai antara chef terbaik di dunia, anak kelahiran Scotland kini mempunyai 35 buah restoran di seluruh pelusuk dunia – dari selatan New Zealand sehingga di kawasan pergunungan Maghribi.
Restoran paling terkenal adalah di London, yang dinamakan Restoran Gordon Ramsay dan telah dianugerahkan tiga Bintang Michelin sejak 2001.
Baru-baru ini, Ramsay, yang juga chef kedua terkaya di dunia, mendedahkan bahawa beliau akan meluaskan empayarnya dengan membuka sebuah restoran di Malaysia pula (restoran ke-36).
Memetik laporan The Star, chef yang memiliki Tujuh Bintang Michelin itu akan membuka satu lagi restoran mewah berkonsepkan ‘Bar and Grill’ di Hotel Sunway Resort, Kuala Lumpur.
Dengan proses pengubahsuaian yang mencecah kos sehingga AS$60 juta (RM249 juta), ruangan di hotel lima bintang itu akan diubah menjadi lokasi sempurna untuk menempatkan restoran yang menyediakan hidangan sepanjang hari, setanding restoran miliknya di London.
Tema restoran yang akan menjadi tumpuan ramai itu membawakan konsep kontemporari dan ikonik, yang semestinya menjanjikan suasana menarik kerana pelanggan dapat menikmati pemandangan teman tema air Sunway Lagoon ketika menjamu selera.
Kata Ramsay, beliau membuat keputusan untuk membuka restoran pertamanya di Malaysia kerana teruja melihat pembangunan dan semangat luar biasa yang dimiliki oleh negara ini.
"Saya sememangnya mencintai Asia, sama ada daripada segi untuk membuat kerja-kerja penggambaran mahupun mengenai restoran di sana.
“Saya telah bertahun-tahun melancong ke merata tempat dan menghabiskan banyak masa di Hong Kong, Singapura dan baru-baru ini di Indonesia.
“Saya sering terpesona dengan Malaysia dan sangat gembira apabila ada peluang untuk membuka restoran di sana,” jelasnya dalam satu kenyataan e-mel bersama The Star.
Untuk makluman, walaupun kini Ramsay memegang Tujuh Bintang Michelin, beliau telah dianugerahkan 16 bintang Michelin sepanjang kariernya.
Pada 2019, Ramsay, 54 tahun, tersenarai sebagai selebriti berpendapatan ke-35 tertinggi dunia oleh Forbes; satu anak tangga lebih tinggi berbanding Rihanna.
Pada 2020, kekayaan bersih Gordon Ramsay dianggarkan bernilai AS$220 juta (RM926 juta), yang kebanyakannya datang daripada rancangan TV popularnya seperti Hell's Kitchen, Kitchen Nightmares dan Master Chef
Post time 17-7-2021 01:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
TuntungReturn replied at 17-7-2021 01:09 PM
aku rajin tgk chanel masakan kt astro. mat saleh masak mmg senang. kalau masak steak tu buh garam,la ...
Sbb klu main item fresh x perlu byk bahan..kdg2 bubuh garam pun x perlu...kita kdg2 byk guna rempah ratus sbb bhn utama x brp fresh..so rasa being enhanced with spices ..eh tapi masakan nusantara kan yg plg sedap kat dunia ni sbb rempah ratus lah...antara sbb portugis serang melaka sbb rempah
Post time 17-7-2021 01:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
TuntungReturn replied at 17-7-2021 01:09 PM
aku rajin tgk chanel masakan kt astro. mat saleh masak mmg senang. kalau masak steak tu buh garam,la ...
Sebab tu mat salih dikutuk2 oleh black people bang. White people dunno how to season they food kata meka. Asek salt n peppah, salt n peppah ja. Paling lucu akak baca komen nurtizen negara2 colonized yang bilang you come to our land and take all our spices yet you don't know how to use them??!!
Post time 17-7-2021 01:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dua_chzy at 17-7-2021 01:34 PM
jas7512 replied at 17-7-2021 01:14 PM
Sbb klu main item fresh x perlu byk bahan..kdg2 bubuh garam pun x perlu...kita kdg2 byk guna rempa ...
Masakan nusantara memang sedap dan rich. Aritu saya masak lemak putih batang keladi versi pemalas takat rebus batang keladi, udang kering sebiji2, serai, bawang goreng, cili padi dalam kuah santan kotak KARA pehtu letak garam, sikit megi stok ayam dalam botol, gula melaka sikit dan sos tiram (iya tak autentik lansung but kesah la. ) sebagai perasa pum dah sedap dah. Simple aje tapi dah cukop rasa.
perrrg cawangan Malaysia
ni resto kalo xdpt halal cert tetap bole laku... tgk nnti harap2 xde lah di datangi acik2 melayu bbnu muda yg dh tua yg pakai tudung as fashion acah2 western taste duk posing sambil memuji food resto gordon nih