CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: FanTasyCreaTioN

[Sarawak] Pembunuhan Bill Kayong. Kertas siasatan dibuka semula

[Copy link]
 Author| Post time 19-7-2021 07:21 AM | Show all posts
makaseh nanya

lupa nak letak caption kat gambar



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2021 07:40 AM | Show all posts
Kronologi kes pembunuhan Bill Kayong

* 21 Jun 2016 - Bill Kayong ditembak mati di persimpangan lampu isyarat berhampiran Pasar Raya Emart, Jalan Kuala Baram Bypass.

* 23 Jun 2016 - Datuk Stephen Lee melarikan diri dengan berlepas ke Singapura dari Miri.

* 3 Julai 2016 - Datuk Stephen Lee berlepas ke Melbourne, Australia dari Singapura.

* 15 Julai 2016 - Mohamad Fitri Pauzi, 29, kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Bill Kayong.

* 15 Julai 2016 - Lie Chang Loon, 37, kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri mengikut Seksyen 109 dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun keseksaan atas tuduhan bersubahat membunuh Bill Kayong

* 18 Julai 2016 - Datuk Stephen Lee pergi ke Xiamen, China menggunakan penerbangan dari Melbourne, Australia.

* 18 Ogos 2016 - Chin Wui Chung, 50, pembantu peribadi kepada Datuk Stephen Lee menyerah diri di Balai Polis Pusat Miri.

* 29 Ogos 2016 - Chin Wui Chung kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 109 dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan bersubahat membunuh Bill Kayong.

* 15 Nov 2016 - Mahkamah Majistret memerintahkan kes Fitri, Lie dan Chin dipindahkan untuk disebut lanjut di Mahkamah Tinggi Miri.

* 25 Nov 2016 - Fitri, Lie dan Chin masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Miri atas tuduhan membunuh/bersubahat membunuh Bill Kayong.

* 12 Disember 2016 - Datuk Stephen Lee ditahan di Putian, Wilayah Fujian, China oleh Kementerian Keselamatan Awam China setelah diusir keluar dari negara itu.

* 13 Disember 2016 - Datuk Stephen Lee ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiba dari China.

* 14 Disember 2016 - Datuk Stephen Lee dieskot ke Miri dan tiba di Miri jam 11 pagi serta dituduh di Mahkamah Majistret jam 2 petang hari sama.

* 7 Mac 2017 - Perbicaraan kes terhadap keempat-empat tertuduh berlangsung selama 13 hari bermula 7 hingga 10 Mac 2017, 13 hingga 17 Mac 2017 dan 28 hingga 31 Mac 2017 di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Ravintharan N. Paramaguru dengan 28 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

*  8 Mei 2017 - Ditetapkan untuk mendengar hujah lisan daripada kedua-dua pihak pendakwa dan peguam bela.

*  6 Jun 2017 - Mahkamah Tinggi mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Fitri dan memerintahkannya supaya membela diri.

* 6 Jun 2017 - Hakim Ravintharan memerintahkan Lie, Chin dan Stephen Lee dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan bersubahat dengan seorang lagi yang masih bebas mengupah Fitri untuk membunuh Bill.

* 30 April 2018 - Mahkamah Tinggi tetapkan 5 hari bermula 21 hingga 25 Mei 2018 untuk mendengar keterangan bela diri Fitri.

* 21 Mei 2018 - Fitri memberi keterangan bela diri dari kandang saksi.

* 3 Julai 2018 - Mendengar hujah lisan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

* 17 Julai 2018 - Mendengar hujah balas daripada pihak pendakwaan berhubung dua isu yang ditimbulkan pihak pembelaan di akhir kes pembelaan.

* 10 Ogos 2018 - Fitri didapati bersalah atas tuduhan membunuh Bill dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Miri.


*16 Julai 2021 - Koong Siang Ming @ Batu Ming berusia 26 tahun telah terbang dari Kuala Lumpur hari ini dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri sekitar jam 1.55 tengah hari


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2021 07:47 AM | Show all posts
babyleo68 replied at 18-7-2021 07:20 PM
Baru first time baca kes ni.. tak pernah dengar lak pasal ni.. bagus la bukak balik kertas siasatan. ...
FC lak dah lupa2 ingat kes ni ...

harap master mind dia tertangkap juga ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2021 07:54 AM | Show all posts
sedutan kes lama ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2021 07:57 AM | Show all posts
Ogos 2016

MIRI: Polis Sarawak telah meminta bantuan Interpol bagi memburu individu yang disifatkan sebagai perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Cabang Miri, Bill Kayong pada Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar, berkata hasil siasatan mendapati perancang itu yang dikenali sebagai Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45, dari Tanjong Lobang, Miri melarikan diri ke Singapura pada 23 Jun lalu.

"Lee kemudian berlepas ke Melbourne, Australia pada 3 Julai dari Singapura. Lokasi terkini Lee masih belum diketahui dan pasukan petugas menyiasat kes ini memohon bantuan Interpol bagi mengesannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kayong, 43, ditembak mati dalam kenderaannya di persimpangan jalan di Lutong kira-kira 8.20 pagi pada 21 Jun lepas.

Namun Dev berkata polis Sarawak masih belum menerima jawapan Interpol.

Selain Lee, dua lagi rakannya iaitu pemilik KTV Lounge, Kong Sien Ming, 35, dan Chin Wui Chung @Ah Chung, 50 yang juga pembantu peribadi Lee turut diburu.

"Kita yakin kedua-duanya (Kong dan Chin) masih berada dalam negara," kata Dev sambil menambah waran ditangkap terhadap ketiga-tiga individu berkenaan telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Miri pada 9 Julai lalu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga suspek untuk memaklumkan kepada polis supaya mereka dapat dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Gambar serta alamat ketiga-tiganya diedarkan kepada media hari ini untuk membantu orang ramai mengecam wajah individu yang diburu tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut telah dituduh bersama Lie Chang Loon, 37, dan Mohamad Fitri Fauzi, 29.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama pada 15 Julai lalu di Mahkamah Majistret Miri.

Pada tarikh dan tempat yang sama, Mohamad Fitri turut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kayong. - BERNAMA


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2021 11:25 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 19-7-2021 07:40 AM
Kronologi kes pembunuhan Bill Kayong

* 21 Jun 2016 - Bill Kayong ditembak mati di persimpangan la ...



... wah .. kenapa yang ber3 itu lepas .. sedangkan stephen lee tu siap melarikan diri lagi ...

apa keperluan Fittri tu utk membunuh mangsa ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 19-7-2021 07:47 AM
FC lak dah lupa2 ingat kes ni ...

harap master mind dia tertangkap juga ...


Harap2 gitu la, jangan ikan bilis je don dalam, yang ikan paus hidup bebas..
Btw, Selamat Hari Raya Aidiladha, FC

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2021 04:15 AM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 19-7-2021 11:25 AM
... wah .. kenapa yang ber3 itu lepas .. sedangkan stephen lee tu siap melarikan diri lagi ... ...
masa tu terpaksa di lepas kan sebab tak cukup bukti rasa nya ...

apa keperluan Fittri tu utk membunuh mangsa ?
dia d upah ...

KUCHING: Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap seorang bekas pengawal sebuah pusat hiburan yang didapati bersalah membunuh aktivis sosial Bill Kayong, dua tahun lepas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di sini yang dipengerusikan Hakim Dato Mary Lim Thiam Suan, sebulat suara menolak rayuan Mohamad Fitri Pauzi, 33, untuk mengenepikan sabitan kesalahan dan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya.

Korum yang turut dianggotai Nantha Balan dan Datuk Supang Lian itu mengambil masa lebih kurang dua jam setengah sebelum memberikan keputusan sebulat suara itu pada 5.55 petang, Isnin.

Mary, ketika membacakan penghakimannya berkata, mahkamah mendapati perayu bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan.

Mahkamah juga menyatakan bahawa sabitan terhadap perayu yang dibuat oleh mahkamah terdahulu adalah selamat, selain berpendapat tiada sebab untuk mengganggu keputusan tersebut.

Fitri disabitkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Miri, Hakim Ravintharan N. Paramaguru pada tahun 2018 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Kayong.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016 di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pasar Raya Emart Tudan.

Menurut laporan sebelum ini, ketika dipanggil membela diri, Fitri gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan kes.

Manakala topeng muka dan sarung senapang yang dikemukakan sebagai barang kes turut mempunyai kesan DNA Fitri.

Fitri diwakili peguambela Ranbir Singh


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2021 04:17 AM | Show all posts
babyleo68 replied at 20-7-2021 08:13 AM
Harap2 gitu la, jangan ikan bilis je don dalam, yang ikan paus hidup bebas..
Btw, Selamat Hari  ...
Terimakasih ...
Selamat Hari raya juga ...

rasa nya memang terlepas la ikan paus tu


Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.065505 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list