CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1984|Reply: 13

[Dunia] Lelaki menderita alami sindrom tidur 25 hari sebulan

  [Copy link]
Post time 18-7-2021 06:57 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan Pukharam dikesan sejak 23 tahun lalu. - Google

Lelaki menderita alami sindrom tidur 25 hari sebulan

NEW DELHI – Seorang lelaki dari negeri Rajasthan , India mengalami satu sindrom luar biasa apabila akan tidur selama 300 hari dalam setahun, lapor akhbar Times Of India, kelmarin.

Pukharam, 42, yang berasal dari daerah Nagaur dilaporkan akan tidur selama 20 hingga 25 hari bagi setiap kali dia melelapkan mata.

Dia dikesan mempunyai keadaan digelar Axis Hypersomnia sejak 23 tahun yang lalu dan sejak itu, ia mempengaruhi kehidupan sehariannya kerana ahli keluarga sukar untuk membangunkannya jika dia tertidur.

Axis Hypersomnia adalah gangguan tidur neurologi kronik yang menyebabkan mengantuk pada waktu siang atau waktu tidur yang panjang selama lebih 10 jam dalam tempoh 24 jam.

Menurut kajian, Axis Hypersomnia berlaku kerana turun naik protein otak yang dikenali sebagai TNF-alpha.

“Pada mulanya, dia biasa tidur selama lebih dari 5 hingga 7 hari sekaligus. Bimbang dengan situasi itu, kami meminta nasihat perubatan tetapi penyakitnya tidak dapat disembuhkan.

“Lama-kelamaan, keadaannya bertambah buruk, tempoh tidurnya semakin bertambah dan sekarang dia tidur untuk 20-25 hari sebulan, “kata ahli keluarganya.

Disebabkan gangguan itu, Purkharam hanya boleh membuka kedai runcitnya selama lima hari dalam sebulan dan bahkan mungkin tertidur ketika sedang bekerja.

Selain itu, ketika dia tertidur, segala aktiviti harian seperti mandi dan makan akan dilakukan oleh ahli keluarganya.

Menurut Pukharam, meskipun sering mengambil vitamin dan tidur berlebihan, dia cepat berasa penat kerana badannya tidak menjalani sebarang aktiviti sihat.

Dia turut berdepan dengan masalah sakit kepala yang serius.

Walaupun belum ada penawar untuk keadaan Pukhram, isterinya, Lichmi Devi dan ibunya, Kanvari Devi berharap agar dia cepat sembuh dan menjalani kehidupan normal seperti sebelumnya.

Pakar perubatan, Dr Birma Ram Jangid memberitahu, bahawa sindrom Axis Hypersomnia sangat jarang ditemui dan ia diklasifikasikan sebagai gangguan psikologi. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2021 07:12 PM | Show all posts
Selain itu, ketika dia tertidur, segala aktiviti harian seperti mandi dan makan akan dilakukan oleh ahli keluarganya.


maksud ayat ni, walaupun dia tidur, dia boleh jugak makan, gitu kah? tak faham la
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan sambil tido.....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
hrap xde jntan xguna dpt idea bg alasan ade pnyakit Axis Hypersomnia ni utk mmbiawakkn diri di rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mandi tu aku paham la..mgkn Bini dia tolong jirus air or lap2 kan badan supaya tak bau cam bangkai..mkn tu cam mane pulok..pasang tiub ala2 pesakit kt wad ICU ke..serupa takdok laki jek dh kalu 5 hari dlm sebulan je dia sedor
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiah weh. Penyakit Sleeping Beauty..
Bab makan tu macam mana ek? Pakai catheter?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
umo 42..prnyakit sejak 23 tahun dulu.lingkungan umo 19.ada penyakit pelik pon nak kawen jugak ke? atau kawen sebelum dapat penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 09:01 PM | Show all posts
rugi nya tido lama2

teringin nak belajo tido sikit satu hari,
max 4 jam sehari ker.

ala2 polyphasic sleep macam leonardo da vinci.
jugak di panggil uberman sleep cycle,
tido 20 min for every 4 hours.

banyak benda lain boleh buat when you are awake 20 hours.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2021 09:01 PM | Show all posts
any42 replied at 18-7-2021 07:29 PM
hrap xde jntan xguna dpt idea bg alasan ade pnyakit Axis Hypersomnia ni utk mmbiawakkn diri di rumah ...


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sleeping beauty(?)
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 10:13 PM | Show all posts
tak leh manipulate level of blue lights ke? manipulate  otak dia guna blue lights? melatonin dia macam mane ye?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Time main tdo jgk ke
Ke pulun ms 5 hari yg sedar tu je



Nm lain sindrom ni Biawak Hidup

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
brego replied at 18-7-2021 09:01 PM

oh tidakkkk. gelinya tgk dekat2 camniiii.
hey biawak pegi sana main jauh2. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
:
hyie replied at 18-7-2021 07:12 PM
Selain itu, ketika dia tertidur, segala aktiviti harian seperti mandi dan makan akan dilakukan oleh  ...


makan,tido,makan,tido jer kojo ekau.....pernh dgr...kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.065142 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list