View: 5483|Reply: 28
|
[Tempatan]
Anggota keselamatan PPV di Johor dituduh buat isyarat lucah 'cucuk'
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 19-7-2021 04:03 PM
Anggota keselamatan PPV di Johor dituduh buat isyarat lucah 'cucuk'
Diterbitkan 19 Jul 2021, 12:54 pm
Seorang anggota keselamatan yang bertugas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Baru, semalam, dituduh membuat jenaka dan isyarat lucah terhadap seorang wanita yang datang untuk temu janji vaksinnya.
Wanita itu, Jaw Keyun, 32, berkata dia berjalan melalui pintu masuk apabila seorang lelaki yang memakai seragam "celoreng" meminta untuk melihat MySejahtera dan MyKad, sebelum dia mula menggoda.
Jaw berkata lelaki itu bercakap dalam bahasa Melayu, menggunakan kata "cucuk" untuk membuat pernyataan lucah dengan konotasi seksual.
Pada hantaran di Facebook, Jaw berkata lelaki itu mulanya menunjukkan ke arah hidung dan bertanya "pernah kena cucuk."
Jaw menyangka soalan itu mengenai ujian swab Covid-19, menjawab tidak.
Lelaki itu kemudian terus berkata," Nak saya cucuk awak ke? (Sambil dia tunjuk isyarat satu jari telunjuk dimasukkan dalam gengaman tangan satu lagi)."
Kemudian kata Jaw "orang-orang berpakaian celoreng ketawa beramai-ramai."
"Lepas tu saya jalan terus dan saya terdengar mereka cakap “rambut cantik. Macam Korean" di belakang saya," katanya di Facebook.
Jaw berkata dia kelu dan dengan cepat bergegas pergi dari situ.
"Saya tahu cucuk dalam perkataan Melayu boleh digunakan dalam berbagai ayat untuk mengungkapkan makna yang berbeza.
"Tapi saya rasa sangat tidak senang dengan 'lawak' itu," kata Jaw ketika dihubungi Malaysiakini.
Bagaimanapun, wanita berusia 32 tahun itu menambah dia terlambat untuk temu janji vaksinnya sekitar jam 1 tengah hari semalam dan dalam keadaan terburu-buru.
Ini jelasnya menyebabkan dia tidak dapat mengenal pasti tanda nama atau nombor lencana anggota keselamatan terbabit.
Setelah masuk ke dalam dewan, Jaw berkata proses vaksinasi berjalan lancar dengan
tahap profesionalisme yang tinggi dari semua pihak yang terlibat termasuk pegawai kesihatan dan jururawat.
Ketika dalam perjalanan pulang bersama suaminya, Jaw berkata dia telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di balai polis daerah Batu Pahat untuk mengelakkan lebih banyak wanita menjadi mangsa.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Ismail Dollah mengesahkan menerima laporan itu, untuk disiasat oleh polis Johor Bahru Selatan, kawasan didakwa kesalahan itu berlaku.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Mohd Padzli Mohd Zain pula memaklumkan permintaan perintah untuk menyiasat telah dikemukakan kepada pihak pendakwaan negeri dan sedang menunggu kelulusan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jantan keberet ni kalau tak nk bertugas elok2 patut blk je lah..ganti org lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sapa..ipan kan. Takda orang lain dah |
|
|
|
|
|
|
|
dasar pervert. hrap blum kahwin n xde ank. kesian ank bini dpt jntan xsnonoh mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Patut jerit kuat-kuat cm Wahid enterprise tu..biar viral 1 alam muka pakcik tu..dh tua pun bodo |
|
|
|
|
|
|
|
Abislaaa gurauwan lucah...kerana seorang dua habis semua terpalit |
|
|
|
|
|
|
|
ada lokasi, ada time
senang ja nak cekup
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nakkomenjugak at 19-7-2021 07:04 PM
Buat je drama kat situ.
Jerit2, kasi insult2 sikit.
"Laaa gigolo rupanya! Takpe encik, saya decline offer tu, saya tak nak tekena sipilis."
Haaa gitchewwwww.
Atau apa2 je yang berkaitan |
|
|
|
|
|
|
|
any42 replied at 19-7-2021 05:13 PM
dasar pervert. hrap blum kahwin n xde ank. kesian ank bini dpt jntan xsnonoh mcm ni
i teka dah kawen |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti andartu. Komen @ipan |
|
|
|
|
|
|
|
ni KKM kena bagi sedikit briefing on sexual harassment.
it is very comment now, in fact dlm forum pun kan/ semua maklum.
|
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 19-7-2021 06:56 PM
Buat je drama kat situ.
Jerit2, kasi insult2 sikit.
"Laaa gigolo rupanya! Takpe encik, saya decl ...
Biasanya dah beberapa menit or jam berlalu baru kita terfikir respon gini. Jika kita bukan jenis agresif memang kita diam membatu jalan terus berlakon tak pedulik buat2 tak faham macam acik Jaw. |
|
|
|
|
|
|
|
memalukan sungguh...
kat tmpat aku ade 2 je agensi pakai celoreng
jadi soalannya celoreng kaler ape
hijau rela
biru apm |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 19-7-2021 07:15 PM
Biasanya dah beberapa menit or jam berlalu baru kita terfikir respon gini. Jika kita bukan jenis ...
Selalunya giteww... tapi dapat yang jenis terus sound ke òr tengah bad mood, memang pocorn di tangan iols kalau dapat tengok depan2... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku jd dia ni
aku dah keluarkan pisau kecik.. tikam anggota tu.. tikam. tikam. tikam. tikam
oo kau nak cucuk ya.. meh sini.. cucuk cucuk cucuk! |
|
|
|
|
|
|
| |
|