CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2286|Reply: 3

PANDUAN RINGKAS SOLAT SUNAT AIDILADHA

[Copy link]
Post time 19-7-2021 11:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 19-7-2021 11:35 PM

ASsalamualaikum warahmatullah

berikut dipaparkan infografik tentang tatacara melaksanakan solat sunat aidil adha.

semoga bermanfaat

dan khutnah boleh bace kat kaum keluarge and diri sendiri.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

pautan asal:
https://www.facebook.com/muftiWi ... 88/2163535440453090
Panduan Ringkas Solat Sunat Aidiladha

Teks Khutbah boleh dimuat turun di e-Khutbah 2021 -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI












ni JAKIM
https://www.facebook.com/MyJAKIM ... 9/4422576794459522/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2021 11:36 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 19-7-2021 11:42 PM

LAFAZ TAKBIR RAYA
Amalan sunah yang boleh diamalkan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ialah memperbanyakkan takbir. Bilakah kita boleh bertakbir sempena Hari Raya Aidiladha?

https://www.facebook.com/muftiWi ... 6/2163018573838110/

Waktu untuk kita bertakbir sempena Hari Raya Aidiladha bermula pada waktu Subuh Hari Arafah 9 Zulhijjah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga iaitu 13 Zulhijjah bersamaan 23 Julai 2021. Ertinya, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah, menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam.
Walau bagaimanapun bagi jemaah haji, mereka hanya disunatkan untuk bertakbir bermula gelincirnya matahari, iaitu masuk waktu Zohor Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) sehingga terbitnya fajar sadiq, iaitu masuk waktu Subuh pada 13 Zulhijjah. Namun sekiranya mereka sudah selesai bertahallul yang kedua, maka mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, sama seperti orang lain.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2021 11:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2021 11:41 PM | Show all posts
Perkara sunat dibuat pagi Aidiladha

Esok, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Perayaan yang sinonim dengan ibadat haji dan juga ibadat korban.

Pada pagi hari raya Aidiladha, eloklah jika kita mengikut beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan antaranya:

  • Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  • Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  • Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  • Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  • Sunat menjamah makan-minum selepas pulang daripada solat Aidiladha.
  • Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  • Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari subuh 9 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah (Takbir Muqayyad).
  • Menunaikan sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  • Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  • Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  • Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.
  • TAKBIR
bacaan lanjut di pautan ini

https://www.utusan.com.my/berita ... uat-pagi-aidiladha/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.069663 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list