CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1879|Reply: 11

[Tempatan] Polis rakam keterangan mangsa gangguan seksual di PPV

[Copy link]
Post time 20-7-2021 08:22 PM | Show all posts |Read mode
Polis rakam keterangan mangsa gangguan seksual di PPV


GAMBAR hiasan

Johor Bahru: Polis sudah merakam keterangan seorang wanita dari Batu Pahat yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang anggota keselamatan yang bertugas di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sini, kelmarin.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, wanita berusia 32 tahun itu membuat laporan polis jam 4.56 petang kelmarin.

"Kes ini masih dalam siasatan namun laporan polis dibuat mangsa Ahad lalu.

"Keterangan pengadu sudah dirakam dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam portal melaporkan seorang anggota keselamatan didakwa membuat gangguan seksual dengan melakukan isyarat lucah dan jenaka terhadap seorang wanita yang datang untuk janji temu vaksin.

Wanita itu mendakwa petugas berkenaan meminta untuk melihat aplikasi MySejahtera dan MyKad sebelum mula menggoda mangsa.

Mangsa mendakwa terlambat untuk temu janji vaksin yang dijadualkan kira-kira jam 1 tengah hari menyebabkan dia terburu-buru serta gagal mengenal pasti tanda nama atau nombor lencana anggota berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah ketika menerima vaksin dan dilayan dengan profesional oleh petugas kesihatan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm2 hal skrg kt ppv ni..
btw bgs kakak  ni p report..kalau i..i mls nk pjgkn..i buat bodoh jer dan balik..sbb xjmpa dh..kecuali kalau kena raba or kena sentuh i pergi report la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn jd mcm kes lobai testdrive raptor sudah le, yg tukang adu pulak kena kecam
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2021 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yang kes Jaw keyun tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Abislaaa...kena tindakan tata tertib
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgs lah ade org cm gini report.. baru ade akai jantan kaberet perangai hansuang..

Lawak xxx dgn jantan gtl mmg berpisah tiada.. die igt amoi ni lurus bendul..

time bertugas jgn buat perangai..

Moga x kene ttp kes sudahh.. konon nk jage integriti n imej..

Jantan2 keberet lain beringat.. x kantoi x bermakna korg boleh sesuke ati..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2021 09:23 AM | Show all posts
dalam ramai2 tu,ada la yang wat onar
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 11:09 AM | Show all posts
#cucukmyaz adakah dikira ganguan seksual juga?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2021 11:22 AM | Show all posts
bagus jugak dia report... sebagai peringatan pd yang lain... nak jenaka boleh.. tapi biar lah yg decent... tak perlu nak berlucah2... bini orang orang pulak tu.... hadoooiiiii... memang mendapat lah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya dah ramai kena tp xde report, tu yg pak guard makin galak wat camtu. Skali kena amoi ni.. hambikkk..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la...peringatan jangan nak melucah tak tentu hala.  Bukan semua orang suka dengan benda2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 03:47 PM | Show all posts
edayildiz replied at 20-7-2021 08:30 PM
mcm2 hal skrg kt ppv ni..
btw bgs kakak  ni p report..kalau i..i mls nk pjgkn..i buat bodoh jer dan ...

sebab tu lah keparat ni bebas bergentayangan, mangsa malas. syabas untuk amoy ni. lepas ni biar dia reti hormat sikit.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.069001 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list